Monday, January 3, 2011

anakku berkhatan

Awal bulan Disember tahun lalu anak yang sulung berumur 7 tahun telah berkhatan di klinik swasta di sungai buloh.Semuanya sebenarnya tak dirancang.Bila ditanya pada tuan punya badan anakku hanya menangguk kepala .Aku sendiri keliru samada dia faham atau tidak.Tapi dia ada bertanya bersunat tu sakit ke tak?

Cuma beberapa hari kemudian dia tiba-tiba seperti demam tak selera makan dan kadangkala selepas makan dia akan muntah....agak risau juga dibuatnya. Apabila dibawa ke doktor cuma ubat biasa la yang di bagi.Selepas dia nampak agak sihat sedikit entah macamana kami sepakat membawanya ke klinik untuk di sunatkan.....lama juga nak memotivasikan anak aku sebelum masuk ke bilik doktor...hanya dia seorang saja yang datang untuk bersunat pada hari itu.....menangis teruk juga....tapi syukur semuanya selamat dengan menggunakan laser.2 minggu juga baru dia betul2 baik.Tapi sebenarnya beberapa hari lepas sunat tu dah nak keluar main helikopter remaote yang dijanjikan.....risau juga tengoknya....macamana pun semua dah ok....lega satu perkara......
Lepas ni apa pula?

Sungguh lama

Sungguh lama......
Mungkin itu yang perlu dikatakan.
Bagai tiada nafsu untuk membuka blog ini dan mengirmkan pos yang baru.
Sungguh lama....
dan selamat bertemu di tahun baru ini.
Tahun baru bagai kesinambungan hari-hari yang ada pada tahun sebelumnya.....
Apa yang perlu kita baharui????

yang pasti hidup harus diteruskan.....dan kita merancang hanya Allah yang menentukan.
Moga tahun ini lebih gemilang buat diri.

Amin