Thursday, May 5, 2011

Osama ghaib......

Beberapa hari ini gempar dengan kisah kematian Osama Laden...bermula dengan ucapan dari Obama yang disiarkan tentang pengumuman Osama telah berjaya ditembak dan mayatnya di semadikan di laut.

Kemudian nya satu persatu berita berkaitan dengan kisah tersebut telah menjadi bualan masyarakat dunia.Bermula dengan foto Osama yang telah didedahkan rupa-rupanya hanyalah gambar photoshop yang diubahsuai.Satu perkara terbongkar.Syabas kepada yang berjaya membongkar hal tesebut.Kini AS terpaksa menjawab kepada persoalan apakah AS benar-benar mempunyai foto sebenar osama dibunuh? beberapa alasan telah dikemukakan dan satunya ialah bimbang foto yang dimiliki apabila disiarkan akan menjadi propaganda? ....propaganda??? apa yang anda faham dengan jawapan tersebut?

Kita sendiri tertanya-tanya apakah Osama benar-benar ditembak ketika menyerang balas pihak SEAL? atau ............anda tanyalah diri anda sendiri...namun dikhabarkan isteri dan beberapa rakan rapat beliau yang ada di tempat kejadian hanya cedera...jadi....mungkin mereka adalah saksi paling hampir..

Namun mayat Osama yang disemadikan di laut seolah-olah satu tindakan terburu-buru??? apakah benar mayatnya di buang ke laut? makanya jika ditanya......mana buktinya? jika dilaut tiadalah lagi persoalan untuk membuat sebarang siasatan terhadap mayat lagi.....kerana sudah hilang di lautan? apakah kemungkinan besar boleh dicari kembali?atau mereka meletakkan mayat dalam satu tempat khas dan dibuang ke laut???

Sememangnya banyak persoalan......

Namun jawapan beberapa pemimpin dunia mengambarkan seolah-olah dunia telah kembali aman dengan pemergian Osama.Mereka perlu sedar setiap kenyataan yang mereka keluarkan akan mengambarkan pendirian negara tersebut terhadap kumpulan AlQaeda.....dan perjuangan mereka.

Sama-sama kita fikirkan!

No comments: