Sunday, May 22, 2011

bukan lagi balik tiang tapi buat tiang terus...

“Jangan terkejut bila kena saman... kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.....berita ni dah lama ....cuma semenjak berita ron95 nak naik ni teringat pulak hal-hal saman ni......dengan kenaikan harga minyak (dan pastinya harga barang......) tidak dapat dibayangkan pula betapa efisiennya proses saman ini yang akan dibuat hujung tahun ini dengan sistem yang lebih canggih dan dikendalikan dengan baik oleh satu syarikat swasta yang melabur dalam hal nak menyaman rakyat ini....wow!!! satu bisnes yang bagus ni......memang otak geliga lah pak menteri kita.....

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.


Thursday, May 5, 2011

Osama ghaib......

Beberapa hari ini gempar dengan kisah kematian Osama Laden...bermula dengan ucapan dari Obama yang disiarkan tentang pengumuman Osama telah berjaya ditembak dan mayatnya di semadikan di laut.

Kemudian nya satu persatu berita berkaitan dengan kisah tersebut telah menjadi bualan masyarakat dunia.Bermula dengan foto Osama yang telah didedahkan rupa-rupanya hanyalah gambar photoshop yang diubahsuai.Satu perkara terbongkar.Syabas kepada yang berjaya membongkar hal tesebut.Kini AS terpaksa menjawab kepada persoalan apakah AS benar-benar mempunyai foto sebenar osama dibunuh? beberapa alasan telah dikemukakan dan satunya ialah bimbang foto yang dimiliki apabila disiarkan akan menjadi propaganda? ....propaganda??? apa yang anda faham dengan jawapan tersebut?

Kita sendiri tertanya-tanya apakah Osama benar-benar ditembak ketika menyerang balas pihak SEAL? atau ............anda tanyalah diri anda sendiri...namun dikhabarkan isteri dan beberapa rakan rapat beliau yang ada di tempat kejadian hanya cedera...jadi....mungkin mereka adalah saksi paling hampir..

Namun mayat Osama yang disemadikan di laut seolah-olah satu tindakan terburu-buru??? apakah benar mayatnya di buang ke laut? makanya jika ditanya......mana buktinya? jika dilaut tiadalah lagi persoalan untuk membuat sebarang siasatan terhadap mayat lagi.....kerana sudah hilang di lautan? apakah kemungkinan besar boleh dicari kembali?atau mereka meletakkan mayat dalam satu tempat khas dan dibuang ke laut???

Sememangnya banyak persoalan......

Namun jawapan beberapa pemimpin dunia mengambarkan seolah-olah dunia telah kembali aman dengan pemergian Osama.Mereka perlu sedar setiap kenyataan yang mereka keluarkan akan mengambarkan pendirian negara tersebut terhadap kumpulan AlQaeda.....dan perjuangan mereka.

Sama-sama kita fikirkan!

Wednesday, May 4, 2011

Kenapa Broadband anda perlahan?

Saya terjumpa satu pos ini di satu laman sembang tentang broadband yang slow.Saya dah tau tentang hal ni ....tapi bila baca komen yang diberikan terdapat banyak komen dan kebanyakannya tak tahu tentang hal ini,kerana itulah ramai juga kekawan yang tukar modemlah....atau terus tukar ke syarikat yang lain tanpamereka sedar masalah sebenar.So,mari sama-sama kita 'semak" kembali apa masalah sebenar,mungkin dapat memberikan fahaman kepada kita

Celcom Broadband 3G / HSDPA

Gua adalah pengguna ini Celcom Broadband. Gua subscribe RM98 sebulan dengan kontrak 12 bulan.
Untuk menggunakan Celcom Broadband ini, anda perlu membeli sebiji USB 3G Modem contohnya model Vodafone 7.2mbps atau pakej Celcom Broadband Huawei Modem HSDPA 7.2Mbps gak. Harganya adalah dari Rm400-Rm499. Modem Vodafone member gua jual RM400. Huawei pula RM499. Kalau nak yang 2nd hand pun ada sekitar RM200. Boleh try cari kat mudah.com.my atau lelong.com.my.

Bagi mereka yg memula nak pakai Celcom Broadband, jangan biarkan diri anda dikuasai EXCITED yang amat sebelum subscribe benda alah ni. Jika anda kaki download atau bukan kaki download, ANDA PERLU BACA FAIR POLICY Celcom Broadband, setiap bulan limited bandwith hanya 5GIG!!! Namun jika anda kaki chat atau pembaca blog, news and such..benda ni tak menyusahkan anda sangat. Tapi kalau anda kaki youtube, sorry... 5G polisi ini akan membuatkan anda memaki hamun Celcom dan negaranya. Dalam 2 minggu atau tidak sampai 2 minggu, bandwith anda akan kehausan. Dengan kata lain, RM98 atau RM68 anda akan burn dalam 2 minggu sahaja dengan limitasi tersebut.

Apa yang berlaku selepas anda sudah mencapai limitasi tersebut? Speed akan menjadi perlahan lebih perlahan dari Dial-Up sehingga gambar lgsg tidak dapat loading atau boleh kata serendah 10-30kb/s sahaja. LAGIIII YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA GIGIT JARI SENDIRI adalah setiap kilobytes yang kita pakai selepas limitasi akan dicaj! Jika anda pakai berterusan sehingga akhir bulan, dalam RM20 la anda akan dicaj. Dalam bil, dia akan tulis YOUR ACCOUNT OVERDUE. Jadi kalo anda sepatutnya hanya bayar RM68, tambah lagi RM20..dah RM88..kalao RM98, jadi RM100+!!!

mana satu?

Anda pada waktu ini menjadi perhatian atau diperhatikan?

Mana satu?