Wednesday, September 30, 2009

dunia yang gelap

Dari Abu Bakar Assidiq RA

PERTAMA

Kegelapan dunia dan cahayanya adalah Taqwa Dunia ini gelap, disana lautan kemaksiatan yang bergumal dalam kegelapan nafsu syahwat menjadikan dunia ini semakin pekat. Kegelapan itu akan menjadikan sekian manusia lupa dan jauh dari nilai-nilai Islam.

KE-DUA

Kegelapan dosa dan cahayanya adalah taubat Dosa itu adalah kegelapan yang mampu menghalangi kita untuk meraih kenikmatan bermunajat kepada Allah

KE-TIGA

Kegelapan kuburan cahayanya adalah La Illa Ha Illallah Muhammadarrosulullah Kuburan adalah tempat terakhir dari jasad kita setelah kematian menghampiri kita, gelar lmarhum/mah telah melekat dalam diri kita. Tempat itu adalah rumah yang tidak berpintu dan berjendela. Gelap, pengap, kotor, sempit, bau, dan penuh dengan cacing dan binatang dalam tanah.

KE-EMPAT

Kegelapan Akhirat cahayanya adalah amal sholeh akherat itu gelap apabila kita hadir kedalamnya tanpa bekal yang memadai.

KE-LIMA

Kegelapan sirath cahayanya adalah iman
Sirath adalah jembatan yang menghubungkan masyar dengan syurga, di bawah sirath terbentang neraka yang menyala. Tidak semua manusia mampu melewatinya, hanya manusia dengan bekal yang cukup yang mampu melewatinya dengan selamat.

Ini tidak adil.....!

Buli bermaksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,menghina,mengejek,menumbuk,memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.Kalau dilihat maksud buli ini agak luas dan jika kita fikirkan kalau begitu bermakna di dunia kita ini tidak dapat lari dari buli membuli.

Saya terkenang ketika berada di sekolah rendah sekitar tahun awal 80-an dahulu.Saya tak pasti pula saya berada didarjah berapa pada ketika itu yang saya masih ingat bagaimana seorang kawan sekelas saya telah bertindak menukar hasil kerja subjek lukisan saya dengan menulis namanya pada kertas lukisan saya kerana kerjanya tidak siap.Kebetulan ketika itu saya terlupa menulis nama saya pada kertas lukisan saya. Pada ketika itu tergerak hati saya untuk memberitahu kepada guru saya kerana tindakannya itu tidak disedari guru dan saya.Cuma saya perasan apabila guru sedang menyusun kerta lukisan itu di atas meja. Entah kuasa apa yang menyebabkan saya terus melupakan hasrat saya itu dan membiarkan saja kejadian itu.Mungkin pengalaman itu menyebabkan saya tidak dapat melupakan riak muka rakan sekelas saya itu yang tidak rasa bersalah langsung dan paling menyakitkan hati apabila guru memuji lukisan saya yang tertulis nama rakan saya itu di dalam kelas!

Sunday, September 27, 2009

wasiat

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia
ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan
mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu
adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan
kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan
agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

~siiru 'ala barakatillah~

CEMAS SEKETIKA

Salam.............semalam dan hari ini pasti ramai yang pulang ke rumah setelah menghabiskan cuti hari raya di kampung tercinta...............saya juga baru tiba di rumah pada petang tadi.........ada masa rumah terpaksa dikemaskan sedikit setelah ditinggalkan beberapa hari................tiba-tiba sebelah malamnya anak-anak merunggut lapar......terasa malas pula untuk keluar ke kedai mencari makanan.......jadi terfikir untuk memasak makanan untuk anak-anak........melihat-lihat di dapur apa bahan yang ada.Alamak! terlupa baru balik dari cuti....dapur pun cuti.So,kena kreatif la masak dengan bahan yang ada sahaja....so,saya ambil keputusan masak me hoon malam ini.Kebetulan anak juga penggemar me hoon.Tapi bahan nya takda....telur pun dah habis.....kena masak dengan resepi baru ni....kebetulan ada sayur terung saja yang dibawa dari kampung di tanam oleh ibu saya dan juga ada kacang peas.Dan bahan lain yang ada ialah ikan bilis saja. So, malam ni resepi baru BIHUN TEPIS.Jeng! jeng!

siapa yang sudi bolehlah tiru bahan untuk resepi ni....resepi KECEMASAN!

Bihun satu bungkus
bahan sayur: terung separuh,kacang peas,
ikan bilis,bawang besar dan cili merah(nak pedas tambah cili kering) dimesin,
sos tomato,kicap manis,kicap mee,kiub ikan bilis,sos ikan,

cara:
goreng terung dahulu kemudian angkat ketepikan dahulu,
tumis bawang putih dan bawang kecil,
kemudian masuk bahan mesin biar seketika,
masukan kacang peas,ikan bilis,kiub ikan bilis,semua sos,
biar seketika
kemudia tambah air dan bila mendidih masukkan kicap manis dan kicap mee,
masukkan bihun,kacau dan gaul rata,
biarkan kering sedikit dan angkat.
WAH! selera pula anak-anak saya memakannya....
Alhamdullillah....................

Friday, September 25, 2009

Ikatan adalah kekuatan

Harap tidak terlewat untuk saya sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.Teramat sibuk menyambut hari raya. Walaupun budget untuk tahun nie kurang tapi peluang berjumpa kaum keluarga dan sanak saudara menutup segala masalah berkaitan budget ini.Apa yang rezeki terhidang itulah keberkatan Aidilfitri menyambut kemenangan ketika di bulan Ramadhan. Terasa sedih meninggalkan bulan Ramadhan.Bertemu sanak sedara jauh dan dekat amat terasa menyeronokan .Kerinduan terubat seketika. Jika bukan alasan menyambut Syawal ini pasti hati ini begitu berat untuk bertandang ke rumah saudara yang jauh. Apabila lama tidak bersua berbagai cerita yang dibualkan. Tapi topik yang agak mengujakan apabila timbul kisah-kisah seram dari sepupu saya ini. Bertandang pula ke rumahnya pada waktu malam Aidilfitri. Tapi cerita-cerita ini sebenarnya memberikan peringatan buat semua agar berhati-hati dan tidak takbur dengan persekitaran bumi Allah ini. Berdiri bulu roma dan terkedu seketika dan kadangkala teruja juga dengan cerita-cerita yang agak menakutkan ini.Dan cerita-cerita ini menambahkan pengetahuan kita sebenarnya. Ada juga cerita-cerita ini pernah saya terbaca di dalam bahan-bahan bacaan yang berkaitan.Apabila mendengarnya dari mulut empunya diri semakin yakin pula dengan cerita tersebut. Kisah kereta yang berhenti secara tiba-tiba di kawasan sunyi,suara bayi menangis di waktu malam,kisah makhluk2 yang menumpang dan sebagainya. Apa yang perlu kita sedari sememangnya makhluk ini adalah juga ciptaan Allah cuma mereka dalam dunia mereka yang tersendiri dan kita tidak boleh menolak terus akan kewujudan ini.
Berkaitan sambutan hari raya ini rata-rata rumah yang dikunjungi dari segi persiapan memang menampakkan kesederhanaan. Namun kemeriahan itu masih terasa dalam keadaan yang agak kekurangan. Hari Raya ini amat puas berkunjung ke rumah saudara di Penang dan Kedah serta Pahang. Habis cuti ini dipenuhi dengan kunjungan ke rumah mereka.Mungkin tahun ini rumah terbuka tidak akan dibuat. Kepada kenalan, student saya sudi-sudilah datang. Tahun tidak perlu menjemput dan dijemput. Namun ikatan tetap tersimpul................

Thursday, September 17, 2009

kalau beginilah....baik tak payah sokong....

Tertarik dengan beberapa komentar dan cerita tentang kereta Proton beberapa hari ini.Kebetulan saya juga adalah pengguna kenderaan Nasional yang dibanggakan ini.Memanglah tidak sedap di dengar apabila Rakyat Malaysia sendiri yang memberikan komen yang nampak seperti tidak menyokong industri kenderaan Nasional ini.Tetapi kita perlu melihat komen ini dari konteks bertujuan meningkatkan mutu kenderaan Nasional di samping memberi saingan sengit kepada kereta import.Tetapi adakah saingan itu hanya cukup dari segi harga sahaja sedangkan tahap mutu kenderaan itu sendiri tidak dikawal.Dimanakah silapnya.Kebetulan ada di antara ahli keluarga saya yang pernah bekerja di kilang Proton.Dia sering mengeluh dengan tahap gaji yang diterimanya dan akhirnya berhenti untuk bekerja dalam industri lain yang pendapatannya lebih memuaskan.Itu tidak berani untuk saya beri pendapat.Mungkin padanya gaji dan kerja-kerja yang dilakukannya di situ tidak setimpal pada dirinya.Mungkin pada orang lain tidak.Berbalik kepada mutu kenderaan Proton,saya memiliki kereta Gen2 yang dibeli hampir lima tahun dulu. Dari segi harga memang itulah tahap kemampuan saya jika nak dibandingkan dengan kereta import yang CC enjin yang sama.Dari segi rekabentuk nya boleh tahan juga,sedap mata memandang sudah cukup.Pada awal pembeliannya ketika menerima Gen2 itu saja saya sudah tidak berpuashati, kerana terdapat satu bahagian dalam kereta saya itu nampak tidak dipasang dengan kemas menyebabkan sedikit terbuka dibahagian tepinya seolah-olah tidak diskru dengan baik manakala apabila saya masuk ke dalam kereta buat kali pertama untuk memeriksanya terdapat bunyi "kriok' pada bahagian belakang seolah bunyi spring karat.Apabila dimaklumkan penjual memberi pelbagai alasan yang akhirnya malas untuk saya ambil tindakan selanjutnya.Sehingga hari ini 'kecacatan' pada kereta saya itu masih ada,oleh kerana tiap hari menggunanya ia telah menjadi perkara biasa.Dalam tempoh hampir lima tahun saya menggunakan Gen2 saya itu antara masalahnya ialah kunci alarmnya.Sebenarnya masalah kunci Gen2 saya itu telah muncul pada tahun kedua saya menggunakannya, apabila kunci itu membuat hal tidak berfungsi, apabila ditukar bateri masalah sama berulang dan banyak kejadian berkaitan kunci Gen2 saya ini menyebabkan masalah timbul yang menyusahkan.Akhirnya baru-baru ini saya akibat pintu tidak mahu dikunci secara manual(cucuk pusing) saya akhirnya terpaksa menukar dengan Sistem Alarm yang baru di kedai aksesori kereta .....habis RM450.....Pintu nya juga sudah mengalami kerosakan sebanyak tiga kali kerana pembukanya patah.Sekali tukar RM60 yang Asli saya tempah dari pusat servis Proton.Tapi pembuka pintu ptah dalam masa beberapa bulan sahaja membuat saya amat geram......dengan kualitinya.Manakala rim tayar Gen2 saya telah dua kali mengalami kemek/bengkok dan terpaksa dibaiki.Sistem lampu pada kunci stering pula hanya beberapa bulan sahaja selepas dibeli telah tidak berfungsi apabila dihantar ke pusat servis .....telinga merah dengar pelbagai alasan lagi.Manakala bateri kereta pula belum habis waranti telah 'kong' dan masalah ini juga dialami oleh rakan saya yang baru tidak sampai setahun membeli Gen2 itu,bateri dah buat hal.Sebagai pengguna kadangkala saya berasa bosan untuk menyatakan masalah kerana ada saja alasan-alasan menyakitkan hati.......kerana itulah kadangkala saya terfikir....kalau beginilah baik tak payah sokong beli kereta tempatan...............

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Hanya beberapa hari lagi akan menjelma Syawal.Saya dapati ramai bloggers yang telah mengucapkan salam Aidilfitri kepada fan dan sebagainya. Oleh itu saya juga tidak mahu melepaskan peluang ini walaupun di rasakan terlalu awal..anggaplah ini umpama saya menghantar kad raya kepada semua....sebagai penganti diri ....saya ingin mengucapkan salam kemenangan kepada umat Islam yang telah berjaya menempuh Ramadhan ini dan selamat menyambut Aidilfitri selamat hari raya maaf dipinta kepada semua para pembaca,followers,sahabat handai,saudara mara dan kaum keluarga.Moga selepas ini segala yang terdidik di bulan Ramadhan akan diamal dan dibawa ke hari-hari berikutnya...InsyaAllah....

Tuesday, September 15, 2009

Tak kira! aku undi kotak merah tuh!

Saya telah pergi sebuah bank untuk membuat satu urusan di kaunter bank tersebut.Memang boleh dikatakan saya kerap berurusan di kaunter bank ini. Seperti biasa selepas masuk ke dalam bank dan mengambil nombor saya akan beralih untuk ke tempat duduk menunggu giliran.Tapi tiba-tiba saya ditegur dengan ramah seorang gadis yang berdiri berdekatan mesin nombor itu dan menghulurkan satu benda seperti syiling.Saya bertanya apa tujuan syiling itu,dengan penuh sopan dan senyuman gadis itu yang aku percaya salah seorang kakitangan bank itu mengatakan "syiling' itu nanti saya perlu masukkan ke dalam kotak berwarna hijau yang terdapat di kaunter.Saya cuma berkata baiklah....dan mengambil tempat duduk menunggu giliran.Apabila nombor giliran saya tiba saya terus ke kaunter dan seorang kakitangan wanita mengukirkan senyum kepada saya dan saya membalas senyumannya.Pekerja wanita itu saya memang cam wajahnya kerana kerap juga apabila saya berurusan di kaunter saya terkena pada kakitangan yang seorang ini.Di kaunter itu saya perasan terdapat dua kotak satu berwarna hijau dan satu berwarna merah.Saya teringat kata-kata gadis yang memberi 'syiling' tadi supaya masukkan ke kotak hijau.Saya mula tertanya....mengapa diberitahu begitu kepada saya sebagai pelanggan.Sepatutnya dia menerangkan dengan lebih telus dan jelas.Berbalik kepada kakitangan di kaunter tadi, sebelum ini saya pernah berurusan dengannya, dan sebelum ini saya sebenarnya tidak berpuashati dengannya kerana 'kualiti' layanannya kepada saya sebelum ini yang seperti 'nak tak nak saja' kerja.Kerana itu saya agak terkejut pada waktu itu dia senyum pada saya dari jauh lagi pulak tuh! Dan saya dapat membaca dari senyumnya itu.......selepas urusan saya selesai...............dengan selamba saya ucapkan terima kasih.......dan 'syiling' tadi saya masukkan ke kotak merah didepan matanya......dengan serta merta mukanya berubah............

Thursday, September 10, 2009

Aduh........dan terima kasih.

Beberapa tahun dahulu saya amat teruja apabila berurusan dengan Bank Islam dan membuka akaun di situ.Sememangnya dari mula saya membuka akaun dengan Bank Islam dari dulu hingga kini beberapa perubahan dapat di lihat pada bank ini. Cuma kebelakangan ini beberapa cerita tentang perkhidmatan bank ini yang saya baca agak mengusarkan saya.Seperti tidak percaya pula Bank yang hujungnya Islam ini menerima banyak aduan yang kurang menyenangkan hinggalah saya sendiri mengalaminya.Mungkin tulisan saya ini boleh membuka mata pihak bank. Beberapa minggu lalu saya terkejut apabila berurusan di mesin pencetak penyata BIMB ini, sebelum ini tiada sebarang caj dikenakan bagi urusan menyetak penyata di mesin pencetak tapi yang terbaru pihak bank mengenakan RM1 bagi setiap cetakan menyebabkan saya melupakan hasrat.Kemudian saya beralih kepada mesin ATM bank ini dengan harapan untuk mendapatkan penyata ringkas dari mesin ATM, sekali lagi saya terkejut perkhidmatan ini menghalang saya meneruskan tujuan saya itu seolah-olah mahu saya menggunakan perkhidmatan di mesin penyetak penyata pula.Jika benar hal ini saya mahu pengurusan bank membuat penjelasan kepada pelanggan tentang hal ini.Dari segi layanan di kaunter pula nampak seperti tiada perubahan positif yang ketara.
Cuma satu pujian dan terima kasih saya kepada pihak BIMB ketika saya meminta surat pengesahan akaun saya untuk satu urusan yang penting.Tiada banyak masalah dan permintaan saya ditunaikan dalam masa yang singkat.Mungkin jika beberapa kelemahan ini dibaiki Bank Islam mampu menjadi satu contoh yang amat baik kepada seluruh masyarakat tidak mengira kaum.

Bantuan khas Hari Raya dari rakan

Satu hari yang amat merudum jiwa dan raga di bulan yang mulia ini. Minda dimasuki pelbagai perkara yang mengheret fikiran untuk memikirka permasalahan demi permasalah menjelang Aidilfitri ini.Mungkin bukan aku seorang dikalangan hamba Allah yang mengeluh panjang di saat ini....tetapi apabila kira mengundang empati pasti kesyukuran akan memujuk perasaan apabila mengenangkan ada manusia yang lebih menderita dari diri kita. Ramai dikalangan rakan setugas mengeluh ada kala kecewa apabila mengenangkan diri yang menyambung pelajaran dan sehingga kini terpaksa berhutang demi ilmu.Tapi keluhan di satu pihak lain pula lain kisahnya. Bukan kerana hampa mengambil keputusan menyambung pelajaran tapi mengeluh kerana tak sambung pelajaran tapi dapat bantuan khas Hari Raya walaupun kalau dilihat ada antara mereka menerima gaji yang lebih dari kami yang berijazah ini (kembali kepada isu lama). Mungkin pandangan dari rakan di satu kumpulan ini melihat tindakan mereka bagai tidak bersyukur jika nak dibandingkan mereka yang terpaksa cari 'bantuan khas' dari sumber lain (berhutang lagi........laaaaa.....).Ada antara rakan yang bergurau meminta untuk meminjam wang RM250 dari rakan-rakan yang bernasib baik ini. Dan saya tertarik mendengar iklan di radio yang mengalakkan orang membeli barangan mereka dengan kad kredit.Walau apa pun kepada sahabat handai.....kalau nak cari bantuan dari sumber lain tu pastikan berhati-hati agar tidak terjebak dengan hutang lagi......

Tuesday, September 8, 2009

Bundle Raya

Tahun ni terasa untuk berhari raya seperti tak semangat pula.Mungkin kerana banyak perkara yang berlaku dalam tempoh terdekat ini.Nak buat kuih pun susah,bukan apa saya terpaksa buat taktik di sebuah kedai runcit nie....setelah pergi ke beberapa kedai tiada bekalan gula saya akhirnya dapat juga di sebuah kedai runcit.Tapi kelakarnya penjual ada hadkan pembelian gula kepada pelanggan.Satu kilo sahaja seorang.Maka saya pun kata tak apa ....bagilah satu kilo guladan bayar.Kemudian saya menceritakan kepada suami saya yang menanti di kereta hal ini.Mendengar cerita saya suami saya keluar dari kereta dan masuk pula ke kedai runcit itu dan membeli satu kilo lagi.Dapat 2 kilo! yeay.......tapi masih tak cukup nak buat kuih raya ni.....
Memandangkan saya menyambung pelajaran saya tahun ini banyak belanja di gunakan kepada pelajaran saya.Macamana nak sambut raya tahun ni?semeriah yang lepas.Apabila memikirkan tiba-tiba melintas di depan kedai menjual baju bundle.....fikiran terfikir.....mungkin ini jawapannya.....

Pilih pada nama Pilih pada rupa

Tiga hari lepas saya telah menghadiri kelas di UPM manakala pada keesokan harinya juga saya terpaksa menghadiri kelas hingga jam 12.Memandangkan perjalanan yang jauh dan waktu kelas yang berturutan itu saya mengambil keputusan untuk menetap saja di serdang satu malam.Apa nak buat.Inilah pengorbanan.betul kata kata orang tua ilmu itu amat mahal harganya.Sukar bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam hidup ini.
Pada waktu petang selepas kelas pada hari Sabtu saya telah ke Pasar Ramadhan di Sri Serdang .Inilah kesempatan yang ditunggu-tunggu selepas lama meninggalkan zaman belajar di sini dahulu.Seperti biasa kalau dah memijak kaki di sini berbagai perkara bermain di otak mengikut selera di tekak! maklumlah puasa ni kadangkala tidak dapat mengawal keinginan terhadap makanan yang tinggi.Tapi apa yang hendak di cari pastilah sesuatu yang sukar diperilehi pada waktu2 biasa.Makanan yang tidak dapat di bulan-bulan lain.Pelik juga makanan pun ada musimnya.Bila 'musim' Ramadhan ni tumbuh lah bermacam jenis menu dengan nama2 yang mengancam dan berbagai.Nama makanan juga mesti berbeza, nak memikat selera la katakan.
'OPS' Makan pun bermula.Memang ramai orang di sini dengan gerainya juga boleh dikatakan banyak untuk kita membuat pilihan dan perbandingan.Kadangkala nama sesuatu makanan tidak melambangkan keenakan makanan itu sebenarnya atau tidak menepati citarasa. Rasa pula kadangkala tidak sesuai dengan saiz dan harga. Apapun pada petang itu saya dapat apa yang saya inginkan dan berbaloi meredah orangramai di pasar ramadhan sri serdang dalam cuaca yang panas.
Keesokannya pula dalam perjalanan pulang saya berkesempatan pula singgah di pasar ramadhan stadium Shah Alam.Wah! ini kali pertama saya kedua saya ke sini.Kali pertama hampir 9 tahun lalu kalau tidak silap saya.Dari segi 'persembahan' menu makanan di sini agak hebat jika di bandingkan di Sri Serdang tempoh hari. Raja Murtabak telah menarik selera saya untuk membelinya dengan saiz besar berharga RM6 dan nasi beriani dengan kurma.Tapi apabila tiba pada gerai Rojak Singapore saya tidak berfikir banyak untuk membelinya kerana saya rasa agak lama tidak berjumpa dan menikmati rojak Singapore ini,tapi saya berhati-hati kerana pengalaman membeli rojak singapore ini masih saya ingat,tambahan di bulan Ramadhan ini kena kawal nafsu......ambil punya ambil ,semuanya RM12! untuk rojak Singapore yang ku dambakan! bukan apa memang susah nak jumpa benda ni.Itulah tujuan pun ke pasar ramadhan ni....nak cari makanan yang 'special' dari hari biasa.Tapi di sini daya tarikan makanannya lebih kuat ,tapi terpaksalah menahan sabar ......
Bagaimanapun yang penting bukan pada nama saja.......rupa pun kena ambil kira............

Friday, September 4, 2009

PERKARA YANG TERSIRAT

Dalam kehidupan manusia seharian kita dilingkungi oleh adat dan budaya.Namun tunjang kekuatan utama adalah pegangan agama yang perlu kukuh.Adat budaya dan warisan peninggalan nenek moyang bagaikan satu penyeri bagi melambangkan asal keturunan bangsa kita.
Setiap bangsa mempunyai kebudayaan serta warisan perlu dipegang dari satu generasi kepada generasi lain.Namun kadangkala kitat tanpa disedari kita menyerap unsur-unsur luar ke dalam lingkungan kehidupan tanpa kita sedari.Bermakna kita telah mengambil budaya bangsa lain sebagai unsur budaya asal yang telah terbentuk mengadun dengan cara yang kita sendiri menganggapnya sebagai kemodenan atau perubahan yang perlu bagi menonjolkan keterbukaan minda bangsa dalam abad yang baru.
Bangsa Melayu misalnya amat mudah dalam proses penyerapan budaya luar ini dengan menjadikan alasan kemodenan itu mendahului asas agama yang perlu diikuti.Dari segi pakaian,cara pengambilan makanan,cara bersosial dan lain-lain. Begitu juga kini perkara yang berkaitan dengan perkara yang berkaitan kesihatan.Kita pernah berdebat tentang senaman Yoga yang akhirnya diwartakan sebagai haram bagi umat Islam.Setelah ianya sekian lama diserap masuk dalam masyarakat orang Melayu barulah kita perasan akan perkara tersebut.Begitulah umat Islam pada masa kini perlu peka dengan segala perkara yang cuba disuntik masuk ke dalam masyarakat Melayu Muslim itu.Dan ilmu adalah perkara asas dan ilmu yang diperlukan bukanlah setakat mengikut dan kita menjadi pengikut.Kini yang terbaru berkaitan dengan taria poco-poco.Pada mulanya saya sendiri tidak kisah dengan perkara yang seperti ini kerana hanya pernah mendengar tapi tidak tahu apakah bentuk tarian itu.Cuma saya pernah terbaca tentang menteri juga ada melakukan tarian ini dimajlis tertentu.Jadi kerana itu saya menganggap perkara itu tiada masalah dan perkara biasa.Tetapi setelah membaca beberapa artikel berkenaaan nya saya agak terkejut juga kerana dikatakan Tarian ini berasal dari satu upacara keagamaan.Satu persoalan.....bagaimana tarian ini boleh meresap dan dijadikan satu acara rasmi bagi sesuatu kursus dan majlis .....siapa yang memperkenalkannya....dari mana mulanya dalam masyarakat kita.....sama-sama kita renungkan.