Saturday, November 6, 2010

Mulakanlah langkah untuk bersenam

Adakah anda rasa anda perlu mulakan aktiviti senaman anda sekarang? adakah anda berumur 30 tahun ke atas?
Jika anda individu berusia 30an ,jawapan kepada soalan pertama perlulah "ya"..kerana tahap umur tersebut dianggap sistem badan kita perlu dijaga dengan baik,termasuklah dari segi pemakanan.
Bagi mereka yang telah lama meninggalkan aktiviti sukan adalah baik anda mengambil langkah untuk memulakan semula aktiviti fizikal anda.Curilah masa lapang anda walau 20 minit , 4-5 kali seminggu untuk aktiviti fizikal pada tahap maksimum.
Ramai rakan saya lebih gemar memilih untuk bermain permainan badminton,futsall dan sebagainya.Namun bagi saya berjalan cepat dan berjogging atau LSD adalah yang terbaik, tidak perlu mengelaurkan sebarang modal menenmpah gelanggang dan sebagainya.Ramai yang merasakan tindakan mereka memilih untuk bermain sudah cukup baik bagi tubuh badan mereka.Tetapi nasihat saya baiklah anda berfikir semula tentang aktiviti fizikal anda.Kerana itulah terdapat kes mereka yang pengsan dan ada yang maut setelah tamat bermain ffutsall dan sebagainya,mungkin kerana mereka tidak peka keperluan tubuh badan mereka terhadap aktiviti fizikal yang mereka lakukan.
Malah dengan bermain anda terdedah dengan kecederaan....keranaapabila pergi bermain anda hanya teruja untuk bermain untuk keseronokan semata-mata dan bukan untuk membakar kalori dalam badan anda.Akibatnya lebih banyak buruk dari baik.Terutama bagiy ang telah berumur 40 ke atas...
Dan bagi yang suka berjogging saya perhatikan di taman-taman yang mempunyai kemudahan berjogging kebanyakan nya melakukan langkah yang salah untuk berjogging.Kasut yang tak sesuai,tanpa pemanasan badan dan regangan di mana apabila tiba di tempat berjogging mereka terus berlari apabila turun dari kereta dengan laju.......hasilnya tidak sampai 30 meter mereka telah penat....ada juga yang terus melakukan regangan tanpa memanaskan badan apabila turun dari kenderaan mereka dan kemudian berlari............
Apabila berada di taman rekreasi yang mempunyai trek jogging perkara paling membuat saya marah adalah sikap orang ramai, yang paling saya benci apabila ada yang merokok di tempat-tempat duduk sepanjang trek jogging, duduk sambil membawa makanan yang banyak....dan juga berjalan-jalan secara berpasangan atau berkumpulan dengan memenuhi trek menyebabkan kadang-kala saya terpaksa memberikan isyarat ketepi atau terpaksa berhenti berlari......
Jadi cubalah menjadi individu yang lebih peka pada persekitaran anda...

Friday, August 20, 2010

Kisah Batu terbang

Salam.

Kita sering mendapat foto tentang kejadian-kejadian yang ada kaitannya dengan Islam atau keagungan Allah swt.Namun umat Islam juga tidak seharusnya terus menerima bulat-bulat perkara-perkara yang boleh membuat kita terkagum dengan perkara tersebut dan bukan bukan pada-Nya.Tujuannya bukikan untuk memperkecilkan perkara-perkara sebegitu cuma kita seharusnya berwaspada juga dan menyiasat dan meneliti perkara yang kita terima sebelum menerimanya bulat-bulat dan melencongkan pemikiran kita sehingga boleh menyebabkan kita lari dari pegangan iman sebenar.Saya telah menerima foto ini, dan mungkin anda juga pernah melihatnya,lalu saya cuba mencari kisah-kisah yang ada kaitannya dan inilah yang saya temui untuk kita fikir dan kongsikan bersama.


Misteri Batu Terbang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad



Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.

Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Jika dalam versi indonesia, embel-embel ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Hasa atau Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir.

Batu itu kononnya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas. Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang.

Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.

Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:



Sumber:http://www.al-habib.info

Thursday, July 29, 2010

Sardin buatan sendiri......

Saya menerima email berkaitan keburukan memakan sardin dalam tin.Beberapa hari kemudian saya menerima satu balasa email yang saya rasa amat menarik untuk dikongsikan.

ada kaedah tradisional yang diguna oleh masyarakat bugis di pontian untuk membuat sardin yang selamat . rebus ikan tambann atau tuna atau apa juga ikan bersama dengan beberapa ruas tebu yang tidak dibuang kulitnya selama 6 jam . pas tu tulang dia akan lembut dan boleh dimasak dengan sambal atau sos cili atau tomato .. rasanya lebih kurang sama macam yang dijual dikedai.....


Monday, July 19, 2010

Misteri 2 kes ,tidak terjawab!


Saya periksa peti surat hari ini, ada satu nota! Pemberitahuan tentang kehilangan kucing lagi!
Masuk yang ini telah dua kali saya menerima nota kehilangan kucing.Bukan sebarangan kucing tapi kucing parsi dan siam.Kucing spesies ni memang mahal dan cantik.

Bila dah masuk kali kedua ni,saya terfikir juga adakah kehilangan kucing-kucing ini satu kebetulan...perhatikan dan fikirkan......

Kucing-kucing "glamour" ini adalah kepunyaan penduduk di taman dijalan 1/3 dan jalan 1/1, iaitu tidaklah jauh sangat.......bukan? jadi?adakah ini kebetulan? itu kes-kes yang dimaklumkan dan ada nota untuk mencarinya...............mungkin ada yang mendiamkan diri saja dan kita tak mengetahuinya.

Jadi setakat ini dua kes kehilangan kucing ini.............jadi kepada mereka yang memiliki kucing-kucing import ke,tempatan ke,mahal ke,murah ke........kalau sayang kucing anda,jagalah........tapi jangan sampai anak-anak juga hilang!!!!

Misteri? akan jadi misteri................

Saturday, July 17, 2010

syok!

Hari ni ke pasar malam............wah!!! ramai sungguh orang!!! universiti pon dah buka balik.......so hari ni ramai student ke pasar malam............
macam-macam ragam.................................
sekali-sekala tengok gelagat manusia .........best juga! tapi sekali-sekala rasa sakit mata,sakit hati pun ada...............
yang bawa kereta tu faham-faham la.........orang berpusu kat pekan area pasar malam ni......bawa sabor jangan nak melenting tak tentu pasal!