Tuesday, September 8, 2009

Pilih pada nama Pilih pada rupa

Tiga hari lepas saya telah menghadiri kelas di UPM manakala pada keesokan harinya juga saya terpaksa menghadiri kelas hingga jam 12.Memandangkan perjalanan yang jauh dan waktu kelas yang berturutan itu saya mengambil keputusan untuk menetap saja di serdang satu malam.Apa nak buat.Inilah pengorbanan.betul kata kata orang tua ilmu itu amat mahal harganya.Sukar bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam hidup ini.
Pada waktu petang selepas kelas pada hari Sabtu saya telah ke Pasar Ramadhan di Sri Serdang .Inilah kesempatan yang ditunggu-tunggu selepas lama meninggalkan zaman belajar di sini dahulu.Seperti biasa kalau dah memijak kaki di sini berbagai perkara bermain di otak mengikut selera di tekak! maklumlah puasa ni kadangkala tidak dapat mengawal keinginan terhadap makanan yang tinggi.Tapi apa yang hendak di cari pastilah sesuatu yang sukar diperilehi pada waktu2 biasa.Makanan yang tidak dapat di bulan-bulan lain.Pelik juga makanan pun ada musimnya.Bila 'musim' Ramadhan ni tumbuh lah bermacam jenis menu dengan nama2 yang mengancam dan berbagai.Nama makanan juga mesti berbeza, nak memikat selera la katakan.
'OPS' Makan pun bermula.Memang ramai orang di sini dengan gerainya juga boleh dikatakan banyak untuk kita membuat pilihan dan perbandingan.Kadangkala nama sesuatu makanan tidak melambangkan keenakan makanan itu sebenarnya atau tidak menepati citarasa. Rasa pula kadangkala tidak sesuai dengan saiz dan harga. Apapun pada petang itu saya dapat apa yang saya inginkan dan berbaloi meredah orangramai di pasar ramadhan sri serdang dalam cuaca yang panas.
Keesokannya pula dalam perjalanan pulang saya berkesempatan pula singgah di pasar ramadhan stadium Shah Alam.Wah! ini kali pertama saya kedua saya ke sini.Kali pertama hampir 9 tahun lalu kalau tidak silap saya.Dari segi 'persembahan' menu makanan di sini agak hebat jika di bandingkan di Sri Serdang tempoh hari. Raja Murtabak telah menarik selera saya untuk membelinya dengan saiz besar berharga RM6 dan nasi beriani dengan kurma.Tapi apabila tiba pada gerai Rojak Singapore saya tidak berfikir banyak untuk membelinya kerana saya rasa agak lama tidak berjumpa dan menikmati rojak Singapore ini,tapi saya berhati-hati kerana pengalaman membeli rojak singapore ini masih saya ingat,tambahan di bulan Ramadhan ini kena kawal nafsu......ambil punya ambil ,semuanya RM12! untuk rojak Singapore yang ku dambakan! bukan apa memang susah nak jumpa benda ni.Itulah tujuan pun ke pasar ramadhan ni....nak cari makanan yang 'special' dari hari biasa.Tapi di sini daya tarikan makanannya lebih kuat ,tapi terpaksalah menahan sabar ......
Bagaimanapun yang penting bukan pada nama saja.......rupa pun kena ambil kira............

No comments: