Friday, January 15, 2010

Pengorbanan,terkorban dan dikorbankan......

Salam
2 minggu telah berlalu persekolahan 2010 ini. Rasanya segala kekalutan reda sedikit.....
Bagaimanapun guru-guru yang berulang ke tempat bertugas diharap terus berhati-hati.Di kawasan kediaman saya ini ramai guru yang bertugas di Slim River.Bermakna mereka berulang-alik sejauh lebih kurang 40 km sehari.....

Kalau difikirkan agak kalut juga,bayangkan mereka mahu menghantar anak ke sekolah dan kemudian bergegas pula ke tempat kerja yang jauh.Dalam keadaan begini keselamatan amatlah perlu diambil perhatian.Apa yang penting ialah kereta dalam keadaan yang baik maklumlah setiap hari di bawa berulang-alik....dalam kesibukan kadang-kala kita terlupa kereta juga perlukan perhatian.

Keadaan jalan raya juga mempengaruhi keadaan kereta.Dalam keadaan tergesa-gesa kadang kala tak perasan hari ini ada jalan telah 'berlubang'.Kalau silap boleh menyebabkan rim rosak dan tak selesa dibawa.

Guru-guru seperti mereka ini sentiasa dalam keadaan bahaya sewaktu di jalan raya.Pengetahuan tentang kereta amat perlu dan kita perlu peka dengan perkara-perkara yang luar biasa pada kereta ketika dipandu. Tidak lama lagi pula sekolah akan sibuk dengan aktiviti luar dan kokurikulum yang akan mengkehendaki guru-guru keluar untuk menghantar pelajar ke tempat-tempat pertandingan.....sejauh manakah guru-guru ini dilindungi?

Kadangkala kereta penuh membawa pelajar dan peralatan yang diperlukan untuk pertandingan.'Sengit" sebelah kereta dibuatnya.....kalau dilihat isu ini telah lama.....setiap tahun akan bangkitlah hal-hal begini tapi masih tiada tindakan sewajarnya.Di pihak sekolah mereka bertegas guru perlu menghantar pelajar demi nama sekolah.Bila berlaku kemalangan guru akan dipersalahkan kembali.....

Setakat ini peraturan bagi menghantar pelajar keluar sekolah masih 'lopong'.Apa-apa situasi pun guru akan diserang kembali jika berlaku kemalangan.Kita perlu manghadkan satu kereta untuk 3 orang pelajar saja dan bukan 'sumbat' selagi kosong kereta guru.Tapi maslahnya sekolah tidak mahu terlalu ramai guru yang keluar membawa pelajar kerana menganggu perjalanan pembelajaran pelajar lain di sekolah. Jadi inilah yang saya katakan isu yang akan bangkit setiap tahun.Saya pernah menenemui seorang guru menceritakan dimana beliau telah menolak permintaan pentadbir sekolah untuk menghantar pelajar dengan alasan tidak mahu menanggung risiko.Dari segi logiknya dia berhak kerana pihak sekolah tidak menyediakan apa-apa kemudahan kepada guru untuk menghantar pelajar ini.Kadangkala nak buat tuntutan minyak pun tak dapat.Akibatnya guru itu seperti dihukum oleh pihak pentadbir dengan cara-cara yang tidak sepatutnya dan tidak melalui saluran yang betul.Keadaan inilah yang selalu menyebabkan guru boleh 'sakit jiwa'.

Jadi pada tahun ini pasti perkara begini akan berulang lagi.Masalah yang sama...............

GURU

Thursday, December 31, 2009

HUB HALAL dan yang sewaktu dengannya....

Di kawasan saya ini sekarang mudah nak cari kedai basah yang diusahakan oleh orang Melayu kita.Nak dapat bekalan daging segar pun mudah.Dulu kalau nak makan daging kena beli yang import dari india dari pasar yang jual ayam...tapi sekarang tidak.Di pasar malam pun mudah dapatkan daging lembu segar.

Dan trend di kawasan saya kini orang melayu suka namakan kedai dengan kiosk halal,hub halal dan lain-lain yang ada HALAL.Tapi bila ditinjau produk-produk yang dijual sebenarnya ada yang boleh didapati dikedai runcit biasa atau kedai yang taukenya berbangsa cina atau india.Cuma barang-barang tersebut ada tanda halal pada bungkusan samaada plastik,botol atau tinnya.

Saya rasa mereka patut mencari alternatif untuk mendapatkan produk-produk yang benar-benar asli dari pengusaha terutamanya orang Melayu Muslim sendiri barulah ada KOW!Tidaklah pelanggan masuk ke kedai rasa macam masuk kedai runcit biasa.Kalau setakat nak jual ikan laut tu nak bubuh nama hub halal baiklah tak payah....

Kesedaran orang ramai kini telah mula berubah tentang kepentingan mengambil makanan yang halal.Seperti saya sendiri kadangkala tidak terlalu memikirkan soal harga asalkan barang tersebut sememangnya halal dan diusahakan oleh orang-orang kita.Memang tidak dinafikan dari segi harga peniaga Melayu memang selalu akan tewas! Tapi seperti yang saya katakan tadi tiba masanya mereka mencari satu usaha untuk memberikan pilihan kepada orang-orang Islam untuk mendapatkan produk yang halal dan bagus serta pelbagai.

Monday, December 28, 2009

perkara yang ibubapa perlu hadapi......

Apa khabar semua...

Pasti di saat-saat akan kehadiran 2010 ini ramai antara ibu bapa sibuk dengan persiapan persekolahan anak-anak.Pada hari ini sekolah telah mengadakan pendaftaran Tahun 1 dan anak-anak di hidangkan dengan suasana yang baru,pakaian baru,guru baru dan macam-macam lagi.

Bagi saya juga semuanya baru kerana ini kali pertama anak sulung saya ke tahun 1.Tapi hari ini saya tidak menghantarnya mendaftar kerana beberapa masalah berkaitan penempatan sekolah anak.

Bagi ibu bapa yang tinggal di kawasan Tanjong Malim ini mereka menghadapi dilema menghantar anak ke sekolah rendah.Pilihan sama ada sekolah di Tanjong Malim atau Proton City.Bagi yang ibu bapa bekerja pastinya masalah yang amat besar terutama kawasan tempat mereka bekerja pastinya di Tanjong Malim.Namun persempadanan yang dibuat oleh pihak PPD menimbulkan sedikit masalah buat ibu bapa di kawasan perumahan saya ini.

Beza jarak Tanjong Malim dengan Proton City kalau diukur dari Taman tempat tinggal saya ini lebih kurang 2-3 km bezanya,bermakna kalau diikut pilihan pastilah Tanjong Malim.Saya tak pasti apa dasar yang diambil oleh pihak PPD.Tapi agak jelas ia memberi beban kepada penghuni di kawasan Taman saya ini.Di kawasan Taman saya yang boleh dikatakan agak jauh dari jalan utama ,kemudahan pengangkutan awam teramat terhad.Malah kemudahan bas sekolah juga tidak mampu menampung keperluan penduduk.

Sehingga sekarang saya masih memikirkan masalah yang bakal dihadapi nanti.Mungkin di pihak saya kesukaran itu boleh dihadapi tetapi dipihak anak mungkin mereka tidak dapat menerima dan memahami keadaan kesukaran ini.Persekolahan baru hanya seminggu saja lagi,saya sendiri tidak dapat bayangkan apa yang bakal saya hadapi.

Sunday, December 20, 2009

Apa yang anda tahu tentang berita ini....





















Saya menerima satu email.Saya forward ke post blog saya.

Haaa¡K.peka ke tak kerajaan kita & kita semua nie??? First LegoLand Theme Park & the biggest at East Asia akan dibina kat Iskandar Malaysia Nusajaya JOHOR¡K
Projek bernilai RM3.5b dijangka siap 2013 merangkumi kawasan seluas 58hektar.¡Khuhuhu besar tuhhh!!

So mcm ini la nnt LegoLand kat Malaysia agaknya¡K.yg akan di bina oleh mereka2 yg biadab dgn agama Islam kita¡K.
Kemudian menjana untung dari org Islam jugak¡K.fikir2 kan


[Amir-3318]

Boikot, jangan tak boi kot demi ke sucian Agama Islam dan Nabi kita Muhamad S.A.W.
Bagi sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usahakan untuk menyekat Barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia .
Kalau boleh sebarkan ke negara Islam seluruh dunia untuk menyekat sikap biadab ini.


[]
Kawan-kawan sekelian,

Ini lah satu-satu contoh e-mail yang seharusnya kita ' on the spot ' forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organasasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam
bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta tattabia millahum "

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Allahu Akbar!!!!!
Takbir! Takbir! Takbir!!!!!

Assalamualaikum,

refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish we could start thinking about that..... Please inform our malaysian muslim to stop buying and boycott all lego products.

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T



Mungkin undang-undang ini perlu....

Kanak-kanak dan permainan tidak dapat dipisahkan.....

Mungkin kerana sifatnya begitu maka orang membuat alat permainan bagi memenuhi naluri kanak-kanak ini...apa ertinya kehidupan kanak-kanak jika mereka tidak mengenal atau tidak tahu untuk bermain alat permainan.Biasanya kanak-kanak perempuan di kaitkan dengan permainan masak-masak,patung dan lain-lain ,manakala yang lelaki biasanya permainan barkaitan kepolisian dan tentera dan permainan yang berkaitan watak-watak kartun di TV.Kerana mereka ini kanak-kanak maka mereka tidak dapat membuat penilaian terhadap apa yang disajikan pada mereka.Bagi mereka hanya mahu keseronokan dengan alatan permainan mereka..maka ibubapa memain peranan penting untuk memimpin mereka.

Tidak semua ibubapa yang terlalu mengikut kehendak anak-anak mereka terutamanya dalam soal membeli alatan permainan ini.Tetapi seperti yang saya nyatakan siapalah anak-anak ini untuk faham situasi ini.Mungkin kita pernah melihat situasi kanak-kanak menangis kerana mahukan alat permainan tertentu di kedai dan sebagainya,atau anak-anak kita sendiri dan kita sendiri mengalami masalah itu.

Apa yang saya perhatikan kini,alat-alat permainan toys ini telah dijual di mana-mana sahaja tidak mengira sama ada kedai itu kedai runcit,stesen pam minyak,pasar malam,kedai pakaian kanak-kanak dan bayi,malah kedai menjual kasut sekalipun kadangkala ada di letakkan alat permainan ini untuk dijual, tujuannya pastilah untuk mendapat untung...kerana walaupun ini bukan barang keperluan tapi pelanggan mereka adalah kanak-kanak yang hanya tahu mendapatkan permainan itu,yang membayar ibu bapa.....para pekedai seolah memasang umpan..kadangkala ibubapa hanya ingin membeli sebotol kicap bernilai RM3 tapi kerana tidak manu anak menangis di khalayak ramai terpaksa membeli alatan permainan bernilai berbelas ringgit pula....

Mungkin kita perlu satu peraturan dan undang-undang di mana alat-alat permainan ini hanya boleh dijual di kedai alatan permainan.Kepada ibubapa yang ingin membelikan anak-anak mereka alat permainan boleh ke kedai yang dikhaskan ini seperti yang telah ada dan kedai permainan yang agak dikenali di negara kita ini.