Sunday, February 21, 2010

kahwin....kahwin....

Salam.
Lama tidak mengirim post baru.Sibuk amat sibuk walau bercuti (sibuk bercuti...He...)....
Isnin pada waktu cuti lepas saya telah pergi menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Kulim Golf Resort.Wah......inilah pertama kali dalam hidup saya menghadiri majlis perkahwinan yang dibuat di resort.

Bila diberitahu majlis akan diadakan di resort apa yang digambarkan di fikiran saya tentulah ianya amat meriah dengan penuh gilang -gemilang di dewan resort seperti saya pernah lihat di dalam majalah tempatan.Tapi tekaan saya sedikit tersasar.Apa yang boleh saya katakan ianya meriah kerana dapat berjumpa sanak saudara di kawasan yang amat menarik tetapi persiapan sederhana.......cuma tempatnya memang menarik terutama didalam dewan malah tidaklah terlalu banyak protokol masih lagi kami bebas seperti ditempat kenduri yang diadakan di rumah.Memang kami buat macam rumah sendiri! he....he....

Tapi penat melayan kerenah anak.Sebab dewan tersebut berhampiran swimming pool .Anak-anak memang pantang nampak kolam mandi atau sungai....mesti nak masuk mandi...tapi nasib baik ada pengawal di situ ...takut sikit budak-budak ni.Akhirnya mereka bermain di taman permainan tidak jauh dari swimming pool itu.Apalgi ayah dan ibunya sakan la menikmati jamuan dan berbual dengan sanak saudara....budak-budak ni kalau dah main tak ingat nak makan.....
makanan pada majlis itu menu biasa saja tapi ada tambahan mihun sup dan pencucui mulut.....memang mewah dari segi makanan......kami sekeluarga tiba awal.....masih tidak ramai tetamu dan lama juga kami di situ sebelum bertolak balik.

Jumpa lagi!

No comments: