Wednesday, February 24, 2010

Hari ini saya terbaca berita seorang insan yang hidup mewah tetapi dengan hasil yang terlarang.Pasti orang ini dipandang hormat oleh orang sekelilingnya kerana kemewahannya memiliki kereta mewah dan rumah besar.Tetapi bagaimana pandangan masyarakat setelah mengetahui kekayaan yang dikumpul berjuta ringgit hasil dari perniagaan barangan terlarang dan barangan tersebut pula telah merosakkan akhlak muda-mudi serta orang yang terlibat serta menggalakkan berlaku maksiat dan dosa.

Apa sudah jadi dunia hari ini....manusia mencari berbagai jalan untuk mengumpul kekayaan sama ada cara yang halal atau jalan terlarang,janji mereka mampu memiliki apa yang dihajati hingga sanggup merosakkan akhlak generasi mereka......

Kecanggihan teknologi hari ini juga telah disalah guna bagi mencari sumber pendapatan yang haram.Tetapi kecanggihan seperti teknologi yang ada hari ini juga umpamanya internet telah banyak memberikan banyak ilmu dan perkara-perkara yang saya sendiri tidak ketahui.Kalau dahulu mungkin perkara-perkara dan maklumat susah kita perolehi dan terhad.Terpulang pada kita memanfaatkannya ke jalan yang diredhai Allah.

Hingga berjumpa lagi...InsyaAllah

No comments: