Thursday, April 8, 2010

peka tidak pekak

salam pada semua.

Saya telah menghantar anak saya ke klinik hari ini untuk mengambil sampel darahnya setelah semalam kami ke unit kecemasan pada malam hari.Setelah diperiksa kakitangan klinik mencadangkan anak saya diambil sampel darah untuk memastikan tiada tanda-tanda penyakit denggi atau H1N1.Hati keibuan ini menjadikan amat risau bila keadaan anak begitu.Sebelum itu beberapa hari lalu anak saya sakit mata dan telah beberapa hari tidak ke tadika.Rasa marah juga apabila pihak pengurusan Tadika tidak memaklumkan ada kalangan murid di situ sakit mata.Saya faham situasi ibu bapa yang terpaksa juga menghantar anak mereka ini ke Tadika cuma cara pihak Tadika menguruskan hal ini agar sakit mata itu tidak tersebar di kalangan muris lain.

Setelah tiga kali cubaan mengambil darah pada anak saya akhirnya keputusan telah diperolehi dan doktor mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan dan cuma demam biasa.Lega seketika hati saya.

Sebelum itu beberapa hari lalu saya amat terkejut dengan perginya arwah Din Beramboi ke sisi Allah SWT....setelah mengikuti beberapa perkembangan kesihatan arwah sejak dimasukkan ke hospital saya terkejut apabila mendengar berita keesokan harinya bahawa arwah telah meninggal.

Dan beberapa hari ini masyarakat kembali dalam keadaan agak keliru..............dengan beberapa kes denggi dan H1N1 yang kembali mengambil perhatian kita.Kesibukan masyarakat dengan tugas menyebabkan kita kadangkala melalaikan banyak perkara yang mustahak.

Oleh itu PEKA pada persekitaran dan telinga tidak di PEKAKkan....moga kita sentiasa berwaspada.

No comments: