Sunday, June 20, 2010

ada berani?....Herba Sambung Nyawa




Minggu lepas pergi bercuti dengan keluarga ke Utara tanahair.Sambil bercuti tengok tempat orang pergi juga rumah saudara mara terdekat di sana.Ketika di Kg. Pelek,kami telah diperkenalkan dengan satu pokok,rasanya macam pernah dengar tapi mungkin pokok ini jarang atau tak sepopular pokok lain maka ianya dilupakan.
Pokok ini digolongkan sebagai tumbuhan herba.Nama pokok tersebut ialah pokok sambung nyawa.Juga dikenali sebagai akar sebiak, sambung hayat, kelemai merah, kacam akar.Ia dikatakan diguna kerana khasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis (diabetes), kanser dan masalah buah pinggang.
Saya melihat adik bapa mertua saya mengambil sedikit daun tersebut dan mengunyah sehingga lumat di dalam mulutnya.Saya turut mencubanya buat kali pertama..............tapi alamak! rasanya amat pahit....apabila kita mengunyahnya ianya akan meninggalkan satu rasa pahit dan kelat malah boleh menyebabkan loya.......menurut adik bapa mertua saya itu jika lama-kelamaan dikunyah ianya akan kurang rasa pahit nya di dalam mulut.
Bapa mertua saya telah mengambil batangnya untuk dibawa pulang dan ditanam.Kepada anda yang ingin mencubanya bolehlah cuba cari pokok ini.

No comments: