Tuesday, August 25, 2009

MAKANAN HALAL

Pada bulan ramadhan ini saya terpanggil untuk bercakap tentang makanan. Apa yang saya perhatikan di bulan Ramadhan ini ramai kalangan mereka yang berniaga di pasar ramadhan dengan pelbagai menu jualan yang amat menarik.Apa diharapkan ialah darisegi kebersihan dan 'kemurniaan' makanan itu haruslah selaras dengan apa yang dituntut dalam islam.
Jangan kerana mengejar keuntungan peniaga kita menabaikan kebersihan bukan saja sekadar sahaja tetapi mengikut lunas dan yang disyaratkan dalam islam.
Mungkin sesetengah kita sebagai pembeli tidak kisah tentang hal ini.Tetapi makanan adalah amat sensitif terutama bagi kita orang Islam.Kerna apa yang masuk di dalam badan kita akan menjadi darah yang mengalir kesegenap anggota hati dan sebagainya.
Malah saya sekarang amat berhati-hati walaupun makan di restoran orang melayu Islam.Pertama,kadangkala mereka ini membeli bahan mentah dari yang bukan Islam,ini menimbulkan kesangsian tentang halal haram bahan tersebut.Contohnya mee.Sedangkan dahulu banyak cerita yang tidak sedap didengar tentang mee atau bihun ini.Bagi yang telah lupa bolehlah mencari semula artikel tentangnya di internet. Itu satu contoh walaupun kebanyakan kita pengguna tidak kisah apabila telah masuk ke kedai makan ...janji sedap dan murah.Begitu juga perihal Telur yang tidak dibasuh terlebih dahulu.Malah ada satu ketika saya pernah terserempak seorang tauke Cina menghantar ayam di sebuah kedai makan melayu! agak sangsi juga apabila melihatnya.
Malah kini terdapat trend dimana yang punya restoran makanan adalah bukan muslim tetapi tukang masak,pelayan dan cashier adalah melayu. Tetapi apa yang menarik di tempat tinggal saya di Tanjing Malim ini anda boleh melihat satu restoran yang tertulis MAKANAN ISLAM dan dibawahnya adalah tulisan Tionghua/Cina. Pemiliknya yang menguruskan bahan mentah dan sebagainya adalah Tauke Cina tetapi pelayannya adalah wanita orang Indonesia yang memakai tudung! Tetapi hairanya ramai juga Melayu yang makan di situ.Bukan satu saja kedai seperti itu boleh didapati di sini malah hampir 4 buah atau lebih di kawasan ini.
Marilah kita fikir-fikirkan...................

No comments: