Saturday, May 15, 2010

"1Malaysia membersihakan sekolah"

Hari ini terasa penat.Gotong-royong di sekolah hari ini.Kehadiran guru adalah wajib hari ini.Tapi malangnya sambutan dari pelajar seperti biasa amat mengecewakan.Cuma yang datang hari ini adalah kalangan mereka yang mahu mendapat markah untuk kokurikulum.Rasanya kalau tak ada markah itu mungkin pihak sekolah terpaksa ambil pendekatan yang lebih keras nampaknya.

Gotong-royong hari ini terasa berbeza kerana kami bukan setakat kutip sampah tapi memotong pohon kayu yang menyemakkan mata,mengangkat ranting-ranting pokok yang telah ditebang,membersihkan longkang-longkang terutama di kawasan padang,membuang segala bahan-bahan lama dan fail-fail yang tidak digunakan dan lain-lain.Oleh kerana sambutan pelajar tidak menggalakkan maka guru terasalah bebannya.Alang-alang dah buat gotong-royong dan peralatan mencukupi baiklah buat betul-betul.Mungkin ini adalah program berkaitan gotong-royong buat tahun ini mungkin tahun depan pula kita akan berpeluh kembali.......untuk membersihkan sekolah lagi......

Tema yang dianjurkan pihak jabatan ialah "1Malaysia membersihkan sekolah" .

Kedengaran ada beberapa sekolah lain telah menunda program ini ke satu tarikh lain kerana ada guru yang mengadukan hal ini ke kesatuan dengan alasan pada esok hari iaitu 16 Mei merupakan hari guru maka adalah tidak wajar guru dibebankan dengan gotong-royong pada cuti Sabtu dan pada Sabtu sebelumnya mereka telah ada program dan KOKU.

No comments: