Friday, September 4, 2015

Thursday, July 11, 2013

Bukit Bendera dengan keretapi baru.....



Telah sekian lama tidak ke Bukit Bendera...percutian kali ini telah membawa anak-anak ke sana dan kali ini keretapi ke Puncak Bukit Bendera telah ditukar dengan yang baru dan lebih laju dan selesa.

Saturday, March 3, 2012

Kenali syiling emas

Gambar adalah duit syiling emas Double Eagle Liberty tahun 1933. Ia merupakan antara duit syiling emas yang lama dan telah ditempa sebanyak 100,000unit tetapi hanya tinggal 13 sahaja lagi setelah yg selebihnya di berita kan telah dilebur pada zaman kemelesetan ekonomi. Ini mebuktikan bahawa betapa emas masih lagi suatu logam yang amat berguna sebagai pemacu ekonomi. berbanding wang kertas.

Syiling ini berupa barangan rare yang berharga dan nilainya sekarang mencapai puluhan juta ringgit.Syiling ini mempunyai nilai muka 20 dollar dengan berat 33.431 gram dengan 90 peratus campuran emas dan 10 peratus lagi adalah tembaga.

Wednesday, February 29, 2012

Daun herba

Hari ni nak ceta pasal daun-daun herba la...
Beberapa minggu lalu try menanam pokok pudina.... dan hasilnya....
jeng....jeng....
Kalau dari dulu lagi aku tanam tak payah susah-susah nak beli RM1.....tapi nak guna sikit aje lebihnya buang....so,entah camna hari tu yang lebihan nya aku try tanam....tak sangka lak...begitu cepat subur naiknya...

Wah....lepas ni lagi rajin la nak masak nasi beriyani ke...minyak ke.....just ambik jer daun pudina kat pasu.....macam daun kari gak.....yang ada ditanam ...so,untuk anda mungkin cara ni dapat la jimat sikit ye tak...dan tak membazir....

Friday, February 24, 2012

Saman

As Salam semua
Wah.....lam sungguh tidak berblog....heheheh
dan bila rasa nak menulis balik ni terus saya pilih tajuk ni.....
Ini pasal kes kena saman la ni......
kisahnya seminggu lalu ada sekatan trafik dalam perjalanan ke tempat kerja
memang la konfiden sebab lesen ada ...roadtax hidup.....kereta? hahahhaah ini yang problem nya...
sampai giliran aku...tiba-tiba pak polisi di depan dengan muka garannya mengangkat bendera merah ke arah bahu jalan....aku pon gerak perlahan ...sebab menyangkakan dia suruh terus jalan....
tiba kat pak polisi ni dia tiba-tiba kata ....lampu brek tak fungsi......waduh!!!! cit...cakap lemah lembut la sikit cik woiii......orang dah la nak cepat ni ke tempat kerja...
Macammana pak polisi ni tau lampu brek tak fungsi?
Rupa-rupanya baru aku perasan ada sorang sarjan ni dok duduk bahagian belakang tu....... cit!!!
sarjan tu yg datang kat aku......dia terus minta lesen.....pas tu minta aku keluar keta dengan garangnya....

Cit.....!!! apa hal lak ni.....berbelas tahun bawa keta first time kena arah keluar keta ni....
Rupanya dia nak tunjuk kat aku dia 'pandai tekan brek kereta aku'hahahahahahah

Dia pon tekan dan suruh aku tengok lampu menyala ke tak......puiii!!!!
memang dua belah tak nyala.....kenapa aku tak tau ni....almaklum la sibuk dengan urusan kerja dan keluarga tak perasan lak benda ni.....

Apa lagi terpaksalah aku menandatangani surat cinta........
RM100 melayang.......

Haram jadah aku tampal stiker RAKAN COP....tapi tak dapat lepas.....sekurang-kurannya amaran ke.....
Benda macam ni bukannya disengajakan....entah-entah baru tadi lampu tu rosak....
Keesokan harinya aku gantu mentol...RM15 je....da ok.....
Puiiii.....

Akan aku ingat nama Sarjan tu......