Friday, January 15, 2010

Pengorbanan,terkorban dan dikorbankan......

Salam
2 minggu telah berlalu persekolahan 2010 ini. Rasanya segala kekalutan reda sedikit.....
Bagaimanapun guru-guru yang berulang ke tempat bertugas diharap terus berhati-hati.Di kawasan kediaman saya ini ramai guru yang bertugas di Slim River.Bermakna mereka berulang-alik sejauh lebih kurang 40 km sehari.....

Kalau difikirkan agak kalut juga,bayangkan mereka mahu menghantar anak ke sekolah dan kemudian bergegas pula ke tempat kerja yang jauh.Dalam keadaan begini keselamatan amatlah perlu diambil perhatian.Apa yang penting ialah kereta dalam keadaan yang baik maklumlah setiap hari di bawa berulang-alik....dalam kesibukan kadang-kala kita terlupa kereta juga perlukan perhatian.

Keadaan jalan raya juga mempengaruhi keadaan kereta.Dalam keadaan tergesa-gesa kadang kala tak perasan hari ini ada jalan telah 'berlubang'.Kalau silap boleh menyebabkan rim rosak dan tak selesa dibawa.

Guru-guru seperti mereka ini sentiasa dalam keadaan bahaya sewaktu di jalan raya.Pengetahuan tentang kereta amat perlu dan kita perlu peka dengan perkara-perkara yang luar biasa pada kereta ketika dipandu. Tidak lama lagi pula sekolah akan sibuk dengan aktiviti luar dan kokurikulum yang akan mengkehendaki guru-guru keluar untuk menghantar pelajar ke tempat-tempat pertandingan.....sejauh manakah guru-guru ini dilindungi?

Kadangkala kereta penuh membawa pelajar dan peralatan yang diperlukan untuk pertandingan.'Sengit" sebelah kereta dibuatnya.....kalau dilihat isu ini telah lama.....setiap tahun akan bangkitlah hal-hal begini tapi masih tiada tindakan sewajarnya.Di pihak sekolah mereka bertegas guru perlu menghantar pelajar demi nama sekolah.Bila berlaku kemalangan guru akan dipersalahkan kembali.....

Setakat ini peraturan bagi menghantar pelajar keluar sekolah masih 'lopong'.Apa-apa situasi pun guru akan diserang kembali jika berlaku kemalangan.Kita perlu manghadkan satu kereta untuk 3 orang pelajar saja dan bukan 'sumbat' selagi kosong kereta guru.Tapi maslahnya sekolah tidak mahu terlalu ramai guru yang keluar membawa pelajar kerana menganggu perjalanan pembelajaran pelajar lain di sekolah. Jadi inilah yang saya katakan isu yang akan bangkit setiap tahun.Saya pernah menenemui seorang guru menceritakan dimana beliau telah menolak permintaan pentadbir sekolah untuk menghantar pelajar dengan alasan tidak mahu menanggung risiko.Dari segi logiknya dia berhak kerana pihak sekolah tidak menyediakan apa-apa kemudahan kepada guru untuk menghantar pelajar ini.Kadangkala nak buat tuntutan minyak pun tak dapat.Akibatnya guru itu seperti dihukum oleh pihak pentadbir dengan cara-cara yang tidak sepatutnya dan tidak melalui saluran yang betul.Keadaan inilah yang selalu menyebabkan guru boleh 'sakit jiwa'.

Jadi pada tahun ini pasti perkara begini akan berulang lagi.Masalah yang sama...............

GURU

No comments: