Thursday, May 20, 2010

selamatkan generasi kita

Tak tahu bagaimana hendak digambarkan anak-anak zaman sekarang........atau ibubapa zaman ini telah jauh berubah dalam cara mendidik anak.Persekitaran yang jauh berbeza dengan zaman ibubapa dahulu kadangkala menyebabkan ibubapa terperangkap dengan diri mereka sendiri dalam menentukan arah tuju mendidik anak.

Pada satu ketika saya terkejut apabila terlihat 2 orang anak saya yang sedang bermain tiba-tiba menunjukkan satu isyarat lucah dengan tangan sambil ketawa. Saya menerima hakikat bahawa anak-anak ini sebenarnya tidak mengerti maksud daripada isyarat itu cuma sekadar menjadi bahan mainan mereka tapi yang membimbangkan mereka seolah-olah mereka tahu ketika untuk menunjukkan isyarat tersebut. Terfikir bagaimana anak-anak yang baru berusia 4 dan 7 tahun ini boleh mendapat "ilmu" yang sesat ini.

Inilah perkara-perkara yang diluar kawalan ibubapa untuk menggelakkan perkara-perkara sebegini. Kini anak-anak terdedah dengan perkara-perkara negatif yang sentiasa berada dikeliling mereka pada setiap saat dan ketika. Di sinilah kita mengharapkan bantuan-bantuan dari pihak berkuasa bagi melakukan satu tindakan yang dapat dilaksanakan dengan baik bagi membendung gejala-gejala negatif dari sampai ke minda anak-anak yang kecil ini.

Kitab bimbang pada satu hari kita akan menyesal melihat generasi kita sekarang sudah tidak tahu menilai yang baik dan buruk.Bahkan sekarang ini gejala negatif yang diluar pemikiran manusia yang waras telah berlaku begitu berleluasa,tak perlu lagi disebut tentang kes-kes pembuangan bayi,menanam bayi,ibu dihalau,ibu dimarahi di khalayak ramai oleh anak,anak derhaka memukul ibubapa dan lain-lain lagi.Malah di sekolah juga untuk memperolehi pelajar-pelajar yang beradab sopan dengan guru juga agak sukar kita jumpa,sedangkan di rumah mereka dengan ibubapa tidak hormat masakan dengan guru mereka dapat hormat.

Saya teringat sewaktu saya bekerja di Beruas dahulu,jiran sebelah rumah saya mempunyai seorang anak lelaki di mana saya dapat mendengar anaknya menengking dan memarahi ibunya semata-mata kerana tidak diberikan wang seolah-olah ibunya itu kawannya yang boleh dimarahi dan ditengking sesuka hati malah kita dengan sahabat juga perlu saling hormat-menghormati....Inilah realiti kehidupan masyarakat masa kini........amat membimbangkan siituasi ini.




No comments: