Thursday, September 10, 2009

Aduh........dan terima kasih.

Beberapa tahun dahulu saya amat teruja apabila berurusan dengan Bank Islam dan membuka akaun di situ.Sememangnya dari mula saya membuka akaun dengan Bank Islam dari dulu hingga kini beberapa perubahan dapat di lihat pada bank ini. Cuma kebelakangan ini beberapa cerita tentang perkhidmatan bank ini yang saya baca agak mengusarkan saya.Seperti tidak percaya pula Bank yang hujungnya Islam ini menerima banyak aduan yang kurang menyenangkan hinggalah saya sendiri mengalaminya.Mungkin tulisan saya ini boleh membuka mata pihak bank. Beberapa minggu lalu saya terkejut apabila berurusan di mesin pencetak penyata BIMB ini, sebelum ini tiada sebarang caj dikenakan bagi urusan menyetak penyata di mesin pencetak tapi yang terbaru pihak bank mengenakan RM1 bagi setiap cetakan menyebabkan saya melupakan hasrat.Kemudian saya beralih kepada mesin ATM bank ini dengan harapan untuk mendapatkan penyata ringkas dari mesin ATM, sekali lagi saya terkejut perkhidmatan ini menghalang saya meneruskan tujuan saya itu seolah-olah mahu saya menggunakan perkhidmatan di mesin penyetak penyata pula.Jika benar hal ini saya mahu pengurusan bank membuat penjelasan kepada pelanggan tentang hal ini.Dari segi layanan di kaunter pula nampak seperti tiada perubahan positif yang ketara.
Cuma satu pujian dan terima kasih saya kepada pihak BIMB ketika saya meminta surat pengesahan akaun saya untuk satu urusan yang penting.Tiada banyak masalah dan permintaan saya ditunaikan dalam masa yang singkat.Mungkin jika beberapa kelemahan ini dibaiki Bank Islam mampu menjadi satu contoh yang amat baik kepada seluruh masyarakat tidak mengira kaum.

Bantuan khas Hari Raya dari rakan

Satu hari yang amat merudum jiwa dan raga di bulan yang mulia ini. Minda dimasuki pelbagai perkara yang mengheret fikiran untuk memikirka permasalahan demi permasalah menjelang Aidilfitri ini.Mungkin bukan aku seorang dikalangan hamba Allah yang mengeluh panjang di saat ini....tetapi apabila kira mengundang empati pasti kesyukuran akan memujuk perasaan apabila mengenangkan ada manusia yang lebih menderita dari diri kita. Ramai dikalangan rakan setugas mengeluh ada kala kecewa apabila mengenangkan diri yang menyambung pelajaran dan sehingga kini terpaksa berhutang demi ilmu.Tapi keluhan di satu pihak lain pula lain kisahnya. Bukan kerana hampa mengambil keputusan menyambung pelajaran tapi mengeluh kerana tak sambung pelajaran tapi dapat bantuan khas Hari Raya walaupun kalau dilihat ada antara mereka menerima gaji yang lebih dari kami yang berijazah ini (kembali kepada isu lama). Mungkin pandangan dari rakan di satu kumpulan ini melihat tindakan mereka bagai tidak bersyukur jika nak dibandingkan mereka yang terpaksa cari 'bantuan khas' dari sumber lain (berhutang lagi........laaaaa.....).Ada antara rakan yang bergurau meminta untuk meminjam wang RM250 dari rakan-rakan yang bernasib baik ini. Dan saya tertarik mendengar iklan di radio yang mengalakkan orang membeli barangan mereka dengan kad kredit.Walau apa pun kepada sahabat handai.....kalau nak cari bantuan dari sumber lain tu pastikan berhati-hati agar tidak terjebak dengan hutang lagi......

Tuesday, September 8, 2009

Bundle Raya

Tahun ni terasa untuk berhari raya seperti tak semangat pula.Mungkin kerana banyak perkara yang berlaku dalam tempoh terdekat ini.Nak buat kuih pun susah,bukan apa saya terpaksa buat taktik di sebuah kedai runcit nie....setelah pergi ke beberapa kedai tiada bekalan gula saya akhirnya dapat juga di sebuah kedai runcit.Tapi kelakarnya penjual ada hadkan pembelian gula kepada pelanggan.Satu kilo sahaja seorang.Maka saya pun kata tak apa ....bagilah satu kilo guladan bayar.Kemudian saya menceritakan kepada suami saya yang menanti di kereta hal ini.Mendengar cerita saya suami saya keluar dari kereta dan masuk pula ke kedai runcit itu dan membeli satu kilo lagi.Dapat 2 kilo! yeay.......tapi masih tak cukup nak buat kuih raya ni.....
Memandangkan saya menyambung pelajaran saya tahun ini banyak belanja di gunakan kepada pelajaran saya.Macamana nak sambut raya tahun ni?semeriah yang lepas.Apabila memikirkan tiba-tiba melintas di depan kedai menjual baju bundle.....fikiran terfikir.....mungkin ini jawapannya.....

Pilih pada nama Pilih pada rupa

Tiga hari lepas saya telah menghadiri kelas di UPM manakala pada keesokan harinya juga saya terpaksa menghadiri kelas hingga jam 12.Memandangkan perjalanan yang jauh dan waktu kelas yang berturutan itu saya mengambil keputusan untuk menetap saja di serdang satu malam.Apa nak buat.Inilah pengorbanan.betul kata kata orang tua ilmu itu amat mahal harganya.Sukar bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam hidup ini.
Pada waktu petang selepas kelas pada hari Sabtu saya telah ke Pasar Ramadhan di Sri Serdang .Inilah kesempatan yang ditunggu-tunggu selepas lama meninggalkan zaman belajar di sini dahulu.Seperti biasa kalau dah memijak kaki di sini berbagai perkara bermain di otak mengikut selera di tekak! maklumlah puasa ni kadangkala tidak dapat mengawal keinginan terhadap makanan yang tinggi.Tapi apa yang hendak di cari pastilah sesuatu yang sukar diperilehi pada waktu2 biasa.Makanan yang tidak dapat di bulan-bulan lain.Pelik juga makanan pun ada musimnya.Bila 'musim' Ramadhan ni tumbuh lah bermacam jenis menu dengan nama2 yang mengancam dan berbagai.Nama makanan juga mesti berbeza, nak memikat selera la katakan.
'OPS' Makan pun bermula.Memang ramai orang di sini dengan gerainya juga boleh dikatakan banyak untuk kita membuat pilihan dan perbandingan.Kadangkala nama sesuatu makanan tidak melambangkan keenakan makanan itu sebenarnya atau tidak menepati citarasa. Rasa pula kadangkala tidak sesuai dengan saiz dan harga. Apapun pada petang itu saya dapat apa yang saya inginkan dan berbaloi meredah orangramai di pasar ramadhan sri serdang dalam cuaca yang panas.
Keesokannya pula dalam perjalanan pulang saya berkesempatan pula singgah di pasar ramadhan stadium Shah Alam.Wah! ini kali pertama saya kedua saya ke sini.Kali pertama hampir 9 tahun lalu kalau tidak silap saya.Dari segi 'persembahan' menu makanan di sini agak hebat jika di bandingkan di Sri Serdang tempoh hari. Raja Murtabak telah menarik selera saya untuk membelinya dengan saiz besar berharga RM6 dan nasi beriani dengan kurma.Tapi apabila tiba pada gerai Rojak Singapore saya tidak berfikir banyak untuk membelinya kerana saya rasa agak lama tidak berjumpa dan menikmati rojak Singapore ini,tapi saya berhati-hati kerana pengalaman membeli rojak singapore ini masih saya ingat,tambahan di bulan Ramadhan ini kena kawal nafsu......ambil punya ambil ,semuanya RM12! untuk rojak Singapore yang ku dambakan! bukan apa memang susah nak jumpa benda ni.Itulah tujuan pun ke pasar ramadhan ni....nak cari makanan yang 'special' dari hari biasa.Tapi di sini daya tarikan makanannya lebih kuat ,tapi terpaksalah menahan sabar ......
Bagaimanapun yang penting bukan pada nama saja.......rupa pun kena ambil kira............

Friday, September 4, 2009

PERKARA YANG TERSIRAT

Dalam kehidupan manusia seharian kita dilingkungi oleh adat dan budaya.Namun tunjang kekuatan utama adalah pegangan agama yang perlu kukuh.Adat budaya dan warisan peninggalan nenek moyang bagaikan satu penyeri bagi melambangkan asal keturunan bangsa kita.
Setiap bangsa mempunyai kebudayaan serta warisan perlu dipegang dari satu generasi kepada generasi lain.Namun kadangkala kitat tanpa disedari kita menyerap unsur-unsur luar ke dalam lingkungan kehidupan tanpa kita sedari.Bermakna kita telah mengambil budaya bangsa lain sebagai unsur budaya asal yang telah terbentuk mengadun dengan cara yang kita sendiri menganggapnya sebagai kemodenan atau perubahan yang perlu bagi menonjolkan keterbukaan minda bangsa dalam abad yang baru.
Bangsa Melayu misalnya amat mudah dalam proses penyerapan budaya luar ini dengan menjadikan alasan kemodenan itu mendahului asas agama yang perlu diikuti.Dari segi pakaian,cara pengambilan makanan,cara bersosial dan lain-lain. Begitu juga kini perkara yang berkaitan dengan perkara yang berkaitan kesihatan.Kita pernah berdebat tentang senaman Yoga yang akhirnya diwartakan sebagai haram bagi umat Islam.Setelah ianya sekian lama diserap masuk dalam masyarakat orang Melayu barulah kita perasan akan perkara tersebut.Begitulah umat Islam pada masa kini perlu peka dengan segala perkara yang cuba disuntik masuk ke dalam masyarakat Melayu Muslim itu.Dan ilmu adalah perkara asas dan ilmu yang diperlukan bukanlah setakat mengikut dan kita menjadi pengikut.Kini yang terbaru berkaitan dengan taria poco-poco.Pada mulanya saya sendiri tidak kisah dengan perkara yang seperti ini kerana hanya pernah mendengar tapi tidak tahu apakah bentuk tarian itu.Cuma saya pernah terbaca tentang menteri juga ada melakukan tarian ini dimajlis tertentu.Jadi kerana itu saya menganggap perkara itu tiada masalah dan perkara biasa.Tetapi setelah membaca beberapa artikel berkenaaan nya saya agak terkejut juga kerana dikatakan Tarian ini berasal dari satu upacara keagamaan.Satu persoalan.....bagaimana tarian ini boleh meresap dan dijadikan satu acara rasmi bagi sesuatu kursus dan majlis .....siapa yang memperkenalkannya....dari mana mulanya dalam masyarakat kita.....sama-sama kita renungkan.