Thursday, October 1, 2009

bila amaran terakhir menyapa.......

Kita sekali lagi dikejutkan dengan berita gempa bumi dalam tempoh seminggu ini di dua tempat yang mempunyai dua budaya yang berbeza. Gempa bumi dan Tsunami di Samoa dan baru-baru ini di Sumatera yang mana gegaran dapat di rasai di beberapa tempat di negara kita sendiri.Saya mengikuti satu siaran radio di mana beberapa orang pemanggil yang menceritakan pengalaman mereka merasai gegaran tersebut serta di dalam satu berita di tv.
Dan,saya mengikuti beberapa komen dari blog tentang kejadian tersebut.Ada yang menyatakan kejadian tersebut merupakan satu amaran dari Allah dan tidak kurang yang menyatakan ianya merupakan tanda-tanda Kiamat.Saya bersetuju dengan kenyataan mereka itu.Cuma adakah hanya kerana gempa bumi sahaja maka kita menganggapnya amaran dari Allah.Apakah sebelum ini tiada amaran seumpamanya...........dan mengapa amaran itu datang dan muncul di dua tempat tersebut ?
Amaran dari Allah bukan sahaja dengan gempa bumi seperti yang berlaku baru-baru ini .....kalau kita lihat sekeliling kita banyak perkara-perkara mungkar telah berleluasa.....dan apakah tanda-tanda amaran tersebut....?Cuma kita perasan kepada peristiwa yang besar ini tetapi kita tidak mengambil iktibar dari kejadian-kejadian kecil.........
Cukup setakat di Malaysia saja.......bukalah laman web sosial yang kini semakin popular di kalangan generasi kini.......kita tidak akan ketinggalan menemui gadis-gadis Melayu malah remaja lelaki yang sanggup meletakan foto-foto yang tak sanggup kita lihat......yang dapat dilihat oleh seluruh dunia....apakah jenis amaran ini........
Trend-trend baru yang merosakkan akhlak remaja Islam sedang berleluasa.......dan kita lihat ibu bapa seperti sudah tidak mampu membendung perkara ini.Apakah jenis amaran ini........
Cukup satu contoh di atas untuk renungan dan peringatan kita bersama....perlu kita melihat kejadian-kejadian kecil ini dan kembali kepada Islam yang unggul.Sebelum AMARAN terakhir menyapa kita.........

No comments: