Thursday, April 29, 2010

Gula atau gula-gula atau digula-gulakan.............

Tadi saya pergi ke sebuah pasaraya.Sedang sibuk mencari-cari barang yang hendak dibeli saya terdengar satu suara agak kuat di satu sudut pasaraya itu.Setelah diamati rupa-rupanya ada seorang berbangsa Cina seperti marah-marah dan ada beberapa orang Melayu juga di situ.Saya tak pasti tapi rasanya orang Cina itu pembekal barang di pasaraya itu atau mungkin pekerja.Apa yang di marahkannya ialah tentang stok gula yang telah habis.Mungkin juga pakcik tu tanya dia pasal gula.Saya pun mendekati kawasan itu dan apabila diamati memang ruangan untuk gula seperti kosong...............
Antara yang dituturkan oleh orang Cina itu ialah tentang "pegawai" yang ditemuinya yang menyatakan bahawa bekalan gula ada cuma sehingga saat itu gula yang dipesan tak tiba-tiba.Apabila dihubungi pegawai itu pula memberi pelbagai alasan.Hal ini saya tak pasti apa dimaksudkan.Saya terdengar dia berkata "cakap tipu saja..............." dia juga ada menyebut tentang kerajaan.Dari apa yang dituturkan dia menyatakan kerajaan cakap tidak serupa bikin.......sering menyatakan tiada masalah tetapi sebenarnya adalah sebaliknya..............dia seperti marah benar nampaknya.Akhirnya dia berlalu dari tempat itu dan saya pun meneruskan tujuan saya di situ.
Apa yang dapat disimpulkan ini adalah antara contoh-contoh luahan orang yang dalam kekecewaan.Mungkin bagi sesetengahnya ia perkara remeh tapi impaknya mungkin besar.Mungkin kita punya pilihan................samaada...........gula,gula-gula atau mahu digula-gulakan...............sama-samalah fikirkan.

No comments: