Thursday, September 10, 2009

Aduh........dan terima kasih.

Beberapa tahun dahulu saya amat teruja apabila berurusan dengan Bank Islam dan membuka akaun di situ.Sememangnya dari mula saya membuka akaun dengan Bank Islam dari dulu hingga kini beberapa perubahan dapat di lihat pada bank ini. Cuma kebelakangan ini beberapa cerita tentang perkhidmatan bank ini yang saya baca agak mengusarkan saya.Seperti tidak percaya pula Bank yang hujungnya Islam ini menerima banyak aduan yang kurang menyenangkan hinggalah saya sendiri mengalaminya.Mungkin tulisan saya ini boleh membuka mata pihak bank. Beberapa minggu lalu saya terkejut apabila berurusan di mesin pencetak penyata BIMB ini, sebelum ini tiada sebarang caj dikenakan bagi urusan menyetak penyata di mesin pencetak tapi yang terbaru pihak bank mengenakan RM1 bagi setiap cetakan menyebabkan saya melupakan hasrat.Kemudian saya beralih kepada mesin ATM bank ini dengan harapan untuk mendapatkan penyata ringkas dari mesin ATM, sekali lagi saya terkejut perkhidmatan ini menghalang saya meneruskan tujuan saya itu seolah-olah mahu saya menggunakan perkhidmatan di mesin penyetak penyata pula.Jika benar hal ini saya mahu pengurusan bank membuat penjelasan kepada pelanggan tentang hal ini.Dari segi layanan di kaunter pula nampak seperti tiada perubahan positif yang ketara.
Cuma satu pujian dan terima kasih saya kepada pihak BIMB ketika saya meminta surat pengesahan akaun saya untuk satu urusan yang penting.Tiada banyak masalah dan permintaan saya ditunaikan dalam masa yang singkat.Mungkin jika beberapa kelemahan ini dibaiki Bank Islam mampu menjadi satu contoh yang amat baik kepada seluruh masyarakat tidak mengira kaum.

No comments: