Wednesday, May 4, 2011

Kenapa Broadband anda perlahan?

Saya terjumpa satu pos ini di satu laman sembang tentang broadband yang slow.Saya dah tau tentang hal ni ....tapi bila baca komen yang diberikan terdapat banyak komen dan kebanyakannya tak tahu tentang hal ini,kerana itulah ramai juga kekawan yang tukar modemlah....atau terus tukar ke syarikat yang lain tanpamereka sedar masalah sebenar.So,mari sama-sama kita 'semak" kembali apa masalah sebenar,mungkin dapat memberikan fahaman kepada kita

Celcom Broadband 3G / HSDPA

Gua adalah pengguna ini Celcom Broadband. Gua subscribe RM98 sebulan dengan kontrak 12 bulan.
Untuk menggunakan Celcom Broadband ini, anda perlu membeli sebiji USB 3G Modem contohnya model Vodafone 7.2mbps atau pakej Celcom Broadband Huawei Modem HSDPA 7.2Mbps gak. Harganya adalah dari Rm400-Rm499. Modem Vodafone member gua jual RM400. Huawei pula RM499. Kalau nak yang 2nd hand pun ada sekitar RM200. Boleh try cari kat mudah.com.my atau lelong.com.my.

Bagi mereka yg memula nak pakai Celcom Broadband, jangan biarkan diri anda dikuasai EXCITED yang amat sebelum subscribe benda alah ni. Jika anda kaki download atau bukan kaki download, ANDA PERLU BACA FAIR POLICY Celcom Broadband, setiap bulan limited bandwith hanya 5GIG!!! Namun jika anda kaki chat atau pembaca blog, news and such..benda ni tak menyusahkan anda sangat. Tapi kalau anda kaki youtube, sorry... 5G polisi ini akan membuatkan anda memaki hamun Celcom dan negaranya. Dalam 2 minggu atau tidak sampai 2 minggu, bandwith anda akan kehausan. Dengan kata lain, RM98 atau RM68 anda akan burn dalam 2 minggu sahaja dengan limitasi tersebut.

Apa yang berlaku selepas anda sudah mencapai limitasi tersebut? Speed akan menjadi perlahan lebih perlahan dari Dial-Up sehingga gambar lgsg tidak dapat loading atau boleh kata serendah 10-30kb/s sahaja. LAGIIII YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA GIGIT JARI SENDIRI adalah setiap kilobytes yang kita pakai selepas limitasi akan dicaj! Jika anda pakai berterusan sehingga akhir bulan, dalam RM20 la anda akan dicaj. Dalam bil, dia akan tulis YOUR ACCOUNT OVERDUE. Jadi kalo anda sepatutnya hanya bayar RM68, tambah lagi RM20..dah RM88..kalao RM98, jadi RM100+!!!

No comments: