Sunday, May 30, 2010

sedikit ilmu untuk dikongsi

Tidak dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء

Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barangsiapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik."

Namun, setelah memikirkan berkali-kali baris-baris ayat di bawah, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali mesti dengan segera menghebahkannya kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan ini.


الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 275 )


Itulah kengerian hukuman Allah swt terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya.

Cuba kita sama-sama petikan penutup ayat di atas

وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut :-

ومن عاد أي إلى الربا ففعله بعد بلوغه نهى الله عنه فقد استوجب العقوبة

Ertinya : Lafaz "barangsiapa mengulangi" ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walalupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras" (Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 1/328)

Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah shahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung didalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali. Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36 )


Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36) :-

1) Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke Syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w.

2) Memasukkan seseorang ke Syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad s.a.w.

3) Kaum yang wajib dihumban di neraka boleh diselamatkan oleh Nabi s.a.w

4) Mengeluarkan kaum yang sedang diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.

5) Peningkatan darjat di syurga agar mendapat tahap syurga yang lebih baik.

Saturday, May 29, 2010

perrrrggggghhhhhhhhh.........................siot!




pergggrhhhhhhhhh...............cuti tiga hari ni....sebab hari ni hari Wesak..tapi tak tau nak ke mana...bukan tak ada idea.tapi "pulus" tak mengizinkan............terasa semakin takut nak berbelanja sekarang..........duit makin mengecil nilainya. Sekarang kalau bawa family pergi sarapan pon tak kurang RM berbelas-belas kena keluar dari dompet.............dulu sarapan pon tak sampai RM 10.Baca suratkhabar (suratkhabar kat kedai makan)memmang banyak cerita menarik pasal ekonomi yang melegakan hati.....tapi betul ke semuanya....??????? tengok kiri kanan aku macam tak selari dengan apa yang aku baca.....adusss................

Contohnya kat tempat aku ni makin banyak gerai nasi lemak tepi jalan..............itu tandanya apa ya...............??????? boleh pikiaq la sendiri.....kan...mungkin apa yang kita tafsirkan tu betul.......
Anak-anak pon nampak macam boring jer kat rumah cuti ni....................terbaca pulak pasal subsidi ni...........lagi laaa............perggghhhhhhhhhhhhh...............lagi poning bro..............itu nak naik....ini nak naik..........tapi harap Cuepecs teruskan tuntutan bonus tuh...............alang-alang minta ....mintalah lebey sikit...............hehehe.....................minta la tauke gula..tauke TV..tauke kilang.....tauke ayam.............sedekah sikit dalam akaun BONUS untuk kakitangan kerajaan.......hehe......

Pinjaman pon tak habis-habis bayar.....pinjam itu............pinjam ini.......nak beli kereta ke pejabat kena pinjam duit.......nak beli mesin basuh balik kerja penat tak larat cuci dengan tangan kena buat pinjaman............nak beli nasi campur mamak sebab tak larat nak masak kat rumah................yang itu takkan nak masuk buku 555 kot...............hahaha...........kalau Along tau mesti dia cari suruh buat loan segera.pagi ni sain borang.....tengahari duit masuk akaun.....kah....kah...kah.............esok kena bayar 25%..............kantoi..........

Yang terlebih lebih duit tu..................bersyukur la..........ini hari anda .so kena la beringat jugakkk.............rajin-rajinlah keluar zakat............agar berkat!


post by LELAKI INI

Friday, May 28, 2010

siapa Mohd Basar Muhammad....??????





Beberapa hari lalu tengok filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Masam-masam Manis...........dah tengok banyak kali tapi masih ada "nafsu" nak tengok lagi macam ada daya tarikan yang kuat pulak.........bukan saja filem ini malah banyak lagi filem lakonan arwah Tan Sri P.Ramlee ini yang tak jemu ditonton..........

Saya ingin sentuh sikit watak gurubesar Mohd Basar Bin Muhammad dalam filem tersebut.........anda tahu siapa pelakon yang memegang watak ini?.......anda cuba lah cari sendiri ...kerana pelakon yang memegang watak ini mempunyai kisahnya yang tersendiri.........tapi nampak kurang diambil perhatian...........buktinya cuba anda cari di carian internet nama pelakon tersebut...agak sukar untuk menemui kisah beliau di antara nama-nama seniman dan seniwati lain...mengapa???anda cubalah mencarikan jawapannya.............

Babak dimana beliau menegur cikgu Saari lakonan Tan Sri P.Ramlee meninggalkan banyak kesan sebenarnya.............dan memberikan kita nasihat yang berguna untuk direnungkan bersama.


Thursday, May 27, 2010

bermula dengan negeri Perak kini Selangor pula.....


Liew Kit Kong adalah satu nama yang tak asing dalam kancah bolasepak Malaysia.Namun namanya agak tenggelam timbul.Beliau memulakan kerjayanya dalam liga bolasepak Malaysia dengan menyertai pasukan Seladang atau negeri Perak.Ketika itu namanya amat popular di Perak kerana banyak menyumbangkan gol untuk kemenangan pasukan.

Beliau adalah salah seorang pemain baru dalam pasukan Red Giant pada tahun ini.Beliau telah diturunkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan saya masih ingat golnya yang menarik ketika pertemuan dengan Johor FC beberapa minggu lalu yang berkesudahan Selangor menang dalam perlawanan tersebut. Pergantungan tiga orang pemain pasukan Selangor baru-baru ini mungkin akan memberikan beliau lebih banyak peluang beraksi setelah dilanda kecederaan.

Selangor telah berjaya menjarakkan lagi punggutan mata dari pencabar terdekat.Sabtu ini mereka akan melayan kunjungan Perlis di stadium Shah Alam.Semoga Red Giant mencapai kemenangan !


Teknik kaunselor tak bertauliah..........



Cuba tengok gambar di atas.

Boleh nampak apa yang ditulis?

"JANGAN KAMU AMBIL LAGI BATANG BETEK INI BERHENTILAH HISAP DADAH"

daripada tulisan tersebut nampak seperti penulisnya seperti kecewa jer........mungkin yang meletak kan papan itu tak tahu siapa sebenarnya nak ditujukan "nasihat" tersebut.Jadi satu caranya ialah menulisdan meletakkan kata-kata tersebut di situ.

Gambar ini diambil di sebuah taman perumahan.Di satu kawasan tanah berhampiran beberapa blok rumah yang ditanam dengan beberapa tanaman termasuklan ada pohon betik di situ.Diperhatikan memang nampak batang daun betik itu seperti diambil atau dipotong oleh orang.Saya tak pasti pulak kaitan batang betik ini dengan dadah.............nanti boleh cari maklumat pasal ni......dan akan dimasuk dalam pos akan datang.


Wednesday, May 26, 2010

lama dah.....................






Apa dah jadi ni? rasanya dah berapa bulan perkara ni dok macam ni.Kadang-kadang tempat sampah yang besar tu "over load" sampai melimpah.-limpah sampai berapa lama ....baru lah kosong.Ada satu hari tu bertaburan hingga nak tutup separuh jalan tu...bila lalu bau nya pon ....alamak.......

Tempat sampah besar ni terletak betul-betul tepi jalan ...nampak tempat sampah ni kosong tapi masalahnya kenapa di luarnya berlambak sampah.Ini satu lagi perangai manusia...........aduss...!!Nak salahkan sapa nie.............????

Tuesday, May 25, 2010

Awas! Penjenayah pun dah tau guna benda ni ke...?.

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan penahanan seorang pengawal keselamatan yang membongkar kegiatan kumpulan penjenayah yang berbahaya apabila polis berjaya menahan tujuh lagi ahlinya serta merampas empat senjata api, peluru, dua bom tangan serta jaket kalis peluru di sebuah rumah di Sungai Nibong(sumber Berita harian).Di dalam kejadian tersebut polis menemui dua raifal versi AK-47 buatan China, dua revolver .38 dan dua bom tangan serta berpuluh-puluh peluru 7.62 milimeter (mm), disorok di bawah timbunan batu di belakang rumah.

Ini pula sorotan berita yang berlaku beberapa tahun lalu tentang isu baju kalis peluru.Isu jaket kalis peluru mula mendapat perhatian apabila dua anggota polis ditembak mati oleh sekumpulan penjenayah dalam serbuan antidadah di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh pada 25 Oktober 2007.Dua anggota polis yang terbunuh dan dua lagi yang cedera parah dikatakan tidak memakai jaket kalis peluru.Ekoran itu, PDRM merancang membeli 4,000 jaket kalis peluru secara berperingkat-peringkat dengan memberi keutamaan kepada kualitinya.

Apa perkembangan isu ini sekarang ya?

Mungkin juga kejadian yang berlaku akhir-akhir ini juga ada kaitannya. dengan hal ini.Mungkin sebahagian anggota polis masih fobia dengan kejadian tersebut.Memang difikirkan jika menjalankan tugas merbahaya seperti anggota keselamatan ini peralatan yang baik dan dapat memberi perlindungan tambahan akan mungkin dapat memberikan lebih keyakinan pada mereka ketika menjalankan operasi.

Dalam waktu yang sama kita juga agak terkejut apabila penjenayah juga mampu mendapatkan baju kalis peluru ini.Nampaknya penjenayah pun tahu untuk lebih berwaspada sekarang.Sering kita dengar penjenayah yang mengamalkan ilmu-ilmu tertentu untuk menjadi kebal dan sebagainya.Rupanya penjenayah pun dah bijak melindungi diri dengan peralatan yang canggih ini.........

Monday, May 24, 2010

Orang tua dan bil elektrik..............

Minggu ini tak berkesempatan balik ke kampung.hanya dapat bertanya khabar melalui telefon saja.Orang tua di kampung tanya bila pula nak balik sebab dia nak tanya pasal bil elektriknya.Sebelum ini orang tua saya tak perlu bayar bil elektrik sebab penggunaan elektrik di rumahnya di bawah RM20 semenjak Pak Lah mantan PM kita mengumumkannya seketika dahulu.

Tapi baru-baru ini orang tua saya tanya sebab dalam bil yang terkini dia terpaksa membayar RM17 lebih.Saya kata tak mungkin.Mungkin dia tersilap.Tapi orang tua saya kata termasuk tunggakan bulan lepas sebanyak RM16 lebih yang dia tak perasan bulan sebelumnya kena bayar juga.Maklumlah semenjak tak bayar bil ,bila dapat bil memang orang tua saya tak lihat dah bil tu.Jadi semua sekali lebih kurang RM34 perlu dibayar.Saya terdiam seketika................dan tertanya dalam diri saya adakah saya tertinggal dengan maklumat terkini....????tentang bil ini.............Saya kata pada orang tua saya supaya sabar saya balik ke kampung nanti akan saya semak.Sebelum tu saya minta dia tanya pada jirannya yang lain.......bimbang juga kena "potong" pulak.............elektrik rumah kat kampung tuh...........

Memang sebelum ini bil elektrik rumah di kampung dalam belasan ringgit dan telah beberapa bulan tidak perlu dibayar semenjak tahun lepas............mungkin ada silap di mana-mana.............

Bagaimanapun tunggu bila balik ke kampung nanti......................

bila para nenek menjadi perkasa.....!!!!!!!!

Malam semalam ingat nak menonton satu drama di siaran Astro tajuknya Nenek Perkasa.Tapi rasa letih pulak dan tidur awal.Beberapa hari ni ada menonton promosi drama ni siap dengan preview Di Balik Tabir lagi....bila tengok nampak macam menarik sebab memang suka dengan drama yang lawak ni.............tak dapat dibayangkan para nenek bermain bolasepak.Perkasa maknanya lebih kurang kuat......,hebat.............,jadi bayangkan nenek yang kuat dan hebat bermain bola.

Barisan pelakonnya pun boleh tahan.........barisan pelakon yang lawak.Lebih lagi ada Mat Over yang berlakon sebagai jurulatih.Memang minat lakonan Mat Over yang selalunya selamba jer......sejak melihat lakonannya dalam Pi Mai Pi Mai tang Tu satu masa dulu terus tertarik dengan lawaknya yang ada stail tersendiri........

Sebenarnya drama ni tentang sekumpulan wanita yang telah tua (nenek) yang membuat satu team pasukan bolasepak untuk masuk pertandingan.Menurut penerbit drama ini dibuat sempena Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.Wah...............ok la tu.......macam baru-baru ini banyak drama berkaitan guru sempena hari guru..........

Tapi nasib baik ada siaran ulangannya pada 29 Mei nanti.......itu pun kalau ada masa menontonnya......................

Sunday, May 23, 2010

Selangor terus bangkit!

Agak melegakan seketika.Apabila pasukan bolasepak Selangor berjaya menewaskan KL Plus.Baru beberapa hari lalu peminat agak gusar apabila jurulatih dan tiga pemain utama digantung 4 hingga 6 perlawanan.Amri Yahya memberikan aksi yang melegakan pasukan dan peminat.

Selangor bernasib baik kerana mempunyai ramai pemain berbakat untuk diturunkan dalam keadaan begini.Semoga perlawanan seterusnya Selangor mampu bertahan.kini pasukan Kelantan terus mengejar di belakang.

Go Red Giant!

keseimbangan pembangunan = hasil



Mari kita melihat kes-kes yang kita kategorikan sebagai masalah sosial dalam kalangan masyarakat kita hari ini.Hingga ke saat ini kes-kes seumpamanya telah menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat 1Malaysia.Mungkin kerana berita yang tersiar umpama "jarang-jarang" menyebabkan kita terasa terkejut dengan berita seperti pembuangan bayi,perceraian,pelanggaran undang-undang perkahwinan,kes rogol,suami mencederakan isteri kerana seks,anak saman bapa,ibu dihalau dari rumah oleh anak dan sebut sahaja bermacam-macam masalah sosial dalam masyarakat kini."kejutan" yang kita alami itu adalah perasaan biasa yang akan kita teima apabila dihidangkan dengan berita-berita begitu,tetapi kita akan kembali menerima berita tersebut dengan hati terbuka kerana kita ianya bukanlah satu perkara yang berlaku 10 tahun sekali tetapi sentiasa berlaku dalam masyarakat kita cuma hanya sebahagian sahaja yang mungkin tersiar di media massa.Atau mungkin kita sendiri mengalaminya,jiran-jiran kita,saudara mara kita malahan keluarga kita......

Apakah ini kerana pembangunan yang berfokus kepada ekonomi semata-mata,hingga kita terlupa atau hanya sekadar kata-kata tentang pembangunan insan? kadangkala tindakan-tindakan bertujuan untuk kemajuan itu mengheret masyarakat ke lembah kemaksiatan.

Sebagaimana wang mengalir masuk begitu juga berleluasanya masalah sosial.Mungkin tindakan yang diambil tidak kepada sasaran yang sebenar.Sejauh mana keberkesanan undang-undang dan pelaksanaan undang-undang yang diwujudkan?

Adakah masyarakat sekarang benar-benar sejahtera dan mendapat segala keperluan-keperluan yang diwujudkan.Bagi yang muslim apakah keperluan rohani telah cukup? melihat situasi pelajar kita umpamanya walaupun sistem pendidikan kita telah diwujudkan sebegitu rupa namun kita melihat para pelajar gagal untuk menyerap nilai-nilai murni ke jiwa mereka untuk diguna dalam kehidupan seharian kerana ilmu yang mereka perolehi hanyalah sekadar untuk diguna bagi menjawab soalan-soalan ketika peperiksaan.Inilah contoh-contoh bagaimana keperluan dan sumber yang disalurkan tidak berjaya sampai dengan betul dan sebaik-baiknya.Dan pada waktu yang sama banyak pula daya penarik seperti pusat permainan dan sebagainya tumbuh sebagai alternatif anak-anak muda untuk mendapatkan hiburan.

Inilah dikatakan perkara-perkara yang seolah-olahnya tidak seimbang.Pada ketika kita melaungkan pembangunan ekonomi dan pembangunan insani kita dengan "mata terpejam" seolah membaling lumpur kepada segala yang kita aturkan.Jadi sampai bila semua ini akan berlarutan?


Saturday, May 22, 2010

jangan gadai maruah




Tertarik dengan montaj iklan tentang rasuah di satu saluran Televisyen.
Diakhirnya iklan itu satu ungkapan "jangan gadaikan maruah demi rasuah............." lebih kurang macam tu lah ...........

Marilah kita sama-sama membanteras rasuah!
Rasuah dalam bentuk dan cara apa sekalipun tetap rasuah!

kecuaian bersama.......???

Semalam ada satu berita tentang seorang budak darjah tiga mati dihempap sinki bilik air.Apabila saya membaca berita itu saya agak keliru kerana yang cedera ialah kaki kanannya tetapi malang bagi kanak-kanak itu meninggal apabila dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan.Menurut ibunya beliau telah membawa anaknya ke klinik 1Malaysia sebelum dibawa dengan ambulans ke PPUM. Pihak keluarga mangsa tidak berpuashati dengan layanan pihak terbabit dan menganggapnya satu kecuaian hingga anaknya meninggal.

Saya tidak mahu menyentuh tentang kecuaian kerana sebelum ini telah banyak kes-kes keluarga menyaman pihak Kementerian Kesihatan kerana kecuaian staf mereka.Tapi saya lebih tertarik untuk melihat kemalangan-kemalangan di rumah yang berlaku pada kanak-kanak.

Adakah rumah kita benar-benar selamat kepada anak-anak kita?

Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 - 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup.Kemalangan pula berlaku di ruang tamu dan ruang makan, di ruang legar,di luar rumah,di dapur dan di bilik mandi.

Mungkin sesetengah dari kita menganggap dapur adalah tempat paling tidak selamat tetapi sebenarnya kita juga perlu lebih kerap memantau tempat-tempat lain dalam rumah kita, umpamanya bilik air.Sinki umpamanya perlulah kita lihat adakah ianya masih kukuh dan sebagainya.

Kita mungkin sibuk dengan tugas namun kadangkala kita boleh meluangkan masa memantau peralatan-peralatan di dalam rumah demi keselamatan.


Friday, May 21, 2010

4 orang lagi digantung di Selangor


Hari ni nak cerita pasal bola la plak...............
Hari ini kisah jurulatih K.devan dan beberapa pemain Selangor dihukum oleh FAM........
ini link nya berita.

Sebagai penyokong rasanya bagaimanalah pasukan Red Giant akan mengharungi perlawanan seterusnya.Harap-harap pemain tidak terganggu motivasi mereka menjelang nya saingan Piala Malaysia yang makin hampir............

Segala insiden berlaku kerana kualiti pengadilan. Dalam bolasepak hanya "kemarahan" di padang saja mampu mengambarkan rasa tidak puashati. Tak kan nak saman menyaman plak kot. Bagaimanapun pangadil tetap dilihat berada di pihak yang benar. Mungkin bolasepak perlu melakukan sepertimana permainan Tenis.........nak kompem bola out ke tak out,boleh tengok balik melalui skrin komputer........barulah tahu pengadil dan penjaga garisan buat keputusan betul atau salah.

Bagaimanapun, selamat berjuang bagi pasukan Red Giant!

akibat gula........


Saya menemui satu catatan dalam pos di email saya.Ianya satu petua bagi mereka yang mempunyai diabetes atau kencing manis.Pos ini dalam bahasa Inggeris jadi di sini saya terjemahkan maksudnya.

Petua ini menggunakan bahan iaitu bendi dalam bahasa Inggerisnya ialah lady finger dan satu lagi ilmu saya perolehi ianya juga dikenali sebagai OKRA.

Ambil dua biji bendi.Potong kedua-dua belah hujungnya serta sedikit potongan di bahagian tengahnya.Ambil gelas yang berisi air dan rendamkan kedua-dua biji bendi itu dan tutup gelas letakkan semalaman pada suhu bilik..Pada waktu pagi buang bendi tersebut dari gelas dan minum airnya.Amalkan setiap hari.

Menurut pos tersebut sahabat beliau yang mengalami diabetes dan mengambil insulin telah dapat mengurangkan diabetesnya sehingga berhenti mendapatkan insulin.Kesannya dapat dilihat dalam tempoh dua minggu.

Saya pun tidak pasti tentang petua ini tapi apa salahnya mencubanya bukan? tidak rugi kerana hanya menggunakan dua biji bendi.Kalau anda tanam sendiri lagi jimat.............tidak perlu beli di pasar.

Selamat mencuba!

Thursday, May 20, 2010

selamatkan generasi kita

Tak tahu bagaimana hendak digambarkan anak-anak zaman sekarang........atau ibubapa zaman ini telah jauh berubah dalam cara mendidik anak.Persekitaran yang jauh berbeza dengan zaman ibubapa dahulu kadangkala menyebabkan ibubapa terperangkap dengan diri mereka sendiri dalam menentukan arah tuju mendidik anak.

Pada satu ketika saya terkejut apabila terlihat 2 orang anak saya yang sedang bermain tiba-tiba menunjukkan satu isyarat lucah dengan tangan sambil ketawa. Saya menerima hakikat bahawa anak-anak ini sebenarnya tidak mengerti maksud daripada isyarat itu cuma sekadar menjadi bahan mainan mereka tapi yang membimbangkan mereka seolah-olah mereka tahu ketika untuk menunjukkan isyarat tersebut. Terfikir bagaimana anak-anak yang baru berusia 4 dan 7 tahun ini boleh mendapat "ilmu" yang sesat ini.

Inilah perkara-perkara yang diluar kawalan ibubapa untuk menggelakkan perkara-perkara sebegini. Kini anak-anak terdedah dengan perkara-perkara negatif yang sentiasa berada dikeliling mereka pada setiap saat dan ketika. Di sinilah kita mengharapkan bantuan-bantuan dari pihak berkuasa bagi melakukan satu tindakan yang dapat dilaksanakan dengan baik bagi membendung gejala-gejala negatif dari sampai ke minda anak-anak yang kecil ini.

Kitab bimbang pada satu hari kita akan menyesal melihat generasi kita sekarang sudah tidak tahu menilai yang baik dan buruk.Bahkan sekarang ini gejala negatif yang diluar pemikiran manusia yang waras telah berlaku begitu berleluasa,tak perlu lagi disebut tentang kes-kes pembuangan bayi,menanam bayi,ibu dihalau,ibu dimarahi di khalayak ramai oleh anak,anak derhaka memukul ibubapa dan lain-lain lagi.Malah di sekolah juga untuk memperolehi pelajar-pelajar yang beradab sopan dengan guru juga agak sukar kita jumpa,sedangkan di rumah mereka dengan ibubapa tidak hormat masakan dengan guru mereka dapat hormat.

Saya teringat sewaktu saya bekerja di Beruas dahulu,jiran sebelah rumah saya mempunyai seorang anak lelaki di mana saya dapat mendengar anaknya menengking dan memarahi ibunya semata-mata kerana tidak diberikan wang seolah-olah ibunya itu kawannya yang boleh dimarahi dan ditengking sesuka hati malah kita dengan sahabat juga perlu saling hormat-menghormati....Inilah realiti kehidupan masyarakat masa kini........amat membimbangkan siituasi ini.




Wednesday, May 19, 2010

halalan toyyiban......................


Perkara ini telah lama dimaklumkan tapi rasanya masih ramai yang tidak prihatin atau mengabaikannya.Ini satu lagi sumber yang telah diperolehi.Oleh kerana ada permintaan dan keizinan untuk disebarkan maka dengan ini saya masukkan untuk pos saya.Moga kita lebih prihatin.............

MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN BABI

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

-MINYAK MASAK LAM SOON (CAP HELANG & BURUH)
-UBAT PEARL CREAM ARCHE (THAILAND)
-AJINOMOTO (THAILAND)
-AIS KRIM RM1.00 KR ATAS
-SEMUA TAUHU BUATAN ORANG CINA
-SABUN LUX & LOTION BADAN BUATAN MALAYSIA, USA & THAILAND
-SABUN FAB BERBUKU
-LOBAK JERUK
-MEE & KUETEOW BASAH BUATAN ORANG CINA
-KRIM MUKA HAZELINE SNOW
-SEMUA JENIS SERBUK MEE SEGERA TERUTAMA MAGGI
-PUCUK, KULIT POPIA, FISH CAKE & BEBOLA IKAN BUATAN ORANG CINA
-DAGING BURGER IMPORT
-SARDIN, KARI AYAM DALAM TIN YONG TAU FU BUATAN ORANG CINA
-KASUT BOLA JENIS 'GOLD CUP'
-BERUS GIGI 'REACH'
-MEE KERING (SANGGOL)
-MEE REBUS TULANG & KIUB PERASA AYAM
-SEMUA SABUN MANDI YANG DIIMPORT
-AJINOMOTO KECUALI KELUARAN KILANG LOT 5710 JALAN KUCHAI LAMA KL
-SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
-HAVE PEARL CREAM
-RAMUAN KENTUCKY FRIED CHICKEN & MC DONALD
-UBAT KURAP BUATAN ORANG CINA
-BEEHON SEGERA SIAM
-SABUN MANDI YANG BERMINYAK

MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

-BARANG AVON KESELURUHANNYA
-PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
-MINYAK RAMBUT BRYLCREM (HIJAU)
-RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI, SHELTOX, BAYGON & MORTIN
-SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
-KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
-TONIL BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

SEMEMANGNYA BANYAK LAGI BARANGAN YANG ADA DI NEGARA KITA YANG TIDAK DIKETAHUI DENGAN JELAS, YANG PASTINYA JANGAN TERTIPU DENGAN PENGGUNAAN TANDA HALAL DI BARANGANNYA, LIHAT DAHULU DI BAHAGIAN KANDUNGANNYA SEBELUM MEMBELI...........

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA, MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM CAP DAN TURUT SERTA MENYEBAR, PERAKAN MALAYSIA (Badan Penyelaras Perakan Malaysia Caw. Batu Pahat, Johor)
terima kasih blog - milosuam.blogspot.com

kau paham tak!

Kau faham apa yang aku faham? hentam saja la labu.......................

Petikan 1

In the UK we have to pay an annual road tax for every car we own, this then allows us to legally (if the car has an MOT certificate and you are insured) to drive on British roads.
Once a car is three years old it has to be tested each year to ensure that it is in a roadworthy condition, if it is an MOT certificate is issued: to obtain a road tax disc the MOT certificate must be valid.

Petikan 2

Here in the U.S., taxes vary from state-to-state. For instance, in my state, there is a personal property tax that must be paid on all vehicles, boats, homes and any other large "luxury" items. We also must have the vehicle inspected annually, no matter its age. We also must have our vehicle registered with the Division of Motor Vehicles and in the county in which we live. Basically, owning a car, by the time you sell it, costs more than actually buying the thing!

Each registration (state, county) requires a payment (welcome to American "freedom"), of course. Inspections are not free and you can be ticketed and your car impounded for not having the proper inspection done. You must also have insurance coverage. Oh yeah, did I mention tolls? Many roads have a toll associated with them. Some are as little as 5 cents (.02 pounds), others as much as $20 dollars (9.93 pounds).Again, this varies from state-to-state. In some states, it is not a requirement to have insurance, in others, emissions ratings are policed more than actual crime.

Petikan 3

This is the Malaysia road tax rates, which made with effective from 1st January 2007. Road tax rates have been lowered by amounts in between 0.6% to 33%. Although it’s a difference of only MYR10 to MYR20 but it at least can help to reduce citizen financial burden. Hopefully that the government can propose new road tax rates in the 2009 Budget.

The following table illustrates the road tax structure of vehicles that running on petrol & diesel for Peninsular Malaysia, Sabah & Sarawak:

Engine Capacity (cc) Current New
<> RM30 RM20
1001 – 1200 RM65 to RM80 RM55
1201 – 1400 RM80.10 to RM100 RM70
1401 – 1600 RM100.10 to RM127.50 RM90
1601 – 1800 RM255.35 to RM325 RM200.40 to RM280
1801 – 2000 RM325.35 to RM395 RM280.50 to RM380
2001 – 2500 RM396 to RM895 RM381 to RM880
2501 – 3000 RM897.50 to RM2145 RM882.50 to RM2130
3001 – 5000 RM2149.50 to RM11145 RM2134.50 to RM11130

The following table illustrates the new road tax structure for the Peninsular Malaysia for vehicles that run on diesel:

Engine Capacity (cc) Current New
<> RM30 RM20
1001 – 1200 RM130.30 to RM190 RM130
1201 – 1400 RM190.40 to RM270 RM140
1401 – 1600 RM270.40 to RM380 RM180
1601 – 1800 RM456.84 to RM624 RM400.80 to RM560
1801 – 2000 RM624.84 to RM792 RM561.10 to RM780
2001 – 2500 RM794.40 to RM1992 RM782.20 to RM1880
2501 – 3000 RM1998 to RM4992 RM1886 to RM4880
3001 – 5000 RM5002 to RM26592 RM4890.80 to RM26480

Monday, May 17, 2010

kami telah lama kecewa............

Hari ini sekolah seluruh negara meraikan hari guru.Setiap sekolah pasti mempunyai acara-acara mereka tersendiri.Namun beberapa perkara yang wajib ialah teks-teks ucapan dari Kementerian.Ketika mengadakan majlis yang pasti kita mahukan setiap guru gembira dan bebas dari memikirkan perkara-perkara yang "berat" di kepala pada hari ini.

Namun yang pasti semalam adalah hari yang dinanti-nantikan oleh para guru kerana semalam perayaan Hari guru peringkat kebangsaan disambut di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sempena sambutan Hari Guru ke-3.Secara ringkas tidak ada apa pengumuman yang menarik dan "aura" nya tidak lah begitu "umphhhh...........". Nampaknya pengumuman itu mangecewakan lagi guru-guru DG29-DG41 yang sekian lama isu ini telah mereka harungi.Namun tampak senyap beberapa ketika ini mungkin kerana telah "mual" untuk merayu dan hanya mampu pendamkan sahaja.

Tentang kanaikan pangkat guru seramai 20 ribu orang itu rasanya tak perlulah sangat diambil perhatian.....cuma PPPS yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteria dan syarat akan ditetapkan kementerian itu mungkin satu perkara yang seharusnya dari dahulu lagi dilakukan.Malah bukan sahaja guru yang memiliki Phd malah guru yang mempunyai Master atau Ijazah Sarjana perlu diberi sedikit gred yang lebih baik.

Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru seperti yang diwar-warkan juga sedang dinantikan oleh para guru semoga akan ada satu bentuk tindakan dan perubahan yang wajar terhadap beban tugas guru.

Manakala
“Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900,” ini merujuk kepada sekolah yang melonjakkan prestasi sekolah di mana Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah. Bagaimana dengan sekolah-sekolah yang berada dikedudukan sekolah yang mempunyai murid "bermasalah". Pasti pengumuman ini akan berlaku satu lagi langkah-langkah yang akan menekan guru oleh pihak pentadbiran.

Secara keseluruhannya masih ada langkah yang baik mahu diambil oleh pihak kerajaan.Namun langkah yang mahu diambil jangan sehingga masalah yang "lalu" tiada kesudahan. Guru telah "penat", murid juga merasakan "kepenatan" itu.Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran................

salam.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU!

16 MEI 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulnizam bin Khalid
Penulis lirik : Ili Nurbahirah binti Baharudin
Gubahan : Mazuki bin Tambi dan Nazri bin Ishak

Saturday, May 15, 2010

selera sama?


Jangan salah sangka yang ini salah satu rumah pelik dan "amazing" di dunia.Terletak di Cinnincati,Ohio.Dimiliki dan ilham dari seorang pensyarah.









Yang ini biasa dilihat dan mudah dilihat di mana-mana di dunia.Yang pasti penghuninya juga mengilhamkan rumah ini berdasarkan kemampuan .Dan yang pasti pemiliknya bukan golongan pensyarah atau kaya.

"1Malaysia membersihakan sekolah"

Hari ini terasa penat.Gotong-royong di sekolah hari ini.Kehadiran guru adalah wajib hari ini.Tapi malangnya sambutan dari pelajar seperti biasa amat mengecewakan.Cuma yang datang hari ini adalah kalangan mereka yang mahu mendapat markah untuk kokurikulum.Rasanya kalau tak ada markah itu mungkin pihak sekolah terpaksa ambil pendekatan yang lebih keras nampaknya.

Gotong-royong hari ini terasa berbeza kerana kami bukan setakat kutip sampah tapi memotong pohon kayu yang menyemakkan mata,mengangkat ranting-ranting pokok yang telah ditebang,membersihkan longkang-longkang terutama di kawasan padang,membuang segala bahan-bahan lama dan fail-fail yang tidak digunakan dan lain-lain.Oleh kerana sambutan pelajar tidak menggalakkan maka guru terasalah bebannya.Alang-alang dah buat gotong-royong dan peralatan mencukupi baiklah buat betul-betul.Mungkin ini adalah program berkaitan gotong-royong buat tahun ini mungkin tahun depan pula kita akan berpeluh kembali.......untuk membersihkan sekolah lagi......

Tema yang dianjurkan pihak jabatan ialah "1Malaysia membersihkan sekolah" .

Kedengaran ada beberapa sekolah lain telah menunda program ini ke satu tarikh lain kerana ada guru yang mengadukan hal ini ke kesatuan dengan alasan pada esok hari iaitu 16 Mei merupakan hari guru maka adalah tidak wajar guru dibebankan dengan gotong-royong pada cuti Sabtu dan pada Sabtu sebelumnya mereka telah ada program dan KOKU.

Friday, May 14, 2010

Letupan di stadium......3 orang menjadi mangsa.

Aaaaaaaaahhhhhhhhhhh.............

seperti yang dijangka harapan tinggal harapan..............Malaysia dibedil China dengan begitu dahsyat..............di negara 1Malaysia ini.................3-0

apa lagi yang perlu aku katakan...............

SELAMAT TINGGAL PIALA THOMAS! 2010................

Indonesia sedang memerhati Malaysia............

Berdebar ni........mampukah Malaysia ke Final Piala Thomas.Kita telah kecewa dengan pasukan Piala Uber......harapan kita semua keyakinan yang dinyatakan dari kem Malaysia sebelum ini bukan omong-omong kosong.

Pasukan Indonesia di kala ini sabar menanti lawan mereka di final.......

Apa-apa pun ............Go Malaysian Team!

Malaysia tetap di hati..............Malaysia for all.............

7.30 pm
14 Mei 2010

Awas! UFO telah dikesan mendarat di bumi.....


Ini bukan UFO tapi sebuah rumah mirip UFO yang dibina oleh penghuninya.Lihat di bawah rumah itu ada sebuah kereta.Menarik bukan?.Rumah ini terdapat di luar negara tapi tak pasti di mana.........anda cari dengan menaip amazing houses dan anda akan temui foto-foto menarik.Mungkin satu hari nanti ada orang di Malaysia yang berminat membina bentuk-bentuk rumah yang pelik-pelik seperti ini.................Selamat mencuba!

kes hilang lagi...............!!!



KALAU SIAPA2 ADA TERNAMPAK, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN BALAI POLIS TERDEKAT….

TOLONG SEBARKAN..

Pulangkan Adam Haikal


Biodata:

Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun

Kes:

Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.

ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)

berkulit cerah, berambut pendek

parut di dahi dan lenggan kanannya.

baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar

Lokasi terakhir:

Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,

56000 Bandar Tun Razak

Kuala Lumpur

Hubungi:

012-2791044 (bapa)

012-2608660 (ibu)

012-21559241/ 012-9316653

019-2227878 (Halijah Hussin)

atau balai polis berhampiran.





Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010


Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.
Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.
Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.
Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun pada jam7malam anaknya pasti pulang.
“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.
“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.
Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih tidak ketemu.
Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.
Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.
Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .
“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah,” katanya.


Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana kanak-kanak itu pergi.

Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.

Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.

Thursday, May 13, 2010

antara calon-calon nya............

Gambar ini adalah antara yang tersenarai sebagai antara bunga tercantik di dunia..........

Macamana...........??????????









Wednesday, May 12, 2010

yang perlu dikongai bersama............

Mari kongsi bersama..........

Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira `gerak batin' (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi `menang-menang' .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan `pasangan'.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut `I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

yang keras.............

Saya lega apabila anak menunjukkan surat yang diberikan oleh pihak sekolah menyatakan SK Proton akan dibuka pada 1 Jun nanti dan sesi persekolahan akan bermula. Bermakna anak saya akan bersekolah pagi , di mana sebelum ini anak saya bersekolah di sesi petang dan menumpang di sekolah sk tanjong malim.Agak bermasalah kerana kami bekerja di waktu pagi maka tiada siapa untuk menguruskan anak saya itu dalam tempoh sebelum ke sekolah.

SK Proton City sepatutnya telah lama di buka dan dijangka pada Mac lalu tetapi kerana beberapa masalah ianya lewat diserahkan kepada pihak pentadbiran kerana beberapa masalah bangunan yang tidak menepati beberapa ciri keselamatan.Bahkan pihak sekolah telah membuat upacara "memagar" oleh seorang Ustaz beberapa bulan lalu.

Tapi ada beberapa cerita seram yang kedengaran tentang Sekolah tersebut.Jiran saya bekerja sebagai pengawal di situ.Ada beberapa cerita yang berkaitan makhluk halus ini.Kalau dilihat lokasi sekolah tersebut ianya berhampiran dengan perumahan namun di belakangnya sedikit hutan .Sepupu saya yang pernah menetap di Behrang ulu pernah menyatakan bahawa kawasan dari kilang Proton hingga perumahan Proton city memang "keras" termasuklah kolej UPSI di kawasan itu di mana turut terdapat banyak cerita-cerita misteri.

Cuma apa yang diharapkan anak-anak kita yang akan bersekolah itu dapat menjalani pembelajaran tanpa masalah.Kita doakan agar dielakkan dari masalah-masalah yang tidak diingini.InsyaAllah.

Tuesday, May 11, 2010

Kes bayi tercekik di sebuah taska

Di tempat kerja semalam saya dikejutkan dengan berita seorang bayi 9 bulan meninggal di Taska yang sama dengan anak saya pada hari isnin lalu.Kebetulan pada Isnin tersebut saya tidak menghantar anak perempuan saya ke Tadika kerana demam.Agak terkejut juga bayi itu meninggal kerana tercekik.Dari apa yang diceritakan oleh rakan sekerja bayi itu telah dikejarkan ke hospital Tanjong Malim namun tidak dapat diselamatkan.dari pemeriksaan doktor sebenarnya bayi itu mengalami masalah paru-paru dan jantung dan peristiwa yang berlaku itu kebetulan telah menyebabkan trajedi ini.Pihak taska memaklumkan mereka tidak dimaklumkan oleh keluarga mangsa tersebut bahawa anak mereka mempunyai masalah paru-paru dan jantung.Tetapi ibubapa mereka dikatakan tidak mengetahui hal tersebut kerana tidak pernah membawa anak mereka untuk pemeriksaan lanjut sebelum ini.

Kes ini sedikit sebanyak menyebabkan hati saya agak bimbang juga.Mungkin ini juga sedikit sebanyak kerana kecuaian pihak Taska dan pengetahuan staf dari segi bantuan kecemasan.Namun apa yang berlaku telah berlaku,bagi ibubapa yang lain berwaspadalah dan sentiasa peka dengan keadaan anak anda.

GST tu binatang apa..............??????????????

Ada seorang rakan bertanya apa itu GST.............singkatan bagi apa?
Saya menjawab Guru Suka Tido..............hu...hu...saja melawak kat rakan saya........

GST membawa makna besar bagi mereka yang faham apa itu GST....tapi cuba tanya ibubapa kita di kampung......

"Pak tak lama lagi kita kena GST......................................"

"GST binatang ape......................?"

Aduh.........payah kita nak cakap....tapi yang mudahnya ..........."kena Cukai perkhidmatan Pak......"

"OOOooooooooooooooooo................"

Entah faham entahkan tidak.........

Bagi situasi begini mungkin setelah GST dilaksanakan baru mereka faham setelah terkena batang hidung!

Tetapi menarik ,bermacam makna diberi bagi GST ini....kalau tak percaya cuba lah taip pada browser carian Google atau apasaja....anda akan jumpa...............

Berbagai pendapat dikemukakan tentang perlaksanaannya,malah ada kerajaan yang tumbang gara-gara melaksanakan GST ini akibat tidak puas hati rakyat.Bagi mereka yang kurang faham baiklah cuba memahaminya dari sekarang..............perkara yang 'panas' seperti ini mudah untuk anda mencari topiknya di layaran internet ini dan anda banding-bandingkanlah semua pendapat yang dikemukakan...................terpulang pada anda...........untuk menafsirkannya.

Salam.....................

Monday, May 10, 2010

Resepi untuk isteri kepada suami.............

Assalamualaikum warahmatullah,

Bagi isteri bijaksana, resepi ringkas lagi padat ini sesuai untuk dihadiahkan kepada suami tercinta. Semoga berbahagia hendaknya, insya Allah.

1. Dampingi dia mencapai kejayaan dalam hidup

Jadilah lelaki gentleman, sentiasa disampingnya di saat dia memerlukan. Kelemahan isteri adalah bukti kelemahan suami juga. Tugas anda adalan menuntun dan mengganding tangannya agar dapat melalui jalan yang susah dan berbahaya dengan selamat. Bukankah telah jelas dan terang dalam firman-Nya: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakatsserta taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)

2. Buktikan anda bertanggungjawap

Berikan hak isteri dan anak-anak dengan nafkah yang cukup, tidak berlebih datau berkurangan. Sesungguhnya pahala yang besar akan diberikan kepada seorang suami yang ikhlas memberi nafkah kepada keluarganya. Sabda Rasulullah SAW : Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, dan satu dinar yang kamu keluarkan untuk memerdekakan seorang hamba, dan satu dinar yang kamu nafkahkan untuk keluargamu, maka yang paling besar pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Bersikap romantik

Romantik adalah kelembutan, kasih-sayang, rindu, hormat, menghargai, memaafkan, memberi peluang, ikhlas memberi, sedih ketika dia sedih dan gembira ketika dia gembira, menolong, menasihati dan bersungguh-sungguh menghidupkan suasana percintaan yang dia mahukan. Jangan meremehkan hubungan ‘intim’ yang anda lakukan, ianya boleh mengubati tekanan isteri yang sedang gelisah.

4. Hormati keluarga isteri

Yang paling berharga dalam hidupnya sebelum kehadiran anda adalah kedua ibubapanya. Jangan pisahkan kasih mereka disebabkan diri anda. Penghirmatan yang paling tinggi nilainya bukan semestinya dengan wang atau hadiah walaupun tidak dinafikan kedua-duanya amat mengambil peranan penting, elok hiasi peribadi anda denga budi bahasa yang sopan dan beradap.

5. Merancang masa depan bersama, sehidup dan semati

Jangan terpedaya oleh pujukan nafsu yang akan merosakkan kebahagiaan anda dan isteri, lelaki boleh dikalahkan oleh tiga jenis racun iaitu, harta, takhta dan wanita. Tetapi jika iman sentiasa memenuhi hati anda, Allah SWT akan menolong anda melalui tiga ujian itu dengan selamat. Rancanglah masa depan dengan teliti. Banyak agenda yang harus dikejar, dunia dan akhirat sama-samalah ditimbangkan. Berpalinglah dari nafsu syahwat yang merosakkan impian anda dan isteri. Wanita istimewa yang cuba hadir dalam hidup anda adalah petanda awal kehancuran rumahtangga anda! Berhati-hatilah dengan nafsu yang dituruti. Ianya akan membinasakan diri anda.

Sunday, May 9, 2010

Iktibar dari pengalaman...

Hari ni ke Trolak tolong kakak memindahkan barang dari rumah arwah ibu mertuanya. Adik iparnya kini tinggal bersamanya setelah ibu mertuanya meninggal. Adik iparnya dalam lingkungan 30an tetapi mengalami masalah kesihatan.

Menurut ceritanya adik iparnya itu jadi begitu setelah mengalami satu demam panas yang kuat ketika kanak-kanak dan mengalami kejang hingga melumpuhkan sistem badan nya termasuk pada otak.Segala keperluan makan dan pakainya perlu diuruskan oleh kakak saya.

Ceritanya itu mengingatkan saya kepada cerita-cerita lain yang berkaitan baik dari bacaan dan cerita dari sahabat andai.Cerita-cerita yang kita perolehi inilah yang dapat kita jadikan satu panduan kerana ianya merupakan satu pengalaman dari orang lain yang dapat kita gunakan bagi diri kita.

Saya mengingatkan diri saya sendiri agar lebih prihatin apabila anak-anak saya mengalamai demam dan tidak mengambil ringan hal begitu.Tambahan pula ketika H1N1 mula timbul kemballi ketika ini.Apa yang saya terbaca demam yang perlu diambil berat ialah dikalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun.Ini tidak bermakna kanak-kanak lebih dari 4 tahun tidak perlu kita bawa ke klinik jika mengalami demam panas kerana dibimbangi mengalami kekejangan.

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU

Hari Ibu adalah hari memperingati atau suatu perayaan bagi seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anaknya, maupun lingkungan sosialnya. Di Indonesia ia di sambut pada bulan Disember yang merupakan satu cuti umum bagi negara tersebut atau rakyat negara itu menamakannya sebagai perayaan nasional.Peringatan dan perayaan biasanya dilakukan dengan memberikan ruang bagi para ibu dari tugas domestik yang sehari-hari dianggap merupakan kewajibannya, seperti memasak, merawat anak, dan urusan rumah tangga lainnya.

Bagi negara seperti Amerika dan lebih 75 negara lain seperti Australia,Kingapura,Taiwan dan Hong Kong menyambutnya pada Bulan Mei.Jadi apakah perlu kita sambut dan bagaimana kita mahu menyambut hari tersebut? Bagi sesetengah orang mungkin itulah masanya untuk kita menunjukkan rasa sayang kita dengan memberikan hadiah dan sebagainya.Mungkin hari tersebut tidak seperti hari-hari biasa apabila kita bertemu ibu kita.Ketika itu mungkin kita boleh menyediakan hidangan yang istimewa buat ibu kita atau makan di luar di tempat-tempat yang lebih eksklusif dan sebagainya.Tapi tidaklah bermaksud pada hari lainnya kita mengabaikan perkara-perkara tersebut.Mungkin hari-hari istimewa ibu kita seperti menyambut hari kelahirannya pada setiap tahun.

Namun bagaimana pun kita menyambutnya,janganlah kita 'terabai'kan orang tua kita.Masa kita untuk bersama mereka mungkin sudah tidak begitu lama.....kadangkala kesibukan kita merampas waktu-waktu kita untuk membuktikan pada mereka kita amat menyayangi mereka....bagi yang lama tidak balik ke kampung inilah masanya kita bertemu mereka dan mengucapkan selamat Hari Ibu yang merupakan hadiah paling bernilai buat mereka dari seorang anak..............SELAMAT HARI IBU......

Thursday, May 6, 2010

terus merangkak...........ke atas?


hari ni terasa tekak nak makan LALA............memang lama dah tak makan lala ni.....tapi lala ni memang ada musimnya kalau banyak tu semua tempat ada ,tapi kalau bukan musimnya .....susah betul nak dapat.

tapi hari ni memang bernasib baik...jumpa lala ni di pasar.....tapi harga sudah naik punya la banyak........kalau biasa dalam RM7-8 tapi hari ni RM12!sekilo........tapi teringin punya pasal beli jugalah.......

bukan setakat lala jer naik harga..............macam2 yang dah mula merangkak ke atas harganya..............

Monday, May 3, 2010

kecil menjadi besarrrrrr..............punya!

salam.

Saya terjumpa satu artikel dengan tajuk 45 peratus korban jalan raya adalah pencari nafkah..
terdapat berbagai punca kemalangan jalanraya.Daripada apa yang saya perolehi antara punca yang disenaraikan ialah sikap pemandu,fisiologi pemandu,keadaan jalanraya,keadaan kenderaan,sistem jalanraya dan penguatkuasaan undang-undang.

Apa yang berlaku pada saya hari ini ialah kenderaan saya hampir mengalami kemalangan berpunca dari sistem lampu trafik yang tidak berfungsi dengan baik.Kalau tak silap saya sudah beberapa hari keadaannya begitu.Keadaan berlaku apabila lampu hijau untuk membenarkan kenderaan dari lorong saya untuk bergerak tetapi terdapat kerosakan pada lampu di laluan dari sebelah kanan saya ,mujur apabila saya telah melepasi lampu trafik itu dua buah lori yang laju telah memberikan hon dan memberhentikan lori secara mengejut dan jarak lori dan sebuah kereta di sebelah kanan saya begitu hampir jaraknya ,jika lori itu tidak berhenti saya pasti kereta disebelah saya itu dirempuh oleh lori tersebut.Pemandu lori itu seharusnya berhati-hati dan melihat kiri dan kanan simpang didepannya sebelum terus memandu walaupun dia melihat lampu disimpang itu rosak.

Saya agak hairan kerana persimpangan itu tidak jauh dari balai polis berhampiran namun telah beberapa hari dalam keadaan begitu.Bagi pemandu yang prihatin ,pasti mereka berhati-hati namun adakah sehingga berlaku kemalangan barulah mahu diambil tindakan oleh pihak berwajib.Memanglah pengguna jalanraya juga perlu mengambil tindakan untuk memaklumkan masalah tersebut namunbagaimana dengan pihak yang melakukan pemantauan jalanraya ini.

Jadi masalah-masalah kecil beginilah bila dibiarkan akan mendatangkan masalah yang besar.