Sunday, July 4, 2010

Bolasepak Jerman dan Islam

Saya tertarik dengan pasukan bolasepak Jerman ini.Pada awal Piala Dunia pasukan Jerman tidaklah begitu menonjol sebagai salah satu pasukan yang bakal memenangi Piala Dunia 2010.Namun pasukan ini semakin meningkat dalam setiap perlawanan.Saya juga tertarik dengan maklumat tentang pemain Jerman ini di mana terdapat dua orang pemainnya adalah beragama Islam iaitu Mesut Ozil (keturunan Turki) dan Sami Khedira (keturunan Arab Tunisia).

Mungkin kalangan kita berasa bangga namun mungkin sekadar status mereka itu.Namun dari segi amalan-amalan mereka seperti seorang Islam yang sejati agak diragukan.Terdapat beberapa artikel yang menceritakan tentang dua pemain ini yang kurang sedap kita baca sebagai seorang Islam.Antara petikan tersebut adalah seperti yang saya temui ini

Ozil is a devout Muslim but no longer observes Ramadan after fasting while on duty with the German Under-21s played havoc with his fitness. He does however recite verses of the Quran before kick-off.

Malah ada kenyataan yang menyatakan pemain ini juga mengambil minuman keras.Ini tidak dapat dielakkan apabila kita di dalam kelompok mereka yang kafir ini.Mungkin kita juga masih ingat dengan pemain-pemain ini
Zinedine Zidane-Karim Benzema-Samir Nasry- Eric Abidal-Frederic Kanoute-Franck Rebery..........

No comments: