Monday, May 17, 2010

kami telah lama kecewa............

Hari ini sekolah seluruh negara meraikan hari guru.Setiap sekolah pasti mempunyai acara-acara mereka tersendiri.Namun beberapa perkara yang wajib ialah teks-teks ucapan dari Kementerian.Ketika mengadakan majlis yang pasti kita mahukan setiap guru gembira dan bebas dari memikirkan perkara-perkara yang "berat" di kepala pada hari ini.

Namun yang pasti semalam adalah hari yang dinanti-nantikan oleh para guru kerana semalam perayaan Hari guru peringkat kebangsaan disambut di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sempena sambutan Hari Guru ke-3.Secara ringkas tidak ada apa pengumuman yang menarik dan "aura" nya tidak lah begitu "umphhhh...........". Nampaknya pengumuman itu mangecewakan lagi guru-guru DG29-DG41 yang sekian lama isu ini telah mereka harungi.Namun tampak senyap beberapa ketika ini mungkin kerana telah "mual" untuk merayu dan hanya mampu pendamkan sahaja.

Tentang kanaikan pangkat guru seramai 20 ribu orang itu rasanya tak perlulah sangat diambil perhatian.....cuma PPPS yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteria dan syarat akan ditetapkan kementerian itu mungkin satu perkara yang seharusnya dari dahulu lagi dilakukan.Malah bukan sahaja guru yang memiliki Phd malah guru yang mempunyai Master atau Ijazah Sarjana perlu diberi sedikit gred yang lebih baik.

Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru seperti yang diwar-warkan juga sedang dinantikan oleh para guru semoga akan ada satu bentuk tindakan dan perubahan yang wajar terhadap beban tugas guru.

Manakala
“Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” ini merujuk kepada sekolah yang melonjakkan prestasi sekolah di mana Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah. Bagaimana dengan sekolah-sekolah yang berada dikedudukan sekolah yang mempunyai murid "bermasalah". Pasti pengumuman ini akan berlaku satu lagi langkah-langkah yang akan menekan guru oleh pihak pentadbiran.

Secara keseluruhannya masih ada langkah yang baik mahu diambil oleh pihak kerajaan.Namun langkah yang mahu diambil jangan sehingga masalah yang "lalu" tiada kesudahan. Guru telah "penat", murid juga merasakan "kepenatan" itu.Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran................

salam.

No comments: