Sunday, May 23, 2010

keseimbangan pembangunan = hasil



Mari kita melihat kes-kes yang kita kategorikan sebagai masalah sosial dalam kalangan masyarakat kita hari ini.Hingga ke saat ini kes-kes seumpamanya telah menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat 1Malaysia.Mungkin kerana berita yang tersiar umpama "jarang-jarang" menyebabkan kita terasa terkejut dengan berita seperti pembuangan bayi,perceraian,pelanggaran undang-undang perkahwinan,kes rogol,suami mencederakan isteri kerana seks,anak saman bapa,ibu dihalau dari rumah oleh anak dan sebut sahaja bermacam-macam masalah sosial dalam masyarakat kini."kejutan" yang kita alami itu adalah perasaan biasa yang akan kita teima apabila dihidangkan dengan berita-berita begitu,tetapi kita akan kembali menerima berita tersebut dengan hati terbuka kerana kita ianya bukanlah satu perkara yang berlaku 10 tahun sekali tetapi sentiasa berlaku dalam masyarakat kita cuma hanya sebahagian sahaja yang mungkin tersiar di media massa.Atau mungkin kita sendiri mengalaminya,jiran-jiran kita,saudara mara kita malahan keluarga kita......

Apakah ini kerana pembangunan yang berfokus kepada ekonomi semata-mata,hingga kita terlupa atau hanya sekadar kata-kata tentang pembangunan insan? kadangkala tindakan-tindakan bertujuan untuk kemajuan itu mengheret masyarakat ke lembah kemaksiatan.

Sebagaimana wang mengalir masuk begitu juga berleluasanya masalah sosial.Mungkin tindakan yang diambil tidak kepada sasaran yang sebenar.Sejauh mana keberkesanan undang-undang dan pelaksanaan undang-undang yang diwujudkan?

Adakah masyarakat sekarang benar-benar sejahtera dan mendapat segala keperluan-keperluan yang diwujudkan.Bagi yang muslim apakah keperluan rohani telah cukup? melihat situasi pelajar kita umpamanya walaupun sistem pendidikan kita telah diwujudkan sebegitu rupa namun kita melihat para pelajar gagal untuk menyerap nilai-nilai murni ke jiwa mereka untuk diguna dalam kehidupan seharian kerana ilmu yang mereka perolehi hanyalah sekadar untuk diguna bagi menjawab soalan-soalan ketika peperiksaan.Inilah contoh-contoh bagaimana keperluan dan sumber yang disalurkan tidak berjaya sampai dengan betul dan sebaik-baiknya.Dan pada waktu yang sama banyak pula daya penarik seperti pusat permainan dan sebagainya tumbuh sebagai alternatif anak-anak muda untuk mendapatkan hiburan.

Inilah dikatakan perkara-perkara yang seolah-olahnya tidak seimbang.Pada ketika kita melaungkan pembangunan ekonomi dan pembangunan insani kita dengan "mata terpejam" seolah membaling lumpur kepada segala yang kita aturkan.Jadi sampai bila semua ini akan berlarutan?


No comments: