Monday, December 28, 2009

perkara yang ibubapa perlu hadapi......

Apa khabar semua...

Pasti di saat-saat akan kehadiran 2010 ini ramai antara ibu bapa sibuk dengan persiapan persekolahan anak-anak.Pada hari ini sekolah telah mengadakan pendaftaran Tahun 1 dan anak-anak di hidangkan dengan suasana yang baru,pakaian baru,guru baru dan macam-macam lagi.

Bagi saya juga semuanya baru kerana ini kali pertama anak sulung saya ke tahun 1.Tapi hari ini saya tidak menghantarnya mendaftar kerana beberapa masalah berkaitan penempatan sekolah anak.

Bagi ibu bapa yang tinggal di kawasan Tanjong Malim ini mereka menghadapi dilema menghantar anak ke sekolah rendah.Pilihan sama ada sekolah di Tanjong Malim atau Proton City.Bagi yang ibu bapa bekerja pastinya masalah yang amat besar terutama kawasan tempat mereka bekerja pastinya di Tanjong Malim.Namun persempadanan yang dibuat oleh pihak PPD menimbulkan sedikit masalah buat ibu bapa di kawasan perumahan saya ini.

Beza jarak Tanjong Malim dengan Proton City kalau diukur dari Taman tempat tinggal saya ini lebih kurang 2-3 km bezanya,bermakna kalau diikut pilihan pastilah Tanjong Malim.Saya tak pasti apa dasar yang diambil oleh pihak PPD.Tapi agak jelas ia memberi beban kepada penghuni di kawasan Taman saya ini.Di kawasan Taman saya yang boleh dikatakan agak jauh dari jalan utama ,kemudahan pengangkutan awam teramat terhad.Malah kemudahan bas sekolah juga tidak mampu menampung keperluan penduduk.

Sehingga sekarang saya masih memikirkan masalah yang bakal dihadapi nanti.Mungkin di pihak saya kesukaran itu boleh dihadapi tetapi dipihak anak mungkin mereka tidak dapat menerima dan memahami keadaan kesukaran ini.Persekolahan baru hanya seminggu saja lagi,saya sendiri tidak dapat bayangkan apa yang bakal saya hadapi.

No comments: