Thursday, June 9, 2011

Tanda arah ke kenduri



Cuti sekolah ni banyak kenduri kahwin................bagi orang jauh yang dapat jemputan dan kurang arif jalan untuk ke rumah pengantin.....penanda arah ni lah penyelamatnya....tak payah nak tanya-tanya orang tepi jalan dah...

Biasanya maklumat berkaitan kenduri akan tertera....dan bermacam bentuk dari yang paling simple ke yang paling cantik dengan hiasannya.....terpulang pada empunya lah.....

dan tempat-tempat yang strategik akan menjadi mangsa.....simpang jalan....lampu jalan....papan tanda....pokok-pokok....dan macam-macam lah.....tentu anda biasa dengan benda-benda ni kan.....

Tuesday, June 7, 2011

Nilai untuk rasa selera....

Mencuba Teh arab pudina
Antara menu dan harga.........
Suasana dalam restoran
I City Shah Alam


Masih dalam mood cuti.
Kebetulan adik beradik lain pun turut berada di kampung.Jadi kami berpakat untuk turun ke Shah Alam pada semalam iaitu hari isnin.Kami keluar selepas asar kerana sasaran kamiuntuk berkunjung ke I City Seksyen 7 Shah Alam.Bermacam maklumat yang didengar dan dibaca tentang tempat ini menarik hati kami untuk melihat sendiri apa yang istimewanya di situ.

Kami bersolat dahulu di Masjid Salahuddin dan kemudian bertolak ke tempat yang dituju terletak dalam 4 km mengikut GPS saya....tetapi oelh sebab kereta kami mengikut kereta abang yang tersilap jalan menyebabkan perjalanan kamimemakan masa yang lebih panjang dari yang sepatutnya.

Terasa pula hendak mengisi dahulu perut yang kosong.Abang telah mencadangkan mencari makanan Timur Tengah di area Seksyen 7 itu.Setelah puas mencari dan bertanya melalui sahabat yang pernah pergi ke restoran tersebut maka kamipun terjumpa restoran Muhajjah (kalau tak silap ejaannya)...pada mulanya kami agak sangsi untuk masuk ke restoran ini kerana tiada orang pada waktu itu di dalam restoran yang menimbulkan tanda tanya kami....dan melihat lambang kad kredit di luar bersebelahan pintu masuk menyebabkan kami bertambah gusar.....namun setelah bertanya dan melihat menu serta harga yang tertera....akhirnya kami duduk dan mengambil pesanan...

Secara keselurahan......dari segi layanan ...bagus....(siap dengan penerangan dari pekerja) mungkin kerana hanya keluarga kami saja waktu itu menyebabkan layanan ala VIP la plak....dan kami juga pertama kali ingin mencuba masakan ala timur tengah jadi kami banyak bertanya...maklumlah layanan special dari pihak restoren.....apa lagi tanya...jangan tak tanya...
Setelah mengambil pesanan tidak lama kemudian pesanan telah siap dan dihidangkan....fuh......
mengeliurkan......tak percaya? bagi yang kali pertama mungkin......untuk yang pertama kali cuba pasti teringat pula.....dan mahu datang lagi...

Selepas kenyang.....kami pun terus ke i city.......
Jadi inilah i city yang diceritakan......memang menarik (untuk waktu malam.....).....penuh dengan cahaya.....bukan calang - calang "spesis" cahaya.....tapi kalau bawa anak kecil pasti mereka amat teruja dari ibu bapa.......dan ibu bapa bersedialah........tahukan maksud saya!!! banyak "jerangkap samar" di sini....hahahahaha awas!!! pulusnya dong!!!

Tandas pula masuk 50 sen ya.......harap maklum....

Parkir pula rasanya tiada masalah....cuma bayar ajer lah RM10 bang........memang parkir luas tapi berbatu dan berpasir....kalau nasib anda baik mungkin dapat parkir yang lebih baik....

Jadi.....korang pergi ajer la kalau nak tau lebih lanjut.....


Saturday, June 4, 2011

Memang aman.....






Sebelum ini saya pernah bercerita tentang Taman Rekreasi di kawasan Proton City Tanjong Malim.Saya memang kerap ke sana untuk beriadah....berjogging..
Apa yang dapat saya perhatikan setiap petang Sabtu dan Ahad atau hari cuti umum kawasan ini memang ramai orang yang datang dengan tujuan tersendiri....
Cuma....saya perasan ...yang meramaikan kawasan ini ialah pekerja-pekerja luar seperti mereka yang dari Bangladesh,Pakistan,India,Indon,Myanmar......wlaupun kehadiran mereka ini tidak menganggu penduduk tempatan tetapi ia masih mendatangkan rasa kurang selesa bagi sesetengah orang...terutama ibu-ibu,wanita,kanak-kanak dan sesetengah mereka yang lain.Walaupun mereka ini tidak menganggu secara fizikal tetapi kadang kala pandangan mereka terhadap orang ramai yang berjogging atau berjalan-jalan di sini agak menganggu juga....itu belum sesetengah dari mereka yang agak kurang peka apabila menghalang gangguan orang lain di trek yang disediakan...
Saya ada mendengar cerita dari mereka yang tinggal di kawasan perumahan PC ini tentang tingkah laku pekerja-pekerja yang tidak kisah dengan sensitiviti penduduk tempatan.
Malah kalau anda datang ke kawasan ini anda dapat melihat kebanyakan mereka ini akan memonopoli kawasan tanah lapang yang berada di kawasan ini dengan bermain bola dan kriket...

Apakah yang perlu kita buat tentang hal ini?
Bagaimanapun kawasan ini memang amat sejuk mata memandang dan pemandangan yang menghijau menyebabkan cuti-cuti begini ramai pasangan pengantin mengambil kesempatan untuk bergambar di sini...malah kadangkala sehingga 3 hingga lima pasang pengantin akan berada di sini....

kenduri....kenduri...walimatulurus...

As Salam.....
Wah.....cuti sekolah ni ramai la yang buat kenduri kahwin.....
Bagaimana perbelanjaan mereka di waktu-waktu harga barang sekarang naik ya...????

Kalau di kawasan kampung mungkin gotong royong dapat la menjimatkan kos kot.....tapi sekarang ni pun di kampung pun banyak tempah catering aje...jangan ingat kalau kenduri di kampung kita dapat merasa makanan hasil ajk kenduri di kampung tersebut....sekarang orang kampung pun naik malas nak buat kerja-kerja kanduri kahwin ni...semua nak mudah saja...ya la maklum la...semuanya yang nak buat tuh orang-orang yang dah tua......mungkin salah mereka juga tak turunkan ilmu masak memasak ni pada orang muda....bukannya orang muda tak mahu...tapi kadang kala sikap orang-orang yang tua ni pun tak bagus juga....kedekut ilmu.....sori cakap...

Saya pun banyak jemputan....dari rakan...dari saudara mara....fuh....kena la tunaikan jemputan...
InsyaAllah