Thursday, April 29, 2010

Gula atau gula-gula atau digula-gulakan.............

Tadi saya pergi ke sebuah pasaraya.Sedang sibuk mencari-cari barang yang hendak dibeli saya terdengar satu suara agak kuat di satu sudut pasaraya itu.Setelah diamati rupa-rupanya ada seorang berbangsa Cina seperti marah-marah dan ada beberapa orang Melayu juga di situ.Saya tak pasti tapi rasanya orang Cina itu pembekal barang di pasaraya itu atau mungkin pekerja.Apa yang di marahkannya ialah tentang stok gula yang telah habis.Mungkin juga pakcik tu tanya dia pasal gula.Saya pun mendekati kawasan itu dan apabila diamati memang ruangan untuk gula seperti kosong...............
Antara yang dituturkan oleh orang Cina itu ialah tentang "pegawai" yang ditemuinya yang menyatakan bahawa bekalan gula ada cuma sehingga saat itu gula yang dipesan tak tiba-tiba.Apabila dihubungi pegawai itu pula memberi pelbagai alasan.Hal ini saya tak pasti apa dimaksudkan.Saya terdengar dia berkata "cakap tipu saja..............." dia juga ada menyebut tentang kerajaan.Dari apa yang dituturkan dia menyatakan kerajaan cakap tidak serupa bikin.......sering menyatakan tiada masalah tetapi sebenarnya adalah sebaliknya..............dia seperti marah benar nampaknya.Akhirnya dia berlalu dari tempat itu dan saya pun meneruskan tujuan saya di situ.
Apa yang dapat disimpulkan ini adalah antara contoh-contoh luahan orang yang dalam kekecewaan.Mungkin bagi sesetengahnya ia perkara remeh tapi impaknya mungkin besar.Mungkin kita punya pilihan................samaada...........gula,gula-gula atau mahu digula-gulakan...............sama-samalah fikirkan.

Ajal yang tidak disangkakan di Hulu Selangor

Minggu lepas husband sibuk dengan PRK Hulu Selangor.My hubby orang HS...........macam2 kisah dari hubby pasal HS ,kita hanya jadi pendengar.......macam kurang minat politik ni.............
semalam terkejut dengan berita jiran sebelah rumah ibunya di HS meninggal dunia.Hubby sangka kemalangan di jalanraya sebab jirannya itu sihat saja masih muda.............rupa-rupanya jatuh di bilik air dan kecederaan di kepala..............itulah dinamakan ajal.............kita tidak akan tahu bila ia akan hadir..........

Thursday, April 8, 2010

peka tidak pekak

salam pada semua.

Saya telah menghantar anak saya ke klinik hari ini untuk mengambil sampel darahnya setelah semalam kami ke unit kecemasan pada malam hari.Setelah diperiksa kakitangan klinik mencadangkan anak saya diambil sampel darah untuk memastikan tiada tanda-tanda penyakit denggi atau H1N1.Hati keibuan ini menjadikan amat risau bila keadaan anak begitu.Sebelum itu beberapa hari lalu anak saya sakit mata dan telah beberapa hari tidak ke tadika.Rasa marah juga apabila pihak pengurusan Tadika tidak memaklumkan ada kalangan murid di situ sakit mata.Saya faham situasi ibu bapa yang terpaksa juga menghantar anak mereka ini ke Tadika cuma cara pihak Tadika menguruskan hal ini agar sakit mata itu tidak tersebar di kalangan muris lain.

Setelah tiga kali cubaan mengambil darah pada anak saya akhirnya keputusan telah diperolehi dan doktor mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan dan cuma demam biasa.Lega seketika hati saya.

Sebelum itu beberapa hari lalu saya amat terkejut dengan perginya arwah Din Beramboi ke sisi Allah SWT....setelah mengikuti beberapa perkembangan kesihatan arwah sejak dimasukkan ke hospital saya terkejut apabila mendengar berita keesokan harinya bahawa arwah telah meninggal.

Dan beberapa hari ini masyarakat kembali dalam keadaan agak keliru..............dengan beberapa kes denggi dan H1N1 yang kembali mengambil perhatian kita.Kesibukan masyarakat dengan tugas menyebabkan kita kadangkala melalaikan banyak perkara yang mustahak.

Oleh itu PEKA pada persekitaran dan telinga tidak di PEKAKkan....moga kita sentiasa berwaspada.