Wednesday, September 30, 2009

Ini tidak adil.....!

Buli bermaksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,menghina,mengejek,menumbuk,memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.Kalau dilihat maksud buli ini agak luas dan jika kita fikirkan kalau begitu bermakna di dunia kita ini tidak dapat lari dari buli membuli.

Saya terkenang ketika berada di sekolah rendah sekitar tahun awal 80-an dahulu.Saya tak pasti pula saya berada didarjah berapa pada ketika itu yang saya masih ingat bagaimana seorang kawan sekelas saya telah bertindak menukar hasil kerja subjek lukisan saya dengan menulis namanya pada kertas lukisan saya kerana kerjanya tidak siap.Kebetulan ketika itu saya terlupa menulis nama saya pada kertas lukisan saya. Pada ketika itu tergerak hati saya untuk memberitahu kepada guru saya kerana tindakannya itu tidak disedari guru dan saya.Cuma saya perasan apabila guru sedang menyusun kerta lukisan itu di atas meja. Entah kuasa apa yang menyebabkan saya terus melupakan hasrat saya itu dan membiarkan saja kejadian itu.Mungkin pengalaman itu menyebabkan saya tidak dapat melupakan riak muka rakan sekelas saya itu yang tidak rasa bersalah langsung dan paling menyakitkan hati apabila guru memuji lukisan saya yang tertulis nama rakan saya itu di dalam kelas!

No comments: