Saturday, October 24, 2009

Ada sesiapa pernah cipta rekod seperti ini............?

Hari ini satu rekod telah tercipta.................ops! jangan salah tafsiran.Jangan lupa di Malaysia ini memang ada bermacam jenis rekod...........
Apa yang saya maksudkan ini ialah apa kejadian yang berlaku pada hari ini ketika saya sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Melati, Setapak. Mengapa saya katakan rekod tercipta kerana buat pertama kali dalam seumur hidup saya ,saya di datangi oleh lima orang yang terdiri dari salesmen dan pengutip derma dalam satu waktu yang singkat.
Pertama, sebaik saya memasuki restoran dan sedang melihat menu apa yang ingin di jamah hari ini tiba-tiba seorang orang muda menegur saya sambil menunjukkan produk makanan dalam kotak yang dijualnya,tetapi orang muda ini bukan jenis yang rajin memujuk nampaknya....dia berlalu begitu pantas apabila saya menunjukkan isyarat tangan tanda tidak mahu.

Kedua,ketika baru beberapa suapan juadah tiba-tiba saya dihampiri sekali lagi oleh seorang orang muda juga....tetapi kai ini seorang gadis berbangsa Cina.Saya perasan gadis ini tersenyum pada saya dari jauh lagi...mungkin kerana pandangan saya itu membuatnya memberanikan diri menghampiri saya.Pada mulanya saya tidak begitu menangkap apa yang dikatakannya kepada saya kerana kedudukannya agak jauh dari tempat duduk saya ,saya perhatikan juga dia berkata-kata sambil matanya memandang ke arah lain dan tidak memandang saya.Kemudiannya dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.Sebuah fail ,barulah saya faham dia ingin mengutip derma bagi satu pertandingan larian amal.Setiap derma dia akan memberikan satu hadiah kecil sebagai penghargaan.Tapi kerana agak sangsi saya cuma memberikan alasan telah ramai orang yang datang meminta derma.Dia pun berlalu.

Selang beberapa minit kemudian saya tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki cina sambil membawa satu bekas sederhana besar dengan VCD(cetak rompak) di dalamnya."mau beli VCD ka...?" ....tanya lelaki itu sambil menunjukkan bekas yang penuh berisi VCD ditangannya.Saya hanya mengelengkan kepala dan dia pun pergi dengan agak tergesa-gesa.Saya perhatikan ada beberpa orang lelaki yang membawa bekas berisi VCD lalu lalang di hadapan restoran itu.

Keempat,hampir selesai menjamu selera saya didatangi lagi seorang penjual.Kali ini lelaki Melayu yang agak kemas berbaju kemeja.Dia meletakkan satu brosur produknya di atas meja tempat saya makan itu sambil menerangkan tentang produknya yang merupakan satu betuk pen dan jam di dalam satu kotak yang cantik sesuai untuk dijadikan hadiah.Katanya sekarang ini syarikatnya membuat promosi dan harganya dipasaran adalah RM45 tetapi kini harga promosi RM19.90.Hampir-hampir saya tertarik dengan tawaran tersebut tetapi memikirkan tiada keperluan untuk membelinya saya cuma menolak dengan baik.....

Kelima, selesai menjamu selera sedang bersenang lenang menunggu makanan hadam....he! Saya didatangi sekali lagi pemuda yang sama yang mula-mula sekali yang mempromosikan produk makanannya tadi.Pemuda cina ini berwatakan agak lucu dan asyik tersenyum.....mungkin dia lupa yang dia telah mempromosi barangannya tadi dengan saya....sekali lagi dia menunjukkan produk makanannya kepada saya dan saya cuma menjawab.....'sudah beli' ....dia berlalu...sambil mengucapkan terima kasih.

Itulah kejadian yang berlaku pada diri saya hari ini.Bila difikirkan itulah lumrah dunia............manusia mencari berbagai cara bagi menampung hidup di bumi Malaysia ini.Ianya sedikit sebanyak mendatangkan peringatan kepada saya untuk bersyukur dengan kehidupan ini.

pandangan tersirat........dah potong........dan hot........

Kebelakangan ini kita dapat melihat dan mendengar bermacam-macam ragam dunia pengiklanan di tv mahupun radio.Ada diantaranya memenuhi keperluan produk itu sendiri,ada yang 'terover',ada yang tersasar,ada yang kebaratan,yang Islamik.....? mungkin hanya dari segi pakaian sahaja tapi dari segi pengisian mungkin tiada,yang terbaru ada iklan yang dikatakan berunsur 'lucah' atau memang boleh dikategorikan lucah?.... dan yang 'double meaning' bagi pemikiran sesetengah individu....dan 'macam-macam' adaaaaa.................

Bermula dengan iklan satu jenama produk kecantikan di mana digambarkan seolah-olah sang kekasih terpaut pada ibu teman wanitanya gara-gara ibu temannya itu masih 'bertahan' kecantikannya......dengan gerak-geri dan pelakuan pelakon iklan itu mungkin bagi sesetengah orang akan memberi maksud yang tersirat yang teramat dalam.....

Lalu muncul pula iklan satu syarikat penerbangan yang kini diperkatakan yang dicap sebagai mengandungi unsur lucah,kebaratan,tiada sensitiviti terhadap individu tertentu,dan lari dari peradaban Melayu dan sebagainya...mungkin bagi sesetengah orang ianya perkara biasa pengiklanan tetapi apabila ianya melibatkan kanak-kanak agak sensitif juga bagi kebanyakan orang dalam masyarakat yang terlibat.

DAH POTONG.....????? BELUM!.....pertama kali saya mendengar iklan ini di radio kedengaran agak kasar bunyinya dan mengandungi unsur 'double meaning' yang membawa ke arah kelucahan.Mungkin bahasa yang digunakan itu biasa dikeluarkan dan kita dengar hanya dikalangan individu yang rapat dengan kita dan sebagai gurauan.Tapi apa berlaku dan persepsi orang apabila ianya dikomersialkan menjadi satu iklan dan kini kita boleh melihat iklan di televisyen pula dengan para pelakonya di kalangan orang Melayu dan memakai baju kebangsaan orang Melayu.Sememangnya ayat dan perbualan yang diutarakan datangnya dari kalangan masyarakat Melayu itu sendiri.Bagaimana bunyinya apabila diterjemahkan ke Bahasa Inggeris....?eemmmm..........mungkin anda di luar sana boleh memberikan idea!

Tuesday, October 20, 2009

cuit sikit............

Nak masuk hujung-hujung tahun rasa semakin sibuk pula.Minggu ini saja 3 kali berulang ke kl,serdang dan UKM.Semuanya kerana mencari bahan untuk siapkan tugasan proposal.Inilah masalah kalau buat Master tidak sepenuh masa.Penat la sikit.Bukan apa masalahnya mencari bahan itu.Tapi nampaknya masih lagi tak puas hati walaupun penat berulang alik ke sana.
Sepanjang kesibukan ulang alik itu ada saja cerita-cerita dan peristiwa yang menimpa diri.Minta maaf tapi saya ingin menyentuh sikit perbezaan pada Universiti di negara kita ini. Bukan apa.....sikit perubahan itu kadangkala membawa pengertian yang besar.Saya cuma ingin 'cuit' sikit untuk menyedarkan apa yang kita tidak perasan selama ini. Kebetulan saya telah lama tidak masuk UKM ni.Hari tu saya masuk pun sebab dah terpaksa sangat nak ke PTSL mencari material.Bila sampai saya lihat tidak banyak perubahan cuma saya agak lupa jalan-jalan di sekitar UKM ini.Setelah masuk ke kawasan UKM tanpa sebarang banyak prosedur dari 'Pak Guard' saya terus memandu melihat papan tanda arah untuk ke PTSL.Ingat-ingat lupa pulak tempatnya.Apabila telah menemui bangunannya saya mencari parkir kereta.Puas saya melihat-lihat parkir kereta untuk saya letakkan kereta.Bukan apa saya memang biasa sangat 'pantang-larang' kawasan universiti ni silap-silap boleh kena marah dengan pak guard.Saya cuba mencari parkir untuk tetamu,ada parkir kosong ditepi-tepi jalan tapi tidak berani letak kereta takut bukan tempatnya.Tapi selepas puas mencari papan tanda yang berkenaan akhirnya saya ambil keputusan untuk meletakkan kereta di bawah bangunan PTSL setelah melihat ramai orang yang meletak kenderaan di situ tanpa sebarang tanda dan stiker pada kereta,dalam hati saya rasa inilah parkir untuk orang luar.jadi saya ambil keoutusan meletak kenderaan di petak parkir yang saya lihat banyak lagi kosong.Tapi dipendekkan cerita selepas selesai urusan di PTSL saya pun mahu pulang dan tiba di kereta saya lihat ada sekeping kertas dan sah ianya adalah kertas saman dari pak guard UKM.KESALAHAN 7 PARKIR DI BAWAH PTSL. Saya perhatikan ada kenderaan yang tiada stiker tapi tidak pula dapat saman.Saya menjadi ragu dan tertanya-tanya apa sebenarnya kesalahan saya ni! Pengajarannya ialah saya rasa pihak terbabit tidak mesra pelanggan,susah betul nak cari parkir kereta bagi tetamu tidak seperti di UPM yang saya rasa amat mesra dengan pelanggan terdapat parkir pelajar,staf dan tetamu,begitu juga saya TABIK dengan pakguerd mereka yang setakat saya berurusan di UPM memang mesra tapi tegas dan pprofesional.Tahniah.Jadi salah siapa apabila tetamu meletak kenderaan di tempat yang salah!Menghukum kerana kelemahan sendiri.Apa sudah jadi? Harap dapat diperbetulkan keadaan ini.

Thursday, October 15, 2009

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI ............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA dua harakat, MIN 3 harakat.

semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

batas dan keperluan

Makanya,beberapa hari lagi akan berakhirlah Syawal.Ramai yang telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri.Antara batasan-batasan merayakan Aidilfitri yang perlu dijaga oleh seseorang muslim.Maka lumrahnya, masyarakat Malaysia mengadakan rumah terbuka. Apakah batas dan ciri-ciri rumah terbuka mengikut syariat?

Memberi makan merupakan suatu ibadah yang tinggi nilainya dalam Islam.

Antara hadis yang menunjukkan kepada galakan memberi jamuan adalah hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi yang bermaksud: "Wahai sekelian manusia, sebarkanlah salam dan berilah makan kepada orang lain, dan jalinkanlah silaturrahim serta bangkitlah bersolat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, maka kamu akan memasuki syurga tuhanmu dalam keadaan selamat".

Namun demikian antara batasan yang perlu dijaga adalah adalah hendaklah mengelakkan pembaziran, mengawal agar tiadanya percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Jemputan yang dibuat pula janganlah menafikan hak-hak si miskin menyebabkan berlakunya layanan secara double standard yang mengutamakan sikaya semata-mata.

Nabi SAW bersabda maksudnya: Seburuk-buruk makanan yang dijamu adalah makanan yang dijemput orang-orang kaya kepadanya dan ditinggalkan orang-orang miskin. Sesiapa yang melakukan demikian, maka dia telah menderhakai Allah dan rasul-Nya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selepas sebulan menjalani tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa), apakah sepatutnya akhlak dan tingkah laku umat Islam dalam kehidupan seharian?

Allah menggambarkan bandingan akhlak ini seumpama buah bagi sebatang pokok. Firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat ke 25, maksudnya: Pokok itu mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Menurut Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, Allah menggambarkan akhlak yang murni hanya akan berlaku dengan sebab akidah yang teguh seperti akar bagi pokok tersebut.

Akhlak muslim tidak akan dapat dicorak tanpa akidah yang teguh kepada Allah. Justeru ahli sunnah meletakkan empat perkara yang boleh dilakukan untuk meneguhkan pokok iman itu sekali gus membentuk akhlak yang baik.

Iaitulah dengan menuntut ilmu secara istiqamah, beramal dengan ilmu yang diperolehi, mengamalkan zikrullah secara istiqamah dan banyak melakukan muhasabah dan berfikir tentang nikmat Allah SWT.

Ada juga yang berpendapat takbir hari raya di Malaysia ini lemah, tak bersemangat sebab mendayu-dayu tidak seperti di negara Arab. Soalnya, apakah falsafah di sebalik takbir itu?

Takbir disyariatkan bagi memuji dan membesarkan Allah SWT di atas berbagai nikmat kurniaan-Nya.

Takbir yang disyariatkan selepas mengakhiri Ramadhan bertujuan memuji-Nya atas kesihatan dan kemampuan menjalankan ibadah puasa.

Demikian pula pada Aidiladha, takbir disyariatkan apabila muslim berjaya melaksanakan ibadah haji dari Arafah, Muzdalifah dan bermalam di Mina.

Takbir ini dilakukan sebagai manifestasi rasa syukur kerana mendapat nikmat kesihatan dan kesempatan menyempurnakan kewajipan.

Cuma bagi masyarakat nusantara kaedah melaungkan takbir banyak dipengaruhi oleh amalan budaya Melayu yang bersifat lemah lembut menyebabkan takbir dilakukan dengan lemah mendayu.

Menurut pengarang kitab Majmuk al-fatawa, semua ulama empat mazhab lebih cenderung mengatakan bahawa takbir raya hendaklah dilaungkan dengan nyaring dan lantang tanpa perlu dilagukan.