Sunday, February 28, 2010

hati bertambah sakit...................

Salam

Semalam saya sekeluarga telah pergi ke majlis perkahwinan anak mak su kami di Kerling,Selangor.Namun saya rasakan hari ini bukan ahri baik untuk kami,niat kami ke majlis tersebut telah terbantut sedikit akibat kena saman.

Kereta kami yang dipandu suami tidaklah laju dan mengikut had laju yang ditetapkan,namun ada sebuah van dihadapan kami yang terlalu perlahan dan tiba-tiba memberi signal ke kanan di satu simpang tiga dan suami saya telah memotong kereta berkenaan dengan melalui satu lane lagi yang mempunyai anak panah ke kiri untuk masuk ke simpang sebelah kiri....tiba-tiba tidak jauh dihadapan seorang polis trafik telah mengarahkan kami dan sebuah lagi kereta di belakang kami yang turut memotong van berkenaan (rasanya van pekerja Bangladesh) ke tepi.Kami agak terpinga-pinga kerana menyangkakan kereta kami melebihi had ,rupanya setelah di terangkan oleh pegawai berkenaan kesalahan kami adalah memotong di lorong yang salah iaitu lorong untuk kenderaan masuk ke simpang tiga.

Mungkin dari segi teknikal nya kami telah melakukan kesalahan akibat tindakan kenderaan lain yang melakukan sedikit kesalahan lain yang memaksa kami terpaksa pula melakukan kesalahan.
Begitulah keadaannya di jalanraya 1 Malaysia ini.Saya memang telah lama tidak puas hati dengan banyak keadaan jalanraya di Malaysia ini.

Pernahkah anda bertanya mengapa jalan yang anda lalui perlukan had 90 ada pula 60.Saya pernah diberitahu oleh rakan saya yang juga merungut dia disaman kerana memandu laju di sebuah jalanraya (bukan lebuhraya) 4 lorong kerana membawa kelajuan 80 sedangkan had laju di situ adalah 60.Rakan saya bertanya kepada pegawai polis yang menyamannya,bukankah jalan yang dilaluinya sepatutnya boleh dipandu 90 km/sejam,kerana mempunyai 4 lorong dan masih baru dan dalam keadaan baik,pegawai polis itu hanya menjawab rakan saya itu perlu mengajukan pertanyaan kepada pihak yang berwajib membuat jalan itu,tugasn nya hanya menyaman.

Jadi sebagai rakyat yang membayar cukai jalan bukankan kami ada hak untuk dijelaskan keadaan ini.?

Satu perkara lagi ialah telah beberapa kali saya mengalami peristiwa melanggar lubang di jalanraya.Selalu berlaku sedangkan jalan itu adalah jalan yang sering dilalui tiba-tiba sahaja berlubang akibatnya rim bengkok terpaksa keluar duit lagi.....di mana mereka yang sering pandai bercakap tentang pengurusan ni..............




No comments: