Thursday, October 8, 2009

Tabiat dan kehidupan

Salam kepada semua.Pagi-pagi tadi tiada kesempatan duduk di depan lap top.Ada suratkhabar atas meja jadi selak-selak la suratkhabar sekejap.Sebenarnya kebelakangan ini jarang membeli dan menatap akhbar.Lebih banyak membaca di depan laptop.Sesekali membaca akhbar teringat kepada satu tabiat arwah abang sulung saya seorang guru.Sewaktu saya masih disekolah rendah dan baru nak mengenal dunia sebenar saya sering bersama abang long saya itu.Hubungan kami sebagai adik beradik memang rapat mungkin jarak umur saya dengan nya.Abang long saya memang suka membeli dan membaca akhbar tapi selepas waktu kerja dan balik ke rumah dia akan membawa akhbar yang dibeli bersamanya.Satu perkara yang saya perasan ialah dia suka membaca akhbar bermula dari mukasurat paling belakang. Tetapi waktu itu saya tidak pernah bertanya kerana menganggap tiada yang salah atau pelik tentang hal tersebut.Tapi akhirnya tabiatnya itu tanpa saya sedari telah diikuti oleh saya.Satu kesukaan yang kami kongsi bersama ialah kami gemar kepada sukan dan kerana itulah tabiat membaca akhbar dari muka belakang di kongsi juga bersama oleh kami.
Tapi melihatkan perubahan pada hari ini di mana saya juga jarang menatap akhbar tetapi sekali-sekala tabiat itu nampaknya seperti telah berubah.Mungkin kerana kedewasaan dan juga kepekaan kepada hal-hal yang berkaitan.Namun berita-berita berkaitan sukan masih lagi menarik perhatian saya. Apa yang pasti tabiat yang boleh dianggap sementara itu telah berubah mengikut usia.Tabiat itu juga berlaku kerana adanya ikutan dari seseorang yang rapat dalam hidup kita yang diperolehi ketika usia kita masih begitu muda dalam mengenal kehidupan dan apa yang salah apa yang benar untuk diri kita.Apakah perubahan dan tabiat itu berjangkit pula dengan cara kita berhadapan dengan pelbagai teknologi kini. Apakah tabiat anda ketika membuka internet? Apakah tabiat anda ketika menggunakan telefon bimbit? mungkin kita tidak mengambil kisah hal-hal tersebut tapi pasti satu ketika kita akan menyedanri terdapatnya satu tabiat pada diri kita.
Salam.

post by HH


No comments: