aku hamba Allah yang tidak lari dari kesilapan.....
Thursday, July 1, 2010
sebar jangan tak sebar!
Penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!. Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat."
Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur ."Syirik." Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang." Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.
Blog ini dengan rasminya telah dilancar pada 13 Ogos 2009.Blog ini adalah perkongsian aku dan yang teristimewa dalam meluahkan apa yang berbuku di hati kami.Makanya kami saling menyatakan....
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Blog ini pada hemat peribadi saya sesungguhnya bukanlah yang terbaik tetapi cuba merangkak untuk berdiri menjadi yang baik.Moga dapat berkongsi bersama apa yang dianggap elok,dapat ditepis apa yang dianggap serangan ,dapat dielak apa yang dianggap tohmahan,akal menjadi keutamaan dalam membuat keputusan,membanding jika dirasa perlu,dibuang jika dirasa baik,disimpan jika dirasa sayang...........salam buat semua.
Ya Allah Ya Fattah Ya Aliim... bebaskan dada kami daripada rasa yang menghimpit, daripada ketakutan berbuat baik dan benar. Lepaskan kami daripada kebingungan dunia, dengan memberikan cahaya petunjuk kepada hati kemana arah yang perlu kami tuju...
Ya Allah Ya Muiiz Ya Mudzill... hapuskan rasa sedih yang bersemayam di hati kami, hilangkanlah keraguan daripada hati kami, berikan kami rasa sedih jika tidak mengikut hukummMu, tanamkan rasa sedih di benak kami jika tidak mampu berjihad di jalanMu. Semaikan rasa sedih dalam jiwa kami jika kami tidak dapat mampu menyeru umat kepada jalanMu yang lurus...
Kami berlindung dengan Engkau Ya Allah, daripada kelemahan yang menyemputkan nafas kami sehingga kami tidak mampu berlari dalam perjuangan membela agamaMu. Lepaskan belenggu kemalasan dalam setiap langkah kami...
Berilah kami kekuatan Ya Allah Ya Qahhar... Tambahkan kekuatan Mu dalam kekuatan kami Ya Allah
Ya Allah Ya Muhaimin yang Maha Memelihara, bebaskan kami daripada kejahatan golongan yang menghalang kami daripada melakukan ketaatan kepadaMu. Bebaskan kami daripada kekuasaan golongan yang menyekat agamamu. Bebaskan kami daripada penjajahan, penjajahan sesama manusia, penjajahan pemikiran batil dan juga daripada belenggu syaitan yang direjam...
Ya Allah Ya Malikul Qudus... jadikan kami penolong kepada mereka yang ditindas. Jadikan kami hambaMu yang mampu menguasai dunia dan menegakkan kedaulatan Islam dengan ilmuMu. Kumpulkan kami daripada kalangan para nabi, orang yang membenarkan agamaMu, orang yang mati syahid dan orang yang beramal soleh...
Amin Ya Rabbal Alamin...
Bicara Berbisa
"Kerana sudah demikian mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan yang lain. Kita hanya beristirahat buat sementara, guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru. Sebab itulah maka tak usah kita menangis di waktu mendaki, sebab di balik puncak perhentian pendakian itu, telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang akan kita jaga di sana, iaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa di waktu menurun kerana kita akan menempuh pendakian pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada pendakian dahulu. Dan barulah kelak di akhir sekali, akan berhenti pendakian dan penurunan itu, di satu padang yang luas terbentang, bernama maut." (Pemikiran HAMKA, Merantau ke Deli:71)
No comments:
Post a Comment