Saturday, October 24, 2009

Ada sesiapa pernah cipta rekod seperti ini............?

Hari ini satu rekod telah tercipta.................ops! jangan salah tafsiran.Jangan lupa di Malaysia ini memang ada bermacam jenis rekod...........
Apa yang saya maksudkan ini ialah apa kejadian yang berlaku pada hari ini ketika saya sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Melati, Setapak. Mengapa saya katakan rekod tercipta kerana buat pertama kali dalam seumur hidup saya ,saya di datangi oleh lima orang yang terdiri dari salesmen dan pengutip derma dalam satu waktu yang singkat.
Pertama, sebaik saya memasuki restoran dan sedang melihat menu apa yang ingin di jamah hari ini tiba-tiba seorang orang muda menegur saya sambil menunjukkan produk makanan dalam kotak yang dijualnya,tetapi orang muda ini bukan jenis yang rajin memujuk nampaknya....dia berlalu begitu pantas apabila saya menunjukkan isyarat tangan tanda tidak mahu.

Kedua,ketika baru beberapa suapan juadah tiba-tiba saya dihampiri sekali lagi oleh seorang orang muda juga....tetapi kai ini seorang gadis berbangsa Cina.Saya perasan gadis ini tersenyum pada saya dari jauh lagi...mungkin kerana pandangan saya itu membuatnya memberanikan diri menghampiri saya.Pada mulanya saya tidak begitu menangkap apa yang dikatakannya kepada saya kerana kedudukannya agak jauh dari tempat duduk saya ,saya perhatikan juga dia berkata-kata sambil matanya memandang ke arah lain dan tidak memandang saya.Kemudiannya dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.Sebuah fail ,barulah saya faham dia ingin mengutip derma bagi satu pertandingan larian amal.Setiap derma dia akan memberikan satu hadiah kecil sebagai penghargaan.Tapi kerana agak sangsi saya cuma memberikan alasan telah ramai orang yang datang meminta derma.Dia pun berlalu.

Selang beberapa minit kemudian saya tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki cina sambil membawa satu bekas sederhana besar dengan VCD(cetak rompak) di dalamnya."mau beli VCD ka...?" ....tanya lelaki itu sambil menunjukkan bekas yang penuh berisi VCD ditangannya.Saya hanya mengelengkan kepala dan dia pun pergi dengan agak tergesa-gesa.Saya perhatikan ada beberpa orang lelaki yang membawa bekas berisi VCD lalu lalang di hadapan restoran itu.

Keempat,hampir selesai menjamu selera saya didatangi lagi seorang penjual.Kali ini lelaki Melayu yang agak kemas berbaju kemeja.Dia meletakkan satu brosur produknya di atas meja tempat saya makan itu sambil menerangkan tentang produknya yang merupakan satu betuk pen dan jam di dalam satu kotak yang cantik sesuai untuk dijadikan hadiah.Katanya sekarang ini syarikatnya membuat promosi dan harganya dipasaran adalah RM45 tetapi kini harga promosi RM19.90.Hampir-hampir saya tertarik dengan tawaran tersebut tetapi memikirkan tiada keperluan untuk membelinya saya cuma menolak dengan baik.....

Kelima, selesai menjamu selera sedang bersenang lenang menunggu makanan hadam....he! Saya didatangi sekali lagi pemuda yang sama yang mula-mula sekali yang mempromosikan produk makanannya tadi.Pemuda cina ini berwatakan agak lucu dan asyik tersenyum.....mungkin dia lupa yang dia telah mempromosi barangannya tadi dengan saya....sekali lagi dia menunjukkan produk makanannya kepada saya dan saya cuma menjawab.....'sudah beli' ....dia berlalu...sambil mengucapkan terima kasih.

Itulah kejadian yang berlaku pada diri saya hari ini.Bila difikirkan itulah lumrah dunia............manusia mencari berbagai cara bagi menampung hidup di bumi Malaysia ini.Ianya sedikit sebanyak mendatangkan peringatan kepada saya untuk bersyukur dengan kehidupan ini.

pandangan tersirat........dah potong........dan hot........

Kebelakangan ini kita dapat melihat dan mendengar bermacam-macam ragam dunia pengiklanan di tv mahupun radio.Ada diantaranya memenuhi keperluan produk itu sendiri,ada yang 'terover',ada yang tersasar,ada yang kebaratan,yang Islamik.....? mungkin hanya dari segi pakaian sahaja tapi dari segi pengisian mungkin tiada,yang terbaru ada iklan yang dikatakan berunsur 'lucah' atau memang boleh dikategorikan lucah?.... dan yang 'double meaning' bagi pemikiran sesetengah individu....dan 'macam-macam' adaaaaa.................

Bermula dengan iklan satu jenama produk kecantikan di mana digambarkan seolah-olah sang kekasih terpaut pada ibu teman wanitanya gara-gara ibu temannya itu masih 'bertahan' kecantikannya......dengan gerak-geri dan pelakuan pelakon iklan itu mungkin bagi sesetengah orang akan memberi maksud yang tersirat yang teramat dalam.....

Lalu muncul pula iklan satu syarikat penerbangan yang kini diperkatakan yang dicap sebagai mengandungi unsur lucah,kebaratan,tiada sensitiviti terhadap individu tertentu,dan lari dari peradaban Melayu dan sebagainya...mungkin bagi sesetengah orang ianya perkara biasa pengiklanan tetapi apabila ianya melibatkan kanak-kanak agak sensitif juga bagi kebanyakan orang dalam masyarakat yang terlibat.

DAH POTONG.....????? BELUM!.....pertama kali saya mendengar iklan ini di radio kedengaran agak kasar bunyinya dan mengandungi unsur 'double meaning' yang membawa ke arah kelucahan.Mungkin bahasa yang digunakan itu biasa dikeluarkan dan kita dengar hanya dikalangan individu yang rapat dengan kita dan sebagai gurauan.Tapi apa berlaku dan persepsi orang apabila ianya dikomersialkan menjadi satu iklan dan kini kita boleh melihat iklan di televisyen pula dengan para pelakonya di kalangan orang Melayu dan memakai baju kebangsaan orang Melayu.Sememangnya ayat dan perbualan yang diutarakan datangnya dari kalangan masyarakat Melayu itu sendiri.Bagaimana bunyinya apabila diterjemahkan ke Bahasa Inggeris....?eemmmm..........mungkin anda di luar sana boleh memberikan idea!

Tuesday, October 20, 2009

cuit sikit............

Nak masuk hujung-hujung tahun rasa semakin sibuk pula.Minggu ini saja 3 kali berulang ke kl,serdang dan UKM.Semuanya kerana mencari bahan untuk siapkan tugasan proposal.Inilah masalah kalau buat Master tidak sepenuh masa.Penat la sikit.Bukan apa masalahnya mencari bahan itu.Tapi nampaknya masih lagi tak puas hati walaupun penat berulang alik ke sana.
Sepanjang kesibukan ulang alik itu ada saja cerita-cerita dan peristiwa yang menimpa diri.Minta maaf tapi saya ingin menyentuh sikit perbezaan pada Universiti di negara kita ini. Bukan apa.....sikit perubahan itu kadangkala membawa pengertian yang besar.Saya cuma ingin 'cuit' sikit untuk menyedarkan apa yang kita tidak perasan selama ini. Kebetulan saya telah lama tidak masuk UKM ni.Hari tu saya masuk pun sebab dah terpaksa sangat nak ke PTSL mencari material.Bila sampai saya lihat tidak banyak perubahan cuma saya agak lupa jalan-jalan di sekitar UKM ini.Setelah masuk ke kawasan UKM tanpa sebarang banyak prosedur dari 'Pak Guard' saya terus memandu melihat papan tanda arah untuk ke PTSL.Ingat-ingat lupa pulak tempatnya.Apabila telah menemui bangunannya saya mencari parkir kereta.Puas saya melihat-lihat parkir kereta untuk saya letakkan kereta.Bukan apa saya memang biasa sangat 'pantang-larang' kawasan universiti ni silap-silap boleh kena marah dengan pak guard.Saya cuba mencari parkir untuk tetamu,ada parkir kosong ditepi-tepi jalan tapi tidak berani letak kereta takut bukan tempatnya.Tapi selepas puas mencari papan tanda yang berkenaan akhirnya saya ambil keputusan untuk meletakkan kereta di bawah bangunan PTSL setelah melihat ramai orang yang meletak kenderaan di situ tanpa sebarang tanda dan stiker pada kereta,dalam hati saya rasa inilah parkir untuk orang luar.jadi saya ambil keoutusan meletak kenderaan di petak parkir yang saya lihat banyak lagi kosong.Tapi dipendekkan cerita selepas selesai urusan di PTSL saya pun mahu pulang dan tiba di kereta saya lihat ada sekeping kertas dan sah ianya adalah kertas saman dari pak guard UKM.KESALAHAN 7 PARKIR DI BAWAH PTSL. Saya perhatikan ada kenderaan yang tiada stiker tapi tidak pula dapat saman.Saya menjadi ragu dan tertanya-tanya apa sebenarnya kesalahan saya ni! Pengajarannya ialah saya rasa pihak terbabit tidak mesra pelanggan,susah betul nak cari parkir kereta bagi tetamu tidak seperti di UPM yang saya rasa amat mesra dengan pelanggan terdapat parkir pelajar,staf dan tetamu,begitu juga saya TABIK dengan pakguerd mereka yang setakat saya berurusan di UPM memang mesra tapi tegas dan pprofesional.Tahniah.Jadi salah siapa apabila tetamu meletak kenderaan di tempat yang salah!Menghukum kerana kelemahan sendiri.Apa sudah jadi? Harap dapat diperbetulkan keadaan ini.

Thursday, October 15, 2009

NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI ............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA dua harakat, MIN 3 harakat.

semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.

Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

batas dan keperluan

Makanya,beberapa hari lagi akan berakhirlah Syawal.Ramai yang telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri.Antara batasan-batasan merayakan Aidilfitri yang perlu dijaga oleh seseorang muslim.Maka lumrahnya, masyarakat Malaysia mengadakan rumah terbuka. Apakah batas dan ciri-ciri rumah terbuka mengikut syariat?

Memberi makan merupakan suatu ibadah yang tinggi nilainya dalam Islam.

Antara hadis yang menunjukkan kepada galakan memberi jamuan adalah hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi yang bermaksud: "Wahai sekelian manusia, sebarkanlah salam dan berilah makan kepada orang lain, dan jalinkanlah silaturrahim serta bangkitlah bersolat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, maka kamu akan memasuki syurga tuhanmu dalam keadaan selamat".

Namun demikian antara batasan yang perlu dijaga adalah adalah hendaklah mengelakkan pembaziran, mengawal agar tiadanya percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Jemputan yang dibuat pula janganlah menafikan hak-hak si miskin menyebabkan berlakunya layanan secara double standard yang mengutamakan sikaya semata-mata.

Nabi SAW bersabda maksudnya: Seburuk-buruk makanan yang dijamu adalah makanan yang dijemput orang-orang kaya kepadanya dan ditinggalkan orang-orang miskin. Sesiapa yang melakukan demikian, maka dia telah menderhakai Allah dan rasul-Nya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selepas sebulan menjalani tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa), apakah sepatutnya akhlak dan tingkah laku umat Islam dalam kehidupan seharian?

Allah menggambarkan bandingan akhlak ini seumpama buah bagi sebatang pokok. Firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat ke 25, maksudnya: Pokok itu mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Menurut Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-Quran, Allah menggambarkan akhlak yang murni hanya akan berlaku dengan sebab akidah yang teguh seperti akar bagi pokok tersebut.

Akhlak muslim tidak akan dapat dicorak tanpa akidah yang teguh kepada Allah. Justeru ahli sunnah meletakkan empat perkara yang boleh dilakukan untuk meneguhkan pokok iman itu sekali gus membentuk akhlak yang baik.

Iaitulah dengan menuntut ilmu secara istiqamah, beramal dengan ilmu yang diperolehi, mengamalkan zikrullah secara istiqamah dan banyak melakukan muhasabah dan berfikir tentang nikmat Allah SWT.

Ada juga yang berpendapat takbir hari raya di Malaysia ini lemah, tak bersemangat sebab mendayu-dayu tidak seperti di negara Arab. Soalnya, apakah falsafah di sebalik takbir itu?

Takbir disyariatkan bagi memuji dan membesarkan Allah SWT di atas berbagai nikmat kurniaan-Nya.

Takbir yang disyariatkan selepas mengakhiri Ramadhan bertujuan memuji-Nya atas kesihatan dan kemampuan menjalankan ibadah puasa.

Demikian pula pada Aidiladha, takbir disyariatkan apabila muslim berjaya melaksanakan ibadah haji dari Arafah, Muzdalifah dan bermalam di Mina.

Takbir ini dilakukan sebagai manifestasi rasa syukur kerana mendapat nikmat kesihatan dan kesempatan menyempurnakan kewajipan.

Cuma bagi masyarakat nusantara kaedah melaungkan takbir banyak dipengaruhi oleh amalan budaya Melayu yang bersifat lemah lembut menyebabkan takbir dilakukan dengan lemah mendayu.

Menurut pengarang kitab Majmuk al-fatawa, semua ulama empat mazhab lebih cenderung mengatakan bahawa takbir raya hendaklah dilaungkan dengan nyaring dan lantang tanpa perlu dilagukan.

Monday, October 12, 2009

Guru VS Pensyarah

Mari sama-sama kita renungkan dua situasi dalam catatan melalui link berikut.

Catatan 1

Catatan 2

Maaf jika bermasalah ke link tersebut.Secara ringkasnya ia mengenai rungutan tentang gaji guru yang lebih tinggi berbanding Pensyarah di IPT.Manakala dalam satu lagi situasi di mana guru yang hampa kerana tidak diluluskan permohonan untuk melepaskan jawatan guru bagi menjadi Pensyarah. Sama-samalah kita fikirkan......

Thursday, October 8, 2009

KELUHAN YANG BERBISA..............................

Sekadar memanjangkan keluhan kepada yang mungkin tak menyedari.....perkara-perkara pelik dan menghairankan dalam satu sistem......menimbulkan ketidakpuasan hati dan akhirnya siapa yang bergelar 'mangsa'

sila klik link 'KELUHAN'

Tabiat dan kehidupan

Salam kepada semua.Pagi-pagi tadi tiada kesempatan duduk di depan lap top.Ada suratkhabar atas meja jadi selak-selak la suratkhabar sekejap.Sebenarnya kebelakangan ini jarang membeli dan menatap akhbar.Lebih banyak membaca di depan laptop.Sesekali membaca akhbar teringat kepada satu tabiat arwah abang sulung saya seorang guru.Sewaktu saya masih disekolah rendah dan baru nak mengenal dunia sebenar saya sering bersama abang long saya itu.Hubungan kami sebagai adik beradik memang rapat mungkin jarak umur saya dengan nya.Abang long saya memang suka membeli dan membaca akhbar tapi selepas waktu kerja dan balik ke rumah dia akan membawa akhbar yang dibeli bersamanya.Satu perkara yang saya perasan ialah dia suka membaca akhbar bermula dari mukasurat paling belakang. Tetapi waktu itu saya tidak pernah bertanya kerana menganggap tiada yang salah atau pelik tentang hal tersebut.Tapi akhirnya tabiatnya itu tanpa saya sedari telah diikuti oleh saya.Satu kesukaan yang kami kongsi bersama ialah kami gemar kepada sukan dan kerana itulah tabiat membaca akhbar dari muka belakang di kongsi juga bersama oleh kami.
Tapi melihatkan perubahan pada hari ini di mana saya juga jarang menatap akhbar tetapi sekali-sekala tabiat itu nampaknya seperti telah berubah.Mungkin kerana kedewasaan dan juga kepekaan kepada hal-hal yang berkaitan.Namun berita-berita berkaitan sukan masih lagi menarik perhatian saya. Apa yang pasti tabiat yang boleh dianggap sementara itu telah berubah mengikut usia.Tabiat itu juga berlaku kerana adanya ikutan dari seseorang yang rapat dalam hidup kita yang diperolehi ketika usia kita masih begitu muda dalam mengenal kehidupan dan apa yang salah apa yang benar untuk diri kita.Apakah perubahan dan tabiat itu berjangkit pula dengan cara kita berhadapan dengan pelbagai teknologi kini. Apakah tabiat anda ketika membuka internet? Apakah tabiat anda ketika menggunakan telefon bimbit? mungkin kita tidak mengambil kisah hal-hal tersebut tapi pasti satu ketika kita akan menyedanri terdapatnya satu tabiat pada diri kita.
Salam.

post by HH


Tuesday, October 6, 2009

SIAPA PUNYA KERJA NI.........?

Hari nie hati jadi panas lagi......lagi-lagi perkhidmatan yang mengecewakan.Beberapa post telah menyentuh tentang satu bank ini...hari ini saya kecewa lagi.Sudahlah kereta hampir-hampir disaman peronda MDTM...ini satu lagi cerita hamba Allah yang naik motor ni satu hal..bukan la berlagak atau sombong sebab kita naik kereta tapi fikir-fikirlah parkir kereta sudahlah terhad pada waktu puncak mat-mat motor ni sedap hati je parkir motor tersusun je kat lot parkir kereta...tapi penguatkuasa MDTM tak pulak buat apa-apa.Tapi bila silap parkir kereta kami kena saman pulak! Ini lah manusia...mencari kesenangan dengan menyusahkan orang lain.Mereka tak fikir ke doa-doa orang yang teraniaya ni terhadap mereka.....Ish....malas nak cakap banyak. Nak kata tak berotak nanti tahu pulak naik angin!
Berbalik kepada masalah sebenar tadi,ini pasal mesin ATM bank yang satu nie...wahai staf-staf ke pegawai-pegawai bank yang berkenaan...tak akan la masalah macam ni pun ....tak boleh selesaikan demi pengguna bank anda!yang beri peluang bank anda dapat untung setiap tahun......Mesin ATM cuma dua tapi setahu saya penggunanya kalau diikutkan tak cukup nak tampung jumlah ATM nya di kawasan ini.Bila saya masuk saya tengok ada dua barisan.Jadi nampak macam mesin ATM ni tak ada masalah.So,saya berbaris di satu barisan.Kemudian selepas tiga orang saya perasan mereka masuk semula barisan yang satu lagi di sebelah.Oleh kerana barisan satu lagi lebih ramai maka kami di barisan satu lagi tidak perasan sangat.Sampai giliran saya ,saya masukkan kad dan tekan nombor pin hingga menu wang segera dan tekan jumlah yang diperlukan .Tapi malang keluar ERROR yang mengatakan permintaan tidak dapat ditunaikan kerana mesin mengalami masalah.Aduh! apa nak dikata.Saya pun masuk barisan sebelah yang satu lagi dan tunggu giliran.Ketika menunggu saya lihat masih ada orang yang berbaris di barisan mesin ATM yang rosak itu.Saya tak mahu memaklumkan kepada orang lain kerana bimbang nanti tak tahu masalah sebenar,bimbang memang masalah kad saya atau lai-lain perkara,jadi saya ambil keputusan mendiamkan diri,apa guna staf bank yang dok berdiri di satu kaunter tu! Akhirnya datang seorang pengawal bank jadi 'tukang' memaklumkan kepada pelanggan tentang masalah mesin tersebut.Aduh! dey ini staf bank punya kerja ka JAGA punya kerja...?dahlah bahasa dan nada yang digunakan tak sedap telinga mendengar.Saya mendapat tahu pegawai-pegawai bank di sini pun hebat-hebat tapi bukan hebat apa....tapi hebat dengan bisnes MLM hingga dapat pangkat tertinggi dan income lumayan dan ada yang jadi agen takaful .Itu dari maklumat dari orang yang aku kenal.So,pegawai yang paling atas tolonglah ye.....tengok anak buah.Tak bolehkah ditulis pada mesin itu untuk memaklumkan kepada pelanggan bank.Kalau tak guna komputer pun rasanya kalau tulis dengan tangan pun pelanggan tak lah marah sangat. So,apa lagi yang perlu dikatakan.......

Thursday, October 1, 2009

TUBUH DAN ROH

Apabila seseorang meninggal dunia, maka terpisahlah antara tubuh dengan rohnya.Tetapi walaupun sudah terpisah , hubungan antara roh dengan tubuh masih tetap wujud. Ada lima perkara yg bersangkutan dengan hubungan roh dengan badannya, iaitu:

1. Hukum yg berlaku bagi roh dlm hubungannya dengan badan pada waktu berada di dalam perut ibunya sebagai janin.

2. Hukum yg berlaku baginya setelah keluar dari perut ibunya menuju alam dunia.

3. Hukum yg berlaku baginya ketika sedang tidur, dgn tubuhnya yg kadang2 berpisah dan kadang2 bersambung.

4. Hukum yg berlaku baginya di alam berzakh, kerana secara keseluruhan, ia tidak terlepas dari badan tetapi berpisah dan sewaktu-waktunya dapat dikembalikan segera. Namun kembalinya itu tidak bererti menghidupkan badan lagi sebelum berbangkit nanti. Kembalinya roh ke dalam tubuh di alam berzakh adalah secara khas.

5. Hukum yg berlaku baginya pada hari berbangkit, yg merupakan kembali secara lebih sempurna lagi, sebab tidak terpengaruh tidur, mati dan rosak.

bila amaran terakhir menyapa.......

Kita sekali lagi dikejutkan dengan berita gempa bumi dalam tempoh seminggu ini di dua tempat yang mempunyai dua budaya yang berbeza. Gempa bumi dan Tsunami di Samoa dan baru-baru ini di Sumatera yang mana gegaran dapat di rasai di beberapa tempat di negara kita sendiri.Saya mengikuti satu siaran radio di mana beberapa orang pemanggil yang menceritakan pengalaman mereka merasai gegaran tersebut serta di dalam satu berita di tv.
Dan,saya mengikuti beberapa komen dari blog tentang kejadian tersebut.Ada yang menyatakan kejadian tersebut merupakan satu amaran dari Allah dan tidak kurang yang menyatakan ianya merupakan tanda-tanda Kiamat.Saya bersetuju dengan kenyataan mereka itu.Cuma adakah hanya kerana gempa bumi sahaja maka kita menganggapnya amaran dari Allah.Apakah sebelum ini tiada amaran seumpamanya...........dan mengapa amaran itu datang dan muncul di dua tempat tersebut ?
Amaran dari Allah bukan sahaja dengan gempa bumi seperti yang berlaku baru-baru ini .....kalau kita lihat sekeliling kita banyak perkara-perkara mungkar telah berleluasa.....dan apakah tanda-tanda amaran tersebut....?Cuma kita perasan kepada peristiwa yang besar ini tetapi kita tidak mengambil iktibar dari kejadian-kejadian kecil.........
Cukup setakat di Malaysia saja.......bukalah laman web sosial yang kini semakin popular di kalangan generasi kini.......kita tidak akan ketinggalan menemui gadis-gadis Melayu malah remaja lelaki yang sanggup meletakan foto-foto yang tak sanggup kita lihat......yang dapat dilihat oleh seluruh dunia....apakah jenis amaran ini........
Trend-trend baru yang merosakkan akhlak remaja Islam sedang berleluasa.......dan kita lihat ibu bapa seperti sudah tidak mampu membendung perkara ini.Apakah jenis amaran ini........
Cukup satu contoh di atas untuk renungan dan peringatan kita bersama....perlu kita melihat kejadian-kejadian kecil ini dan kembali kepada Islam yang unggul.Sebelum AMARAN terakhir menyapa kita.........