Sunday, December 20, 2009

duit setahun untuk kerja 4 tahun

Salam Tahun baru Maal Hijrah.

Jika terlambat maafkan saya.Tidak sangka perjalanan kehidupan ini beberapa minggu kebelakangan amat penuh dengan pelbagai perkara dan aktiviti yang dilakukan (tidak termasuk menghantar pos baru dalam blog ini .........he!) ke sana ke mari tanpa terasa masa berlalu begitu cepat.....dan saya baru balik dari pulau mutiara........menziarah sepupu dan ipar yang mendapat baby baru.......cuma yang sepupu itu mengalami sedikit masalah menghadapi tekanan darah tinggi dan tidak stabil setelah kelahiran anaknya manakala bayinya mendapat jaundis.Umurnya 31 tahun ,telah beberapa kali keluar masuk ke hospital untuk pemeriksaan...apa yang menarik ditelinga kiri bayinya mempunyai satu bentuk menyerupai kalimah Allah.....(subhanallah.....).

Kadangkala apa yang dirancang tak semestinya terlaksana. Sangkakan cuti ini berpeluang untuk lebih banyak mengirim pos baru ke blog tapi baru saat ini berpeluang....ada satu cerita dari sahabat baik saya seorang guru.Beliau mengajar subjek sains sedangkan itu bukan opsyennya...ceritanya ketika dia dimasukkan ke sekolah barunya sekolah sedang memerlukan seorang guru sains tetapi entah macamana pihak jabatan melataknya disitu...dia baru saja mendapat elaun PPSMI yang telah dibuatnya sejak setahun lalu.Bagaimanapun dia terpaksa menunggu hingga tahun ke tiga dia mengajar subjek sains barulah dia layak untuk mengisi borang bagi mendapatkan elaun PPSMI itu.Tetapi apa yang diberikan kepadanya hanyalah tunggakan bagi tahun dia mengajar itu saja (tahun ini)...dan tahun ini tahun ke empat dia mengajar PPSMI sains.Ini bermakna tiga tahun dia mengajar itu tidak dikira elaunnya....sedangkan dia mengatakan Pihak Kementerian ada menyatakan elaun itu diguna untuk meningkatkan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI.Memang benar! dan dia telah banyak juga menggunakan wang beliau untuk tujuan itu.Bermakna tiga tahun yang dia mengajar Sains itu dia menggunakan wang saku sendiri untuk berbagai tujuan bagi meningkatkan Bahasa Inggerisnya...termasuk membeli bahan bacaan yang dipaksa oleh pihak pentadbiran,kursus,dan lain-lain lagi.....dan dia mengeluh setelah dimaklumkan dia mungkin tidak mengajar Sains lagi tahun depan kerana ada guru opsyen yang akan masuk....Penat 4 tahun dia terpaksa menhadapi berbagai kerenah untuk PPSMI ini....akhirnya entah ke mana .....dan kembali mengajar subjek lain.Saya faham akan masalahnya itu...bukan dia saja malah entah berapa ramai lagi guru menghadapi masalah begitu....dan rasanya setiap sekolah ada masalah ini.....


No comments: