Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Salam Aidiladha, dan selamat meraikan kedatangannya dengan penuh keinsafan,semoga memberikan kekuatan di segenap sudut dan ruang dalam menempuh perjalanan hidup.Maaf kepada semua dan moga aman damai.

Wednesday, November 18, 2009

Apa masalah Dr yang satu nie.............????????????

Pada Sabtu yang lalu saya telah membawa anak saya yang sulung ke sebuah klinik pakar kulit kerana anak saya mengalami satu tompokan yang kasar di muka. Setelah mendaftar di kaunter dengan layanan yang mesra dan berbudi bahasa kami di panggil masuk oleh pembantu klinik setelah menunggu lebih kurang 20 minit. Ini merupakan kali pertama saya ke klinik pakar kulit.Sebelum masuk ke bilik doktor saya ada terbaca kenyataan bahawa kolsultan bagi masalah kulit lebih tinggi berbanding bagi masalah yang biasa.Itu tiada masalah bagi saya kerana dr ini memang bidang dalam masalah kulit.Apabila masuk kami disambut dengan senyuman yang cukup mesra dari dr berbangsa India ini dan dengan suara yang menyenangkan hati saya dan anak.Setelah menyatakan masalah ,dr tersebut terus memeriksa anak saya dan menenrangkan secara terperinci masalah yang di hadapi anak saya.Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati walaupun saya terpaksa membayar kos yang hampir mencecah RM100 hari itu.Sememangnya kos perubatan pada masa ini agak tinggi.
Pada hari berikutnya pada petang Ahad itu saya pula tiba-tiba terasa kurang sihat dengan rasa perit dan sakit di tekak dan badan terasa tidak enak.Oleh kerana tidak tahan dengan rasa sakit itu saya ambil keputusan ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.Klinik ini tidak asing bagi saya memang saya kerap ke klinik ini apabila memerlukan rawatan.Tapi macamna pada hari tersebut petugas di kaunter dan dr nya memang saya tidak pernah jumpa mungkin orang baru.
Kalau pembantu klinik di kaunter yang lama memang dia telah kenal saya dan tidak perlu memberikan kad pengenalan untuk daftar masuk tapi pada hari itu saya terpaksa memberikan KP saya kerana diminta oleh pembantu di kaunter yang saya rasa kurang mesra dan memanggil nama pelanggannya tanpa apa-apa panggilan encik atau sebagainya.Agak kasar bunyinya.Kebetulan pada waktu itu hanya ada dua orang pelanggan yang menunggu untuk mengambil ubat.Setelah menguruskan pemberian ubat pelanggan tersebut pembantu itu menyatakan saya boleh masuk dari arah kaunter. Saya pun menuju ke bilik dr sebelum masuk saya terlihat di pintu tertulis "sila ketuk pintu sebelum masuk" .....eeemmmmm...........rasanya inilah kali pertama saya jumpa perkataan ini di tulis pada pintu bilik dr....hospital kerajaan pun tak pernah jumpa ayat nie.....
Saya pun mengetuk pintu tapi lepas ketuk terus saya buka pintu.....nampak dr macam mood tak berapa 'baik'.Dia terus memanggil dengan nama saya dan menyoal masalah saya tanpa saya berkesempatan duduk lagi.....saya pun menyatakan masalah saya....tapi satu bab...apabila saya kata badan rasa kurang selesa.....dia kelihatan seperti tidak puasa hati ....dan minta saya nyatakan lebih spesifik....saya jadi kurang selesa di situ....seperti orang bersalah disoal siasat...dan nadanya agak kasar....setelah memeriksa tekanan darah ....dr itu menerangkan sedikit tentang masalah saya tanpa memandang saya dan dengan aksi seperti 'bos' bercakap dengan pekerjanya.....ah! ini dr apa nie.....nak duit ke tak nak....nak bantu ke tak nak....saya rasa mahu saja segera keluar dengan segera.......dan pergi ke klinik lain.....Ini bukan hospital kerajaan la.....bayar RM1!
Saya rasa seperti menyesal kerana ke klinik itu pada hari itu.......saya diberi ubat kumur untuk sakit tekak??????
No komen!

Tapi apa yang jadi masalah di sini standard layanan....................kalau macam nie pergi hospital kerajaan tunggu dua jam baru jumpa dr....lepas tuh kena marah....bla...bla.....pun takpa janji....RM1.

Sunday, November 15, 2009

Ini dah tahap melampau......kena ada tindakan segera.....

Serat bantu lambatkan lapar

Beberapa bulan ni terutama selepas raya terasa pula badan ini 'berat'.
Memang sudah lama tak beraktiviti fizikal...ke tahap maksimum.Tapi rasanya bagi permulaan ni elok mulakan dengan apa yang kita makan.dan ada masa nanti sambungkan dengan aktiviti fizikal yang ringan ke berat....
Jom! 1...2...3........3 lagi...

PEMILIHAN makanan yang betul membantu kanak-kanak dalam menjalani ibadah puasa. Walaupun mereka mungkin tidak mampu berpuasa penuh sehari, namun memberi mereka juadah mengikut piramid makanan membantu melambatkan proses lapar.

Serat


  • Makanan berserat boleh didapati dalam dua bentuk iaitu serat larut dan serat tidak larut.

  • Serat larut berkesan mengurangkan tahap gula dan tahap kolesterol dalam darah. Ia juga menggalakkan penyerapan nutrien daripada makanan ke dalam badan. Contoh makanan yang mempunyai serat larut adalah sayur-sayuran (peria,kubis), buah-buahan, kekacang, bijirin penuh.

  • Serat tidak larut berfungsi memastikan salur pencernaan bebas halangan. Serat jenis ini menyerap air, sekali gus membantu cepat kenyang. Antara bijirin penuh dan sayur-sayuran.

  • Wednesday, November 11, 2009

    Ini bukan sebarang amaran!

    AMARAN KEPADA ISTERI,KEKASIH,KAWAN DAN ANAK PEREMPUAN ANDA...

    Kepada semua wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta anda

    sangat merbahaya !!!!


    Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama.. Hal ini telah dikatakankan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia !


    Doktor berkata kepada seorang rakan yang ibunya disyaki mengidap kanser payudara baru-baru ini: wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta.Doktor berkata bahawa haba panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.

    Jadi berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta.Jika anda masih perlu membawa air di dalam kereta , pastikan anda menggunakan bekas air atau botol minuman yang berkualiti tinggi dan mesra alam.

    Sunday, November 8, 2009

    Siapa kenal Ved Prakash...........?

    (Artikel yang dipost ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH-IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)

    Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung. Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar.

    Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang-orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.

    Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.

    Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.

    Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.

    Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.

    Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.

    sila perhatikan perkara ini wahai umat Islam.....

    Ada satu post yang masuk ke email saya.

    Begini....

    Tahukah anda salah satu rancangan animasi bernama POKEMON...ada bermacam edisi sebutannya di kalangan masyarakat kita....dan ini beberapa maklumat yang boleh dikongsikan.

    BAHAYANYA KARTUN POKEMON POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya.
    >
    > POKEMON bermaksud saya yahudi,
    >
    > PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi.
    >
    > CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah nauzubilla..h).


    Jika benar post ini mungkin ada respon.

    Saturday, November 7, 2009

    hamba binatang dan orang-orang sesat

    Beri salam assalamualaikum"

    Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

    Apabila kira berkirim salam pada orang lain, hendaklahkita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Nik ye"
    Bukannya : "Kirim salam kat Nik ye"

    Dan bukannya " Kirim salam maut" ayat ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Ingat kawanku..

    Maksud singkatan " A'kum". "A¿kum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

    Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

    Perkataan 'AKUM' adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.


    Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

    JIKA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN-TEMAN, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

    Wednesday, November 4, 2009

    berapakah nilai blog anda? Ingin tahu............

    Anda percaya?

    Boleh cuba.Klik link di sini

    SELAMAT MENCUBA DAN TERUJA!

    sebuah lagi kisah..............

    Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

    Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitu-lah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.