Saturday, November 6, 2010

Mulakanlah langkah untuk bersenam

Adakah anda rasa anda perlu mulakan aktiviti senaman anda sekarang? adakah anda berumur 30 tahun ke atas?
Jika anda individu berusia 30an ,jawapan kepada soalan pertama perlulah "ya"..kerana tahap umur tersebut dianggap sistem badan kita perlu dijaga dengan baik,termasuklah dari segi pemakanan.
Bagi mereka yang telah lama meninggalkan aktiviti sukan adalah baik anda mengambil langkah untuk memulakan semula aktiviti fizikal anda.Curilah masa lapang anda walau 20 minit , 4-5 kali seminggu untuk aktiviti fizikal pada tahap maksimum.
Ramai rakan saya lebih gemar memilih untuk bermain permainan badminton,futsall dan sebagainya.Namun bagi saya berjalan cepat dan berjogging atau LSD adalah yang terbaik, tidak perlu mengelaurkan sebarang modal menenmpah gelanggang dan sebagainya.Ramai yang merasakan tindakan mereka memilih untuk bermain sudah cukup baik bagi tubuh badan mereka.Tetapi nasihat saya baiklah anda berfikir semula tentang aktiviti fizikal anda.Kerana itulah terdapat kes mereka yang pengsan dan ada yang maut setelah tamat bermain ffutsall dan sebagainya,mungkin kerana mereka tidak peka keperluan tubuh badan mereka terhadap aktiviti fizikal yang mereka lakukan.
Malah dengan bermain anda terdedah dengan kecederaan....keranaapabila pergi bermain anda hanya teruja untuk bermain untuk keseronokan semata-mata dan bukan untuk membakar kalori dalam badan anda.Akibatnya lebih banyak buruk dari baik.Terutama bagiy ang telah berumur 40 ke atas...
Dan bagi yang suka berjogging saya perhatikan di taman-taman yang mempunyai kemudahan berjogging kebanyakan nya melakukan langkah yang salah untuk berjogging.Kasut yang tak sesuai,tanpa pemanasan badan dan regangan di mana apabila tiba di tempat berjogging mereka terus berlari apabila turun dari kereta dengan laju.......hasilnya tidak sampai 30 meter mereka telah penat....ada juga yang terus melakukan regangan tanpa memanaskan badan apabila turun dari kenderaan mereka dan kemudian berlari............
Apabila berada di taman rekreasi yang mempunyai trek jogging perkara paling membuat saya marah adalah sikap orang ramai, yang paling saya benci apabila ada yang merokok di tempat-tempat duduk sepanjang trek jogging, duduk sambil membawa makanan yang banyak....dan juga berjalan-jalan secara berpasangan atau berkumpulan dengan memenuhi trek menyebabkan kadang-kala saya terpaksa memberikan isyarat ketepi atau terpaksa berhenti berlari......
Jadi cubalah menjadi individu yang lebih peka pada persekitaran anda...

No comments: