Wednesday, May 12, 2010

yang keras.............

Saya lega apabila anak menunjukkan surat yang diberikan oleh pihak sekolah menyatakan SK Proton akan dibuka pada 1 Jun nanti dan sesi persekolahan akan bermula. Bermakna anak saya akan bersekolah pagi , di mana sebelum ini anak saya bersekolah di sesi petang dan menumpang di sekolah sk tanjong malim.Agak bermasalah kerana kami bekerja di waktu pagi maka tiada siapa untuk menguruskan anak saya itu dalam tempoh sebelum ke sekolah.

SK Proton City sepatutnya telah lama di buka dan dijangka pada Mac lalu tetapi kerana beberapa masalah ianya lewat diserahkan kepada pihak pentadbiran kerana beberapa masalah bangunan yang tidak menepati beberapa ciri keselamatan.Bahkan pihak sekolah telah membuat upacara "memagar" oleh seorang Ustaz beberapa bulan lalu.

Tapi ada beberapa cerita seram yang kedengaran tentang Sekolah tersebut.Jiran saya bekerja sebagai pengawal di situ.Ada beberapa cerita yang berkaitan makhluk halus ini.Kalau dilihat lokasi sekolah tersebut ianya berhampiran dengan perumahan namun di belakangnya sedikit hutan .Sepupu saya yang pernah menetap di Behrang ulu pernah menyatakan bahawa kawasan dari kilang Proton hingga perumahan Proton city memang "keras" termasuklah kolej UPSI di kawasan itu di mana turut terdapat banyak cerita-cerita misteri.

Cuma apa yang diharapkan anak-anak kita yang akan bersekolah itu dapat menjalani pembelajaran tanpa masalah.Kita doakan agar dielakkan dari masalah-masalah yang tidak diingini.InsyaAllah.

Tuesday, May 11, 2010

Kes bayi tercekik di sebuah taska

Di tempat kerja semalam saya dikejutkan dengan berita seorang bayi 9 bulan meninggal di Taska yang sama dengan anak saya pada hari isnin lalu.Kebetulan pada Isnin tersebut saya tidak menghantar anak perempuan saya ke Tadika kerana demam.Agak terkejut juga bayi itu meninggal kerana tercekik.Dari apa yang diceritakan oleh rakan sekerja bayi itu telah dikejarkan ke hospital Tanjong Malim namun tidak dapat diselamatkan.dari pemeriksaan doktor sebenarnya bayi itu mengalami masalah paru-paru dan jantung dan peristiwa yang berlaku itu kebetulan telah menyebabkan trajedi ini.Pihak taska memaklumkan mereka tidak dimaklumkan oleh keluarga mangsa tersebut bahawa anak mereka mempunyai masalah paru-paru dan jantung.Tetapi ibubapa mereka dikatakan tidak mengetahui hal tersebut kerana tidak pernah membawa anak mereka untuk pemeriksaan lanjut sebelum ini.

Kes ini sedikit sebanyak menyebabkan hati saya agak bimbang juga.Mungkin ini juga sedikit sebanyak kerana kecuaian pihak Taska dan pengetahuan staf dari segi bantuan kecemasan.Namun apa yang berlaku telah berlaku,bagi ibubapa yang lain berwaspadalah dan sentiasa peka dengan keadaan anak anda.

GST tu binatang apa..............??????????????

Ada seorang rakan bertanya apa itu GST.............singkatan bagi apa?
Saya menjawab Guru Suka Tido..............hu...hu...saja melawak kat rakan saya........

GST membawa makna besar bagi mereka yang faham apa itu GST....tapi cuba tanya ibubapa kita di kampung......

"Pak tak lama lagi kita kena GST......................................"

"GST binatang ape......................?"

Aduh.........payah kita nak cakap....tapi yang mudahnya ..........."kena Cukai perkhidmatan Pak......"

"OOOooooooooooooooooo................"

Entah faham entahkan tidak.........

Bagi situasi begini mungkin setelah GST dilaksanakan baru mereka faham setelah terkena batang hidung!

Tetapi menarik ,bermacam makna diberi bagi GST ini....kalau tak percaya cuba lah taip pada browser carian Google atau apasaja....anda akan jumpa...............

Berbagai pendapat dikemukakan tentang perlaksanaannya,malah ada kerajaan yang tumbang gara-gara melaksanakan GST ini akibat tidak puas hati rakyat.Bagi mereka yang kurang faham baiklah cuba memahaminya dari sekarang..............perkara yang 'panas' seperti ini mudah untuk anda mencari topiknya di layaran internet ini dan anda banding-bandingkanlah semua pendapat yang dikemukakan...................terpulang pada anda...........untuk menafsirkannya.

Salam.....................

Monday, May 10, 2010

Resepi untuk isteri kepada suami.............

Assalamualaikum warahmatullah,

Bagi isteri bijaksana, resepi ringkas lagi padat ini sesuai untuk dihadiahkan kepada suami tercinta. Semoga berbahagia hendaknya, insya Allah.

1. Dampingi dia mencapai kejayaan dalam hidup

Jadilah lelaki gentleman, sentiasa disampingnya di saat dia memerlukan. Kelemahan isteri adalah bukti kelemahan suami juga. Tugas anda adalan menuntun dan mengganding tangannya agar dapat melalui jalan yang susah dan berbahaya dengan selamat. Bukankah telah jelas dan terang dalam firman-Nya: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakatsserta taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)

2. Buktikan anda bertanggungjawap

Berikan hak isteri dan anak-anak dengan nafkah yang cukup, tidak berlebih datau berkurangan. Sesungguhnya pahala yang besar akan diberikan kepada seorang suami yang ikhlas memberi nafkah kepada keluarganya. Sabda Rasulullah SAW : Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, dan satu dinar yang kamu keluarkan untuk memerdekakan seorang hamba, dan satu dinar yang kamu nafkahkan untuk keluargamu, maka yang paling besar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Bersikap romantik

Romantik adalah kelembutan, kasih-sayang, rindu, hormat, menghargai, memaafkan, memberi peluang, ikhlas memberi, sedih ketika dia sedih dan gembira ketika dia gembira, menolong, menasihati dan bersungguh-sungguh menghidupkan suasana percintaan yang dia mahukan. Jangan meremehkan hubungan ‘intim’ yang anda lakukan, ianya boleh mengubati tekanan isteri yang sedang gelisah.

4. Hormati keluarga isteri

Yang paling berharga dalam hidupnya sebelum kehadiran anda adalah kedua ibubapanya. Jangan pisahkan kasih mereka disebabkan diri anda. Penghirmatan yang paling tinggi nilainya bukan semestinya dengan wang atau hadiah walaupun tidak dinafikan kedua-duanya amat mengambil peranan penting, elok hiasi peribadi anda denga budi bahasa yang sopan dan beradap.

5. Merancang masa depan bersama, sehidup dan semati

Jangan terpedaya oleh pujukan nafsu yang akan merosakkan kebahagiaan anda dan isteri, lelaki boleh dikalahkan oleh tiga jenis racun iaitu, harta, takhta dan wanita. Tetapi jika iman sentiasa memenuhi hati anda, Allah SWT akan menolong anda melalui tiga ujian itu dengan selamat. Rancanglah masa depan dengan teliti. Banyak agenda yang harus dikejar, dunia dan akhirat sama-samalah ditimbangkan. Berpalinglah dari nafsu syahwat yang merosakkan impian anda dan isteri. Wanita istimewa yang cuba hadir dalam hidup anda adalah petanda awal kehancuran rumahtangga anda! Berhati-hatilah dengan nafsu yang dituruti. Ianya akan membinasakan diri anda.

Sunday, May 9, 2010

Iktibar dari pengalaman...

Hari ni ke Trolak tolong kakak memindahkan barang dari rumah arwah ibu mertuanya. Adik iparnya kini tinggal bersamanya setelah ibu mertuanya meninggal. Adik iparnya dalam lingkungan 30an tetapi mengalami masalah kesihatan.

Menurut ceritanya adik iparnya itu jadi begitu setelah mengalami satu demam panas yang kuat ketika kanak-kanak dan mengalami kejang hingga melumpuhkan sistem badan nya termasuk pada otak.Segala keperluan makan dan pakainya perlu diuruskan oleh kakak saya.

Ceritanya itu mengingatkan saya kepada cerita-cerita lain yang berkaitan baik dari bacaan dan cerita dari sahabat andai.Cerita-cerita yang kita perolehi inilah yang dapat kita jadikan satu panduan kerana ianya merupakan satu pengalaman dari orang lain yang dapat kita gunakan bagi diri kita.

Saya mengingatkan diri saya sendiri agar lebih prihatin apabila anak-anak saya mengalamai demam dan tidak mengambil ringan hal begitu.Tambahan pula ketika H1N1 mula timbul kemballi ketika ini.Apa yang saya terbaca demam yang perlu diambil berat ialah dikalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun.Ini tidak bermakna kanak-kanak lebih dari 4 tahun tidak perlu kita bawa ke klinik jika mengalami demam panas kerana dibimbangi mengalami kekejangan.