Saturday, October 24, 2009

Ada sesiapa pernah cipta rekod seperti ini............?

Hari ini satu rekod telah tercipta.................ops! jangan salah tafsiran.Jangan lupa di Malaysia ini memang ada bermacam jenis rekod...........
Apa yang saya maksudkan ini ialah apa kejadian yang berlaku pada hari ini ketika saya sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Melati, Setapak. Mengapa saya katakan rekod tercipta kerana buat pertama kali dalam seumur hidup saya ,saya di datangi oleh lima orang yang terdiri dari salesmen dan pengutip derma dalam satu waktu yang singkat.
Pertama, sebaik saya memasuki restoran dan sedang melihat menu apa yang ingin di jamah hari ini tiba-tiba seorang orang muda menegur saya sambil menunjukkan produk makanan dalam kotak yang dijualnya,tetapi orang muda ini bukan jenis yang rajin memujuk nampaknya....dia berlalu begitu pantas apabila saya menunjukkan isyarat tangan tanda tidak mahu.

Kedua,ketika baru beberapa suapan juadah tiba-tiba saya dihampiri sekali lagi oleh seorang orang muda juga....tetapi kai ini seorang gadis berbangsa Cina.Saya perasan gadis ini tersenyum pada saya dari jauh lagi...mungkin kerana pandangan saya itu membuatnya memberanikan diri menghampiri saya.Pada mulanya saya tidak begitu menangkap apa yang dikatakannya kepada saya kerana kedudukannya agak jauh dari tempat duduk saya ,saya perhatikan juga dia berkata-kata sambil matanya memandang ke arah lain dan tidak memandang saya.Kemudiannya dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.Sebuah fail ,barulah saya faham dia ingin mengutip derma bagi satu pertandingan larian amal.Setiap derma dia akan memberikan satu hadiah kecil sebagai penghargaan.Tapi kerana agak sangsi saya cuma memberikan alasan telah ramai orang yang datang meminta derma.Dia pun berlalu.

Selang beberapa minit kemudian saya tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki cina sambil membawa satu bekas sederhana besar dengan VCD(cetak rompak) di dalamnya."mau beli VCD ka...?" ....tanya lelaki itu sambil menunjukkan bekas yang penuh berisi VCD ditangannya.Saya hanya mengelengkan kepala dan dia pun pergi dengan agak tergesa-gesa.Saya perhatikan ada beberpa orang lelaki yang membawa bekas berisi VCD lalu lalang di hadapan restoran itu.

Keempat,hampir selesai menjamu selera saya didatangi lagi seorang penjual.Kali ini lelaki Melayu yang agak kemas berbaju kemeja.Dia meletakkan satu brosur produknya di atas meja tempat saya makan itu sambil menerangkan tentang produknya yang merupakan satu betuk pen dan jam di dalam satu kotak yang cantik sesuai untuk dijadikan hadiah.Katanya sekarang ini syarikatnya membuat promosi dan harganya dipasaran adalah RM45 tetapi kini harga promosi RM19.90.Hampir-hampir saya tertarik dengan tawaran tersebut tetapi memikirkan tiada keperluan untuk membelinya saya cuma menolak dengan baik.....

Kelima, selesai menjamu selera sedang bersenang lenang menunggu makanan hadam....he! Saya didatangi sekali lagi pemuda yang sama yang mula-mula sekali yang mempromosikan produk makanannya tadi.Pemuda cina ini berwatakan agak lucu dan asyik tersenyum.....mungkin dia lupa yang dia telah mempromosi barangannya tadi dengan saya....sekali lagi dia menunjukkan produk makanannya kepada saya dan saya cuma menjawab.....'sudah beli' ....dia berlalu...sambil mengucapkan terima kasih.

Itulah kejadian yang berlaku pada diri saya hari ini.Bila difikirkan itulah lumrah dunia............manusia mencari berbagai cara bagi menampung hidup di bumi Malaysia ini.Ianya sedikit sebanyak mendatangkan peringatan kepada saya untuk bersyukur dengan kehidupan ini.

No comments: