Saturday, June 26, 2010

kon + dom = ?

Tadi saya pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli sedikit barangan.Waktu nak membayar di kaunter terpandang satu bekas lutsinar yang besar yang diletakkan di kaunter bayaran di dalamnya terdapat berbagai jenama kondom.Ini bukan kali pertama saya melihat produk kondom ini diperagakan dan diletak ditempat atau kaunter bayaran kedai atau di mana-mana.Masalahnya ialah gambar yang terdapat pada jenama produk kondom tersebut.Gambar yang diletakkan agak "ngeri" juga dan "lucah".Ada diantaranya adalah gambar-gambar wanita tanpa pakaian.Walaupun ianya hanya kotak yang kecil tapi agak jelas gambar tersebut.Bayangkan kalau anak-anak kita yang melihat gambar-gambar itu..............

Sunday, June 20, 2010

ada berani?....Herba Sambung Nyawa




Minggu lepas pergi bercuti dengan keluarga ke Utara tanahair.Sambil bercuti tengok tempat orang pergi juga rumah saudara mara terdekat di sana.Ketika di Kg. Pelek,kami telah diperkenalkan dengan satu pokok,rasanya macam pernah dengar tapi mungkin pokok ini jarang atau tak sepopular pokok lain maka ianya dilupakan.
Pokok ini digolongkan sebagai tumbuhan herba.Nama pokok tersebut ialah pokok sambung nyawa.Juga dikenali sebagai akar sebiak, sambung hayat, kelemai merah, kacam akar.Ia dikatakan diguna kerana khasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis (diabetes), kanser dan masalah buah pinggang.
Saya melihat adik bapa mertua saya mengambil sedikit daun tersebut dan mengunyah sehingga lumat di dalam mulutnya.Saya turut mencubanya buat kali pertama..............tapi alamak! rasanya amat pahit....apabila kita mengunyahnya ianya akan meninggalkan satu rasa pahit dan kelat malah boleh menyebabkan loya.......menurut adik bapa mertua saya itu jika lama-kelamaan dikunyah ianya akan kurang rasa pahit nya di dalam mulut.
Bapa mertua saya telah mengambil batangnya untuk dibawa pulang dan ditanam.Kepada anda yang ingin mencubanya bolehlah cuba cari pokok ini.

Tuesday, June 8, 2010

Nak lelong ke ni?



Haaa.........tengok gambar di atas......sori la kurang jelas,yang ambil gambar bukan profesional.Tapi nak bagi tau itulah kereta-kereta lama yang dah dah tak boleh diguna,banyak kan......jadi depa longgok kat sini.Dulu sikit tapi la ni nampak makin meninggi.Mula-mula tengok rasa macam kita ada kat luar negeri.Sebab dulu biasa tengok macam ni dalam TV je.Tapi sekarang boleh tengok kat sini.
Saya tak ada maklumat apa-apa ,tak tau la kereta ni semua dari mana dan apa sebenarnya nasib kereta-kereta ni dan berapa lama kereta ni di sini.............Dari jauh kita boleh nampak longgokkan kereta ni.
Ada sapa-sapa nak join letak kereta kat sini?????hehe....lawak jer....

Saturday, June 5, 2010

air dan gula


Alamak.............

Semalam nak beli gula,tanya 3 buah kedai semua kata tak ada stok.Kedai melayu tak ada,kedai India tak ada..................yang kedai Melayu bila cakap nak beli gula ,macam malu-malu aje nak cakap gula tak ada..........masuk lagi satu kedai tak tanya dulu terus masuk saja nak "survey" tapi memang tak nampak bayang gula ..............lepas tu baru tanya dengan muka selamba.............tauke kedai pon jawab dengan muka selamba..................kah....kah...konon................

Lepas dah tanya beberapa kedai runcit terus pergi ke pasaraya yang agak jauh semata-mata nak cari gula.nasib baik ada itu pon siap tulis tu "dua kilo terhad untuk satu keluarga", dia orang ingat kita ni tak tau nak tipu ke............dia orang kenal ke orang yang beli gula tu...??? aduh.terasa macam kat negeri berperang pulak..........nak beli gula pon macam nak beli pistol!!!Ini bukan pertama kali pertama mengalami masalah macam ni,sebelum ni pon ada pos dalam blog ni cerita pasal hal gula ni yang menyusahkan "hamba sang rakyat" ini..................

Ini satu hal...............lagi.

Dah masuk hari ni dah 2 hari tak ada air kat kawasan aku ni.........lori tangki bawa air pon tak nampak dan tak muncul-muncul lagi ni................bulan lepas pon macam ni juga.....tapi lori air pun datang senyap-senyap macam takut kena serang.....cuma dengar bunyi lori lalu aje.........itu pon satu lori untuk berapa ratus orang kat sini????
adus..............dah mula la nak marah ni.....marah kat sapa????? lu pikir la sendiri....................!!!!!!

Thursday, June 3, 2010

kantoi! hilang selera




Ini juga kisah semalam punya kes........................dah siap bahan-bahan untuk masak kuew teow goreng...anak suka,so semalam cadangnya nak masak kuew teow yang baru dibeli. Kuali dah panas.........bahan pon dah ready semua............tapi....aiseymennn..............kantoi! bila buka plastik kuew teow bila pegang keras semacam lak........lepas tu ada tompok hitam halus dan tompok hijau kuning (macam bendera Kedah la plak)..........cium bau..alamak masam semacam...................aduhhh....cancel!

Kuew Teow dibeli di salah sebuah pasaraya besar di tempat saya ni......selalu juga beli di situ tapi semalam kantoi! nampak banyak lagi ditempatnya ingatkan baru sampai ke............tengok tarikh luput tak ada .......tapi dah terdesak malas nak pergi cari tempat lain.so beli ajelah...tak sangka semalam kantoi! kalau masak juga sah boleh sakit perut anak-anak bila makan...........

Ni sapa punya masalah............pasaraya atau pembekal nie....................????


Wednesday, June 2, 2010

objek misteri

(gambar hiasan)

Saya telah melihat sesuatu yang menakjubkan di udara pada jam lebih kurang 8.50-9.00 malam tadi.Objek hijau yang menjunam ke arah permukaan bumi serta berekor seakan mengesahkan ianya samada meteor atau tahi bintang.Saya tidak pasti.Namun cahaya yang dapat dilihat dari jarak yang agak jauh dari tempat saya berada ketika membawa kereta di kawasan Tanjong Malim ini.Saya pasti ramai lagi yang dapat melihatnya kerana cuaca yang baik malam tadi telah menyebabkan ianya dapat dilihat jelas.Ianya berlaku dengan pantas ketika saya perasan objek itu ianya laju menjunam ke permukaan bumi dan lenyap dalam tempoh 2-3 saat sahaja.

Berita berkaitan

Tuesday, June 1, 2010

Akhirnya................


Syukur...........setelah tertangguh hampir 3 bulan akhirnya anak yang sulung bersekolah juga ke sekolah barunya di Proton City yang buat pertama kalinya dibuka secara rasmi hari ini..Orientasi kepada murid telah dijalankan dengan kehadiran agak ramai ibubapa.Sekolah tersebut terpaksa ditunda pembukaannya akibat beberapa masalah teknikal dari segi bangunan dan pelepasan CF.Bukan apa seperti post yang lalu saya telah menyentuh masalah murid-murid di Tanjong Malim ini setelah sekolah yang sedia ada tidak mampu menampung lagi jumlah murid yang semakin ramai.Pembukaan sekolah di Proton City ini menyelesaikan sedikit masalah tersebut.Cuma ibu bapa yang berhampiran pekan lama Tanjong Malim ini agak jauh untuk menghantar anak ke sana pada waktu pagi.Kemudahan pengangkutan bas sekolah juga agak kurang dari segi mutu bas itu sendiri.....

Bagaimanapun agar sekolah baru ini tidak mengalami banyak masalah dari segi kemudahan untuk anak-anak belajar...maklum sajalah ekonomi sekarang agak sukar dan ibu bapa terpaksa berkorban demi pendidikan anak.

Moga guru-guru dan kakitangan sekolah dapat meneruskan usaha mendidik anak bangsa.