Tuesday, September 15, 2009

Tak kira! aku undi kotak merah tuh!

Saya telah pergi sebuah bank untuk membuat satu urusan di kaunter bank tersebut.Memang boleh dikatakan saya kerap berurusan di kaunter bank ini. Seperti biasa selepas masuk ke dalam bank dan mengambil nombor saya akan beralih untuk ke tempat duduk menunggu giliran.Tapi tiba-tiba saya ditegur dengan ramah seorang gadis yang berdiri berdekatan mesin nombor itu dan menghulurkan satu benda seperti syiling.Saya bertanya apa tujuan syiling itu,dengan penuh sopan dan senyuman gadis itu yang aku percaya salah seorang kakitangan bank itu mengatakan "syiling' itu nanti saya perlu masukkan ke dalam kotak berwarna hijau yang terdapat di kaunter.Saya cuma berkata baiklah....dan mengambil tempat duduk menunggu giliran.Apabila nombor giliran saya tiba saya terus ke kaunter dan seorang kakitangan wanita mengukirkan senyum kepada saya dan saya membalas senyumannya.Pekerja wanita itu saya memang cam wajahnya kerana kerap juga apabila saya berurusan di kaunter saya terkena pada kakitangan yang seorang ini.Di kaunter itu saya perasan terdapat dua kotak satu berwarna hijau dan satu berwarna merah.Saya teringat kata-kata gadis yang memberi 'syiling' tadi supaya masukkan ke kotak hijau.Saya mula tertanya....mengapa diberitahu begitu kepada saya sebagai pelanggan.Sepatutnya dia menerangkan dengan lebih telus dan jelas.Berbalik kepada kakitangan di kaunter tadi, sebelum ini saya pernah berurusan dengannya, dan sebelum ini saya sebenarnya tidak berpuashati dengannya kerana 'kualiti' layanannya kepada saya sebelum ini yang seperti 'nak tak nak saja' kerja.Kerana itu saya agak terkejut pada waktu itu dia senyum pada saya dari jauh lagi pulak tuh! Dan saya dapat membaca dari senyumnya itu.......selepas urusan saya selesai...............dengan selamba saya ucapkan terima kasih.......dan 'syiling' tadi saya masukkan ke kotak merah didepan matanya......dengan serta merta mukanya berubah............

No comments: