Thursday, April 28, 2011

Ciku hijau dik.....


Aku ke pasar behrang....masuk saja aku lalu satu ruang kedai menjual sayur dan buah,terpandang satu buah yang sepertinya aku tak pernah lihat,maka tertarik untuk mengetahuinya..
Bila ditanya pada abang yang menjual buah ini,jawapannya ialah "ini buah ciku hijau dik......"
ye ker?
Abang tu kata dia pun letak dan jual buah sebab ada kawan dari kampung berdekatan yang minta tolong jualkan...

So,apa nama sebenar buah ni?
Dah survey dan cari info di internet tapi tak ketemui jawapannya.....

Sunday, April 24, 2011

macam-macam kena Penyet

Cuti-cuti begini boring juga hanya duduk dirumah.Sekali-sekala keluar ke tempat jauh sikit untuk mencari hidangan tengahari yang lain sikit menunya berbaloi juga untuk bertukar selera.

Itu pun selepas kawan-kawan bercerita keenakan nasi ayam penyet...... terliur la plak bila teringatkan kata-kata kekawan tu....
Tempatnya di Rawang...........padahal yang berhampiran pun ada kedai menjual ayam penyet ni...tapi seperti yang diberi oleh "perisik" makanan tu....di Rawang ada satu kedai makan yang jual ayam penyet yang setakat ini adalah yang paling sedap........

Sebelum ini memang biasa juga dengar ayam penyet ni...dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan di TV3 tu......nampak macam memang sedap.....

So,apa lagi .....selera punya pasal jauh pon tak apa ler....

Restoren ayam penyet ibu nor terletak di Rawang ....kalau nak cari korang carilah Mydin Rawang tu...pusing-pusing mesti nampak la restoren tu.....gambo tak ada la pulak teringat nak ambik.....

Restorennya memang selesa dan bersih dari pandangan mata la......pekerjanya semua pakai t-shirt tulis ayam penyet ibu nor.....

Tengok dalam menunya bukan setakat nasi ayam penyet tapi macam-macam penyet yang ada.......teman pon dan lupe apa tah menu yang ada penyet tu.....tapi tak silap ikan keli penyet pon ada....

Pekerjanya dari Indon kot....sebab dengar mereka berbual guna bahsa dialek Indon....tapi perempuannya semua bertudung..... layanan memang ok.....la...

Tapi satu perkara korang jangan terkejut ialah harga makanan kat sini....rasanya macam mahallah sikit.....tapi sesuailah dengan suasana restirennya dan cara hidangannya yang memang cantik mata memandang dan membuka selera.....

Nak tau harganya ....pergi ajer la tengok....tapi bagi teman ianya berbaloi la...untuk kita sekali-sekala nak tukar selera.....



Monday, January 3, 2011

anakku berkhatan

Awal bulan Disember tahun lalu anak yang sulung berumur 7 tahun telah berkhatan di klinik swasta di sungai buloh.Semuanya sebenarnya tak dirancang.Bila ditanya pada tuan punya badan anakku hanya menangguk kepala .Aku sendiri keliru samada dia faham atau tidak.Tapi dia ada bertanya bersunat tu sakit ke tak?

Cuma beberapa hari kemudian dia tiba-tiba seperti demam tak selera makan dan kadangkala selepas makan dia akan muntah....agak risau juga dibuatnya. Apabila dibawa ke doktor cuma ubat biasa la yang di bagi.Selepas dia nampak agak sihat sedikit entah macamana kami sepakat membawanya ke klinik untuk di sunatkan.....lama juga nak memotivasikan anak aku sebelum masuk ke bilik doktor...hanya dia seorang saja yang datang untuk bersunat pada hari itu.....menangis teruk juga....tapi syukur semuanya selamat dengan menggunakan laser.2 minggu juga baru dia betul2 baik.Tapi sebenarnya beberapa hari lepas sunat tu dah nak keluar main helikopter remaote yang dijanjikan.....risau juga tengoknya....macamana pun semua dah ok....lega satu perkara......
Lepas ni apa pula?

Sungguh lama

Sungguh lama......
Mungkin itu yang perlu dikatakan.
Bagai tiada nafsu untuk membuka blog ini dan mengirmkan pos yang baru.
Sungguh lama....
dan selamat bertemu di tahun baru ini.
Tahun baru bagai kesinambungan hari-hari yang ada pada tahun sebelumnya.....
Apa yang perlu kita baharui????

yang pasti hidup harus diteruskan.....dan kita merancang hanya Allah yang menentukan.
Moga tahun ini lebih gemilang buat diri.

Amin

Saturday, November 6, 2010

Mulakanlah langkah untuk bersenam

Adakah anda rasa anda perlu mulakan aktiviti senaman anda sekarang? adakah anda berumur 30 tahun ke atas?
Jika anda individu berusia 30an ,jawapan kepada soalan pertama perlulah "ya"..kerana tahap umur tersebut dianggap sistem badan kita perlu dijaga dengan baik,termasuklah dari segi pemakanan.
Bagi mereka yang telah lama meninggalkan aktiviti sukan adalah baik anda mengambil langkah untuk memulakan semula aktiviti fizikal anda.Curilah masa lapang anda walau 20 minit , 4-5 kali seminggu untuk aktiviti fizikal pada tahap maksimum.
Ramai rakan saya lebih gemar memilih untuk bermain permainan badminton,futsall dan sebagainya.Namun bagi saya berjalan cepat dan berjogging atau LSD adalah yang terbaik, tidak perlu mengelaurkan sebarang modal menenmpah gelanggang dan sebagainya.Ramai yang merasakan tindakan mereka memilih untuk bermain sudah cukup baik bagi tubuh badan mereka.Tetapi nasihat saya baiklah anda berfikir semula tentang aktiviti fizikal anda.Kerana itulah terdapat kes mereka yang pengsan dan ada yang maut setelah tamat bermain ffutsall dan sebagainya,mungkin kerana mereka tidak peka keperluan tubuh badan mereka terhadap aktiviti fizikal yang mereka lakukan.
Malah dengan bermain anda terdedah dengan kecederaan....keranaapabila pergi bermain anda hanya teruja untuk bermain untuk keseronokan semata-mata dan bukan untuk membakar kalori dalam badan anda.Akibatnya lebih banyak buruk dari baik.Terutama bagiy ang telah berumur 40 ke atas...
Dan bagi yang suka berjogging saya perhatikan di taman-taman yang mempunyai kemudahan berjogging kebanyakan nya melakukan langkah yang salah untuk berjogging.Kasut yang tak sesuai,tanpa pemanasan badan dan regangan di mana apabila tiba di tempat berjogging mereka terus berlari apabila turun dari kereta dengan laju.......hasilnya tidak sampai 30 meter mereka telah penat....ada juga yang terus melakukan regangan tanpa memanaskan badan apabila turun dari kenderaan mereka dan kemudian berlari............
Apabila berada di taman rekreasi yang mempunyai trek jogging perkara paling membuat saya marah adalah sikap orang ramai, yang paling saya benci apabila ada yang merokok di tempat-tempat duduk sepanjang trek jogging, duduk sambil membawa makanan yang banyak....dan juga berjalan-jalan secara berpasangan atau berkumpulan dengan memenuhi trek menyebabkan kadang-kala saya terpaksa memberikan isyarat ketepi atau terpaksa berhenti berlari......
Jadi cubalah menjadi individu yang lebih peka pada persekitaran anda...