Thursday, April 29, 2010

Gula atau gula-gula atau digula-gulakan.............

Tadi saya pergi ke sebuah pasaraya.Sedang sibuk mencari-cari barang yang hendak dibeli saya terdengar satu suara agak kuat di satu sudut pasaraya itu.Setelah diamati rupa-rupanya ada seorang berbangsa Cina seperti marah-marah dan ada beberapa orang Melayu juga di situ.Saya tak pasti tapi rasanya orang Cina itu pembekal barang di pasaraya itu atau mungkin pekerja.Apa yang di marahkannya ialah tentang stok gula yang telah habis.Mungkin juga pakcik tu tanya dia pasal gula.Saya pun mendekati kawasan itu dan apabila diamati memang ruangan untuk gula seperti kosong...............
Antara yang dituturkan oleh orang Cina itu ialah tentang "pegawai" yang ditemuinya yang menyatakan bahawa bekalan gula ada cuma sehingga saat itu gula yang dipesan tak tiba-tiba.Apabila dihubungi pegawai itu pula memberi pelbagai alasan.Hal ini saya tak pasti apa dimaksudkan.Saya terdengar dia berkata "cakap tipu saja..............." dia juga ada menyebut tentang kerajaan.Dari apa yang dituturkan dia menyatakan kerajaan cakap tidak serupa bikin.......sering menyatakan tiada masalah tetapi sebenarnya adalah sebaliknya..............dia seperti marah benar nampaknya.Akhirnya dia berlalu dari tempat itu dan saya pun meneruskan tujuan saya di situ.
Apa yang dapat disimpulkan ini adalah antara contoh-contoh luahan orang yang dalam kekecewaan.Mungkin bagi sesetengahnya ia perkara remeh tapi impaknya mungkin besar.Mungkin kita punya pilihan................samaada...........gula,gula-gula atau mahu digula-gulakan...............sama-samalah fikirkan.

Ajal yang tidak disangkakan di Hulu Selangor

Minggu lepas husband sibuk dengan PRK Hulu Selangor.My hubby orang HS...........macam2 kisah dari hubby pasal HS ,kita hanya jadi pendengar.......macam kurang minat politik ni.............
semalam terkejut dengan berita jiran sebelah rumah ibunya di HS meninggal dunia.Hubby sangka kemalangan di jalanraya sebab jirannya itu sihat saja masih muda.............rupa-rupanya jatuh di bilik air dan kecederaan di kepala..............itulah dinamakan ajal.............kita tidak akan tahu bila ia akan hadir..........

Thursday, April 8, 2010

peka tidak pekak

salam pada semua.

Saya telah menghantar anak saya ke klinik hari ini untuk mengambil sampel darahnya setelah semalam kami ke unit kecemasan pada malam hari.Setelah diperiksa kakitangan klinik mencadangkan anak saya diambil sampel darah untuk memastikan tiada tanda-tanda penyakit denggi atau H1N1.Hati keibuan ini menjadikan amat risau bila keadaan anak begitu.Sebelum itu beberapa hari lalu anak saya sakit mata dan telah beberapa hari tidak ke tadika.Rasa marah juga apabila pihak pengurusan Tadika tidak memaklumkan ada kalangan murid di situ sakit mata.Saya faham situasi ibu bapa yang terpaksa juga menghantar anak mereka ini ke Tadika cuma cara pihak Tadika menguruskan hal ini agar sakit mata itu tidak tersebar di kalangan muris lain.

Setelah tiga kali cubaan mengambil darah pada anak saya akhirnya keputusan telah diperolehi dan doktor mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan dan cuma demam biasa.Lega seketika hati saya.

Sebelum itu beberapa hari lalu saya amat terkejut dengan perginya arwah Din Beramboi ke sisi Allah SWT....setelah mengikuti beberapa perkembangan kesihatan arwah sejak dimasukkan ke hospital saya terkejut apabila mendengar berita keesokan harinya bahawa arwah telah meninggal.

Dan beberapa hari ini masyarakat kembali dalam keadaan agak keliru..............dengan beberapa kes denggi dan H1N1 yang kembali mengambil perhatian kita.Kesibukan masyarakat dengan tugas menyebabkan kita kadangkala melalaikan banyak perkara yang mustahak.

Oleh itu PEKA pada persekitaran dan telinga tidak di PEKAKkan....moga kita sentiasa berwaspada.

Sunday, February 28, 2010

hati bertambah sakit...................

Salam

Semalam saya sekeluarga telah pergi ke majlis perkahwinan anak mak su kami di Kerling,Selangor.Namun saya rasakan hari ini bukan ahri baik untuk kami,niat kami ke majlis tersebut telah terbantut sedikit akibat kena saman.

Kereta kami yang dipandu suami tidaklah laju dan mengikut had laju yang ditetapkan,namun ada sebuah van dihadapan kami yang terlalu perlahan dan tiba-tiba memberi signal ke kanan di satu simpang tiga dan suami saya telah memotong kereta berkenaan dengan melalui satu lane lagi yang mempunyai anak panah ke kiri untuk masuk ke simpang sebelah kiri....tiba-tiba tidak jauh dihadapan seorang polis trafik telah mengarahkan kami dan sebuah lagi kereta di belakang kami yang turut memotong van berkenaan (rasanya van pekerja Bangladesh) ke tepi.Kami agak terpinga-pinga kerana menyangkakan kereta kami melebihi had ,rupanya setelah di terangkan oleh pegawai berkenaan kesalahan kami adalah memotong di lorong yang salah iaitu lorong untuk kenderaan masuk ke simpang tiga.

Mungkin dari segi teknikal nya kami telah melakukan kesalahan akibat tindakan kenderaan lain yang melakukan sedikit kesalahan lain yang memaksa kami terpaksa pula melakukan kesalahan.
Begitulah keadaannya di jalanraya 1 Malaysia ini.Saya memang telah lama tidak puas hati dengan banyak keadaan jalanraya di Malaysia ini.

Pernahkah anda bertanya mengapa jalan yang anda lalui perlukan had 90 ada pula 60.Saya pernah diberitahu oleh rakan saya yang juga merungut dia disaman kerana memandu laju di sebuah jalanraya (bukan lebuhraya) 4 lorong kerana membawa kelajuan 80 sedangkan had laju di situ adalah 60.Rakan saya bertanya kepada pegawai polis yang menyamannya,bukankah jalan yang dilaluinya sepatutnya boleh dipandu 90 km/sejam,kerana mempunyai 4 lorong dan masih baru dan dalam keadaan baik,pegawai polis itu hanya menjawab rakan saya itu perlu mengajukan pertanyaan kepada pihak yang berwajib membuat jalan itu,tugasn nya hanya menyaman.

Jadi sebagai rakyat yang membayar cukai jalan bukankan kami ada hak untuk dijelaskan keadaan ini.?

Satu perkara lagi ialah telah beberapa kali saya mengalami peristiwa melanggar lubang di jalanraya.Selalu berlaku sedangkan jalan itu adalah jalan yang sering dilalui tiba-tiba sahaja berlubang akibatnya rim bengkok terpaksa keluar duit lagi.....di mana mereka yang sering pandai bercakap tentang pengurusan ni..............




Thursday, February 25, 2010

melihat bintang bergerak!

Salam.
Ada sesuatu yang mungkin menarik untuk saya berkongsi hari ini.Pada pagi tadi ketika saya keluar ke rumah antara waktu jam 6.30 apabilamemandang ke langit saya telah terlihat satu pergerakan bintang yang amat laju secara melintang,tiba-tiba satu lagi bintang bergerak kearah berlawanan tetapi agak perlahan dari bintang yang tadi dan berhenti pada satu tempat manakala bintang yang satu lagi tadi terus menghilang dengan laju sekali.Memang menarik dan saya rasa itu merupakan pertama kali saya lihat pergerakan seumpama itu oleh dua bintang sekali gus.Kerana sebelum ini saya pernah melihat hanya satu bintang yang bergerak.Kerana ingin tahu saya cuba mencari info berkenaannya.

Inilah serba sedikit yang dapat saya kongsikan dengan anda.

Berikut di bawah ini adalah arti dasar yang sederhana dari benda-benda langit yang sering kita jumpai dalam kehidupan sehari-hari, yaitu meteor, meteorit, komet dan satelit :

A. Meteor

Meteor adalah benda langit yang masuk ke dalam wilayah atmosfer bumi yang mengakibatkan terjadinya gesekan permukaan metor dengan udara dalam kecepatan tinggi. Akibat adanya gesekan yang yang cepat tersebut menimbulkan pijaran api dan cahaya yang dari kejauhan kita melihatnya seperti bintang jatuh.

B. Meteorit

Meteorit adalah benda-benda di luar angkasa dengan kecepatan yang cepat. Jumlah meteorit di angkasa raya tidak terhitung karena sangat banyak dengan berbagai bentuk, jenis, bahan kandungan, warna, sifat dan sebagainya.

C. Komet

Komet adalah benda langit yang mengelilingi matahari. Komet memiliki orbit garis edar sendiri yang bentuknya sangat lonjong. Komet biasa disebut sebagai bintang berekor karena sifatnya yang bercahaya terang dan memiliki ekor gas debu yang sangat panjang.

D. Satelit

Satelit adalah benda yang mengelilingi planet yang memiliki orbit peredaran sendiri. Satelit bersama planet yang dikelilinginya secara bersama-sama mengelilingi bintang. Bulan adalah satelit alami yang dimiliki oleh bumi yang bersama bumi mengelilingi matahari, sedangkan satelit palapa, satelit b1, dan sebagainya adalah satelit buatan manusia yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti untuk komunikasi, mata-mata, riset, dan lain sebagainya.

E. Bintang

Bintang adalah benda langit luar angkasa yang memiliki ukuran besar dan memancarkan cahaya sebagai sumber cahaya. Bintang yang terdekat dengan bumi adalah matahari. Matahari dikelilingi oleh planet-planet anggota tata surya seperti pelanet bumi, merkurius, venus, mars, jupiter, saturnus, uranus, neptunus dan jupiter.

F. Planet

Planet adalah benda langit yang mengelilingi bintang sebagai pusat tata surya. Planet tidak dapat menghasilkan cahaya sendiri namun dapat memantulkan cahaya. Planet yang dekat dengan bumi dapat kita lihat setiap hari dengan mata telanjang seperti planet venus yang disebut orang sebagai bintang fajar.