Wednesday, May 12, 2010

yang keras.............

Saya lega apabila anak menunjukkan surat yang diberikan oleh pihak sekolah menyatakan SK Proton akan dibuka pada 1 Jun nanti dan sesi persekolahan akan bermula. Bermakna anak saya akan bersekolah pagi , di mana sebelum ini anak saya bersekolah di sesi petang dan menumpang di sekolah sk tanjong malim.Agak bermasalah kerana kami bekerja di waktu pagi maka tiada siapa untuk menguruskan anak saya itu dalam tempoh sebelum ke sekolah.

SK Proton City sepatutnya telah lama di buka dan dijangka pada Mac lalu tetapi kerana beberapa masalah ianya lewat diserahkan kepada pihak pentadbiran kerana beberapa masalah bangunan yang tidak menepati beberapa ciri keselamatan.Bahkan pihak sekolah telah membuat upacara "memagar" oleh seorang Ustaz beberapa bulan lalu.

Tapi ada beberapa cerita seram yang kedengaran tentang Sekolah tersebut.Jiran saya bekerja sebagai pengawal di situ.Ada beberapa cerita yang berkaitan makhluk halus ini.Kalau dilihat lokasi sekolah tersebut ianya berhampiran dengan perumahan namun di belakangnya sedikit hutan .Sepupu saya yang pernah menetap di Behrang ulu pernah menyatakan bahawa kawasan dari kilang Proton hingga perumahan Proton city memang "keras" termasuklah kolej UPSI di kawasan itu di mana turut terdapat banyak cerita-cerita misteri.

Cuma apa yang diharapkan anak-anak kita yang akan bersekolah itu dapat menjalani pembelajaran tanpa masalah.Kita doakan agar dielakkan dari masalah-masalah yang tidak diingini.InsyaAllah.

No comments: