Sunday, November 15, 2009

Ini dah tahap melampau......kena ada tindakan segera.....

Serat bantu lambatkan lapar

Beberapa bulan ni terutama selepas raya terasa pula badan ini 'berat'.
Memang sudah lama tak beraktiviti fizikal...ke tahap maksimum.Tapi rasanya bagi permulaan ni elok mulakan dengan apa yang kita makan.dan ada masa nanti sambungkan dengan aktiviti fizikal yang ringan ke berat....
Jom! 1...2...3........3 lagi...

PEMILIHAN makanan yang betul membantu kanak-kanak dalam menjalani ibadah puasa. Walaupun mereka mungkin tidak mampu berpuasa penuh sehari, namun memberi mereka juadah mengikut piramid makanan membantu melambatkan proses lapar.

Serat


  • Makanan berserat boleh didapati dalam dua bentuk iaitu serat larut dan serat tidak larut.

  • Serat larut berkesan mengurangkan tahap gula dan tahap kolesterol dalam darah. Ia juga menggalakkan penyerapan nutrien daripada makanan ke dalam badan. Contoh makanan yang mempunyai serat larut adalah sayur-sayuran (peria,kubis), buah-buahan, kekacang, bijirin penuh.

  • Serat tidak larut berfungsi memastikan salur pencernaan bebas halangan. Serat jenis ini menyerap air, sekali gus membantu cepat kenyang. Antara bijirin penuh dan sayur-sayuran.

  • No comments: